Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Tuesday, September 18, 2018

Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan IKEBANGSAAN Kali Ke-3 Tahun 2018


Majlis dirasmikan oleh YB Teo Nie Ching, Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia. Majlis Penutupan dirasmikan oleh YB Amirolhuda Hassan, Exco Pendidikan Negeri Johor. Persidangan Penyelidikan dan Inovasi Pendidikan IPG Kali Ke-3 pada 12 September di Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor. Tema kali ini ialah "Melestarikan Penyelidikan & Inovasi ke Arah Revolusi Industri 4.0".



Seramai 400 peserta telah menyertai PIPK 2018 ini. Ia bertujuan untuk memperkasakan bidang penyelidikan pendidikan dengan menonjolkan penemuan baharu dalam amalan pengajaran dan pembelajaran di abad ke 21. Program ini dijalankan selama 2 hari dari jam 8.00 pagi - 5.00 petang. Ia melibatkan para guru, pensyarah, nazir dan lain-lain bidang pendidikan yang berkaitan.
Jabatan Teknologi Pendidikan seramai 20 orang ahli telah menjalan perkhidmatan untuk bahagian teknikal. Urusan semua berjalan dengan lancar dan sistematik.
Keseluruhannya peserta berpuas hati kerana telah memperolehi amalan pendidikan yang terkini. Program ini telah dianjurkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor dengan kerjasama Yayasan Guru Tun Hussein Onn.

Tuesday, July 31, 2018

Selamat Bersara TN. HJ. MAZLAN BIN AYOP

Beliau telah bersara pada 26 Julai 2018. Sejarah perkhidmatan beliau adalah:
  • Sekolah Menengah Sains Taiping, Perak (1982-1984)
  • Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1985-1986)
  • Maktab Perguruan Mohd Khalid, Johor Bahru, Johor (1987-1999)
  • IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor (2000-2018)
Beliau berkelulusan B.Sc (Hons) Matematik dengan Pendidikan (1982). Di IPGK Temenggong Ibrahim Johor, beliau adalah Pensyarah Kanan (DG54) di Jabatan Teknologi Pendidikan. Jawatan yang pernah dipegang oleh beliau adalah:
  • Ketua Unit TMK
  • Pengurus Makmal C9
  • Pengerusi JK Pelupusan Aset Kerajaan 
  • Ketua Audit ISO
  • Ketua Pasukan Pengurusan Laman Web
Anugerah yang telah diterima semasa di IPGKTI adalah:
  • Anugerah Khidmat Cemerlang - 2003
  • Anugerah Inovasi Hari Kualiti - 2008
Semoga segala usaha dan khidmat beliau dirahmati Allah jua. Selamat bersara Tn. Hj. Mazlan Ayop.


JTP 2018




JTP 2017

JTP 2016





Wednesday, July 11, 2018

Frog VLE Pensyarah IPG Kampus Temenggong Ibrahim Johor

Seramai 45 orang pensyarah telah mengikuti kursus Frog VLE. Ia dijalankan di Makmal C7 dan Bilik Bestari IPGKTI. Fasilitator terdiri dari Jurulatih Frog VLE dari Frogasia. Peserta didedahkan dengan Modul PIE, GULAI, TEH Ais, Nasi Lemak, PUFFS, CAKE dan Chendol.










Admin Frog VLE IPGKTI ialah Pn. Puteri Shufiana bin Yusof dari Jabatan Teknologi Pendidikan. Frog VLE adalah kaedah baru pembelajaran interaktif yang memenuhi gaya pembelajaran berbeza bagi Abad ke-21.

Marhaban 2018 Surau Al Taqwa Bandar Baru Kangkar Pulai Johor

Telah dilaksanakan dengan jayanya oleh penduduk-penduduk dari kariah Surau Al Taqwa yang melibatkan Pulai Bistari dan Pulai Ria. Kumpulan marhaban ini di ketuai oleh Imam Tn. Hj. Rahmat. Ia melibatkan 6 hingga 12 rumah untuk semalam. Majlis dijalankan pada hujung minggu selepas solat maghrib hinggalah jam 10.30 malam.

Marhaban adalah kunjungan berkelompok dari rumah ke rumah dengan berselawat kepada Baginda Rasulullah. Tujuannya untuk mempererat silaturahim dan menyucikan diri melalui pengampunan dosa sesama insan, marhaban adalah simbol kepada kekuatan ummah dan tanda kesatuan masyarakat.










Semoga program marhaban ini akan berterusan dan mendapat sambutan yang baik dari penduduk bagi memanjangkan ikatan silaturrahim......Insyaallah.