Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Sunday, October 24, 2010

Perkhemahan UBF KPLI R Amb. Jun 2010 IPGKTI

Peserta Perkhemahan Unit Berunifom IPGKTI

Tn. Hj. Sasman Yasir menutup rasmi perkhemahan

Perkhemahan UBF IPGK Temenggong Ibrahim telah dihadiri oleh 119 orang siswa guru dari opsyen KPLI R Amb. Jun 2010 dan KDPM Kemas dan 30 orang jurulatih dari unit Pengakap, Kedet Remaja Sekolah, PBSM dan Puteri Islam. Perkhemahan bermula dari 19 - 22 Oktober 2010 di Telok Gorek, Endau, Mersing. Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Tn. Hj. Sasman Yasir. Beliau berhasrat untuk melihat PBSM berunifom seperti unit-unit yang lain. Sermoga hasrat beliau tercapai ...insyallah.

Sunday, October 3, 2010

Perancangan Strategik JTP IPGKTI



Telah disempurnakan di PLGDP, Bandar Tenggara pada 30/9-2/10/2010. Mesyuarat dijalankan oleh Ketua Jabatan Teknologi Pendidikan IPGKTI En. Kamaludin bin Ahmad,  telah merangkakan 3PR bagi dilaksanakan pada 2011-2013. 3PR melibatkan pemantapan PAT IPGKTI dalam persekitaran teknologi, pembelajaran dalam persekitaran rangkaian dan mengujudkan persekitaran SPOTI di kampus IPGKTI. 3PR di ketuai oleh Tn. Hj. Yusof Osman, En. Mazlan Ayob dan En. Muhamad Syafiq Sim Abdullah.

Saturday, October 2, 2010

Perkhemahan UBF PISMP IPGKTI

 Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia ke-17

 Pandu Puteri Malaysia

 Persatuan Bulan Sabit Malaysia

 Puteri Islam

Kadet Remaja Sekolah

Telah dijalankan di Telok Gorek, Endau, Mersing pada 27 - 30 September 2010. Ia melibatkan lima unit berunifom iaitu Pengakap, Pandu Puteri, Persatuan Bulan Sabit Merah, Puteri Islam dan Kadet Remaja Sekolah dari opsyen PISMP semester 4. Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan, Tn. Hj. Abu Bakar bin Sahari.

Tuesday, September 21, 2010

Majlis Anugerah Kualiti IPGKTI 2010


 Tn. Hj. Abu Bakar Sahari (TP Pengurusan) menerima Anugerah Setia
 
Telah  disempurnakan oleh Y. Bhg. Tn. Hj. Mohd Said Bin Hasran (Pengarah IPGKTI) pada 20 September 2010 di DDKA. Seramai 21 orang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009. Sebanyak 14 Anugerah Kualiti 2010 telah disampaikan kepada penerima anugerah, antaranya ialah Anugerah Setia Emas, Anugerah Setia, Anugerah Mesra, Anugerah Inovasi, Anugerah Ketrampilan, Anugerah Harapan, Anugerah Penyelidikan, Anugerah Penulisan, Anugerah Penulisan Kreatif, Anugerah Versatil, Anugerah Permata Temenggong, Anugerah Ketrampilan Pengurusan, Anugerah Khas Kepimpinan dan Anugerah Khas Inovasi. Tahniah kepada penerima. Semoga dapat menjadikan IPGKTI sebagai Pusat Kecemerlangan dan Rujukan dalam pendidikan.

Monday, August 30, 2010

Sambutan MeRdEKa IPGKTI 2010

 Perasmian Merdeka oleh Tn. Pengarah IPGKTI

Banner sambutan merdeka IPGKTI

Telah disempurnakan oleh Pengarah, Tn. Hj. Mohd Said Hasran pada 30 Ogos 2010 di Dewan Seri Temenggong. Pelbagai acara telah dijalankan dari 7.30 -  9.00 pagi. Di antaranya ialah bacaan puisi, koir, choral speaking dan nyanyian merdeka. Pengarah menekankan aspek 1 M menjana transformasi dari aspek semangat kaum 1 Malaysia yang menjurus kepada perpaduan. Majlis dirayakan dengan penuh ceria dan semangat kesepaduan kaum.

Wednesday, July 28, 2010

Kursus Instructional Planning JTP


Jabatan Teknologi Pendidikan IPGKTI telah menjalankan kursus ini di PLGDP di Bandar Tenggara, Kulai. pada 28 - 29 Julai 2010. Seramai 10 orang pensyarah JTP telah mengikuti kursus ini dengan fasilitatornya ialah Ketua Jabatan, En. Kamaludin bin Ahmad. Isi kursus menekankan aspek peranan guru dalam memanipulasikan "content knowledge", pedagogikal dan psikologikal. dalam pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan kursus ini dapat memberi nafas baru kepada pensyarah-pensyarah JTP

Friday, July 16, 2010

Bulan Semarak Ibadah IPGKTI 1431 Hijrah


Telah dirasmikan oleh Pengarah IPGKTI, Tn. Hj. Mohd. Said bin Hasran. di surau Al-Jawahir pada 16 Julai 2010 bersamaan 4 Syaaban 1431. Aktiviti yang akan dijalankan berbentuk qiamulail, helwani fest, ceramah dan lain-lain. Pengarah menekankan supaya kita beribadah sepanjang masa tanpa mengira bulan, kecuali bagi ibadah-ibadah khusus. Beliau juga mengingatkan tentang petang ini jam 5.28 petang adalah masa untuk menentukan panduan arah kiblat. Sama-samalah kita meningkatkan amalan bagi kebahagian di dunia dan akhirat.

Friday, July 2, 2010

Selamat Datang Pelajar Baru IPGKTI

Pelajar telah mendaftar pada 28 Jun 2010. Seramai 352 orang telah mendaftar bagi opsyen KPLI SR dan PPISMP Ambilan Jun 2010. Minggu induksi berjalan dari 28 Jun - 2 Julai 2010, dipenuhi dengan sesi taklimat, ceramah, LDK, sukan dan rekreasi dan gotong royong. Semoga akan melahirkan guru yang unggul dan berwawasan. Selamat Maju Jaya.

 Suasana pendaftaran pelajar baru

 Taklimat Ibu Bapa

Majlis Perasmian Pelajar Baru


Tuesday, May 11, 2010

Konvokesyen IPGK Temenggong Ibrahim Johor

                                                          Buku Program konvokesyen ke- 44

Telah dijalankan dengan gemilangnya pada 7 Mei 2010 di Pusat Konvensyen Persada Johor. Majlis itu telah dihadiri seramai 300 pelatih. Sijil Perguruan telah disampaikan oleh Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran, Datuk Dr. Haili Dolhan.

Perasmi majlis : Yg. Bhg. Datuk Dr. Haili Dolhan



                                                      Pusat konvokesyen Persada Johor

Thursday, May 6, 2010

Kursus Pengurusan Jenazah IPGKTI

Kursus telah dijalankan pada 4 Mei 2010. Seramai 35 orang peserta terdiri dari Staf Akademik dan Staf Sokongan. Kursus dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Islam dan Moral. Penceramah terdiri dari Ustaz Mohd. Hilmi Jaapar dan Ustazah Norashikin Jaapar. Kursus melibatkan teori dan amali.

Peserta kursus

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudiann daripadanya Sunat, tidak lebih dari 3 hari'.

Penceramah kursus

Tormadi melakukan amali mengkafankan mayat

Friday, April 30, 2010

Kejohanan Balapan dan Padang ke-43 IPGKTI

Telah berlangsung dengan jayanya pada 29 April 2010 anjuran JPP ke-45 dengan kerjasama Jabatan HEP. Majlis di rasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Wee Ka Siong, bertempat di Astaka Padang IPGKTI. Laksamana menjadi juara bagi pertandingan tersebut. Puteri Islam menjuarai perbarisan hari sukan tersebut.


pemandangan kompleks sukan yang baru
peserta kejohanan mengambil tempat di padang

wakil rasmi Timbalan Menteri Pelajaran merasmikan
kejohanan tersebut

Saturday, March 6, 2010

Sultan Johor mangkat

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam pada 22 Januari 2010.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam. Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Bahru, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom. Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.

Friday, March 5, 2010

Bina Insan Guru

BIG Siri 2/2010 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 2-5 Mac 2010 bertempat di IPGKTI. Seramai 70 orang peserta terdiri dari KPLI SR opsyen BC, KH dan PSV dan 16 jurulatih turut serta dalam BIG kali ini. Penyelaras, En. Khalid Hassan, Kem Komandan, Tn. Hj. Zainuddin, Ketua Jurulatih, En. Mohd Jasa Siraj, Ketua J/L Darat, Tn. Hj. Yusof Osman dan Ketua J/L Air, Tn. Hj. Abd Razak Kaparawi dan 6 orang tutor telah mengendalikan BIG ini. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan, Tn. Hj. Abu Bakar Sahari.
 Jurulatih : Khalid, Mohd Zin, Azman dan Mohd Hilmi

 
 Aktiviti Kajian Rupabumi : Menekankan kebesaran Allah

 Aktiviti Masakan : Menekankan kesabaran dan kreativiti

 Aktiviti Spider Web : Menekankan kerjasama dan keyakinan

Sunday, February 28, 2010

Maulidur Rasul Taman Kemas

papan tanda Taman Kemas

Surau An Nur, Taman Kemas telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul pada 27 Februari 2010 = 13 Rabiul Awal 1431. Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah pertandingan Muqaddam, Al-Quran, Berzanji dan Tulisan Khat. Di sebelah petang diadakan perarakan mengelilingi taman, marhaban lelaki, maulud dibak perempuan dan sebelah malam ceramah oleh Tn. Hj. Nasir bin Hj. Selamat (Pegawai Penguatkuasa JAIJ). Motto kali ini ialah "Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah". Marilah bersama-sama kita memperbanyakkan bacaan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Sabda Rasullulah: Sesungguhnya orang yang dekat denganKu pada hari kiamat adalah orang yang banyak berselawat ke atasKU.


Tn. Hj. Sadikun (Pengerusi Surau An Nur) sedang berarak
bersama-sama penduduk taman


Siti Aisyah Hj. Yusof (Johan Muqaddam Perempuan)