Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Wednesday, April 9, 2008

KDP 4M LGBPP K1BM

Peserta bestari Kohot 1/2008, akan mendaftar pada 21 April 2008 bagi subjek BM sekolah menengah dan berakhir pada 16 Mei 2008. Diharapkan tuan/puan pensyarah bestari bersedia menghadapi dan melaksanakan p&p bestari kepada peserta. Pn. Hamidah Musa sebagai Ketua Pasukan BM dan krewnya pasti ternanti-nanti kdp ini. Harap Utz. Yusof Dagang dan Pn. Rohaya telah bersedia memberi taklimat dan input kepada pensyarah IPTI. Untuk Pn. Salbihana Samsudin dan Pn. Raha Yahya tahniah kerana terpilih mengikuti kursus PBL versi 10.1, semoga sekembalinya anda nanti dapat memberi sesuatu pendekatan pembelajaran bestari yang hangat di perbincangkan sekarang. Walau apapun kita bersama-sama mesti menjalankan amanah ini sebagai suatu cabaran bagi kebaikan generasi / modal insan yang berminda kelas pertama.

Seramai 24 orang telah mendaftarkan diri dari daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Pontian, Pengerang dan Kulai. Kesemuanya matapelajaran Bahasa Melayu kecuali dua orang dari matapelajaran Matematik dan Rekacipta.

Tahniah kepada semua peserta kerana semangat anda berkursus dan membina pakej pembelajaran yang sangat tinggi. Untuk Ketua opsyen cikgu Abdul Rahaman bin Asmuni diucapkan terima kasih kerana begitu perihatin dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Terima Kasih cikgu.

Harapan ... semoga cikgu-cikgu dapat merealisasikan ilmu yang dimiliki untuk kebaikan anak-anak didik kita. wassalam.