Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Tuesday, March 24, 2009

ANUGERAH BINTANG PENGAKAP MPKLM 2009




Telah diadakan di IPGM Kampus Kota Bharu pada 23 Mac 2009. Seramai 32 orang ahli MPKLM telah menerima anugerah. Penerima dari MPKLM Zon Selatan ialah A. Latiff Awi (Setia dan Baik), Tormadi Jono (Baik dan Lama), Hj. Yusof Osman (Baik), Kamarul Baharin Hj. Musib (Lama dan SKKPN), Mad Isa Mamat (Baik dan SKKPN) dan Noraizah Taib (Sijil Kepujian Pengakap Negara). Tahniah kepada semua, semoga bekerja lebih kuat untuk kecemerlangan pengakap. Majlis dirasmikan oleh Yg. Bhg. Datuk Sri Dr. HJ. Shafie bin Mohd. Salleh (Ketua Pengakap Negara). Katanya, "Jangan terus menghukum seseorang, sila selidik dan pastikan".

CALT 27 DAN 28 - 2009




Kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan bagi pemimpin pengakap telah diadakan di Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan dari 22 - 28 Mac 2009. Seramai 112 peserta kursus dari PPM dan IPGM telah turut serta. Kursus anjuran MPKLM/BPG dan PPM. Pengarah Kursus terdiri dari En. Mohd Radzi Hj. Johari (CALT 27) dan Tn. Hj. Rahmat Jaafar (CALT 28). Sebanyak 10 kumpulan terdiri dari Pasir Mas, Kuala Krai, Tumpat, Kota Bharu, Machang, Pasir Puteh, Gua Musang, Bachok, Tanah Merah dan Jeli. Peserta Terbaik Praktikum (L) - Mohd. Zaini Mamat (Pasir Putih), Peserta Terbaik Praktikum (P) - Jaimah Ab. Manaf (Tanah Merah), Peserta Terbaik Keseluruhan (P) - Siti Khadzimah Salip (Gua Musang).

Saturday, March 21, 2009

KARNIVAL KAGUM 2009



Ia melibatkan olahraga, permainan dan kebudayaan. Di adakkan pada 14-18 Mac 2009 di Bandar Penawar, Kota Tinggi. Tuan rumah IPGM Kampus Temenggong Ibrahim telah berjaya mengendalikan dengan jayanya. TAhNiAh. Dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Misrah Hj. Ibrahim, Pengarah BPG. Ia di adakan 2 tahun sekali, sebelum ini IP Ipoh (2007) sebagai tuan rumah. Ia melibatkan pertandingan di antara 27 IPGM bagi 20 acara pertandingan. Bagi KAGUM 2011 akan datang Sarawak telah diumumkan sebagai tuan rumah. Untuk maklumat lanjut sila lawati di http://kagum.ipti.edu.my/

Sunday, March 8, 2009

PTK DG52 TK5 bagi P&P Bil. 1/2009




Seramai 104 orang telah berkursus di Hotel Selesa, Johor Bahru mulai 21 - 27 Februari 2009. Peserta terdiri dari pensyarah IPGM, 2 orang guru sekolah dan 1 orang pensyarah matrikulasi. Kandungan kursus adalah ceramah, pembentangan tugasan individu, pengucapan awam, pembentangan kumpulan dan ujian akhir kursus. Peserta kursus dipenghulukan oleh Tn. Hj. Abu Bakar bi Sahari dan timbalannya Pn. Rubiah bt. Ahmad dari IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Kursus yang sama juga diadakan di Pulau Pinang (P&P), Kota Bharu (P&P) dan Kuala Lumpur (P&T). Terima kasih kepada urusetia Cik Nahariah bt. Ami, Cik Murniyate, En. Ahmad bin Mohd Said dan Tn. Syed Hassan bin Syed Jaafar yang sering memberi layanan teristimewa kepada kami.