Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Monday, December 12, 2011

Penandaarasan JTP IPGKTI di IPGKTAR

Bilik TEKNOPEN IPGKTAR

Seramai 5 orang pensyarah JTP IPGKTI telah melakukan penandaraasan ke TEKNOPEN IPGKTAR pada 9 Disember 2011. Pendaarasan ini di ketuai oleh Ketua Jabatan, Pn. Siti Anidah Kamsir, En. Kamaludin Ahmad, Dr. Sumilah Marto, Pn. Roziah Abu Samah dan Tn. Hj. Yusof Osman. Majlis ini telah di sambut oleh Timbalan Pengarah IPGKTAR dan En. Lee (wakil KJ Teknopen). Alhamdulillah beberapa perkara seperti pengurusan makmal, pengurusan jadual waktu, sistem, pengurusan fail , peralatan kursus bagi Teknologi Pendidikan telah dikenalpasti bagi penambahbaikan di tahun 2012.

KJ Pn. Siti Anidah Kamsir menandatangi buku pelawat di bilik pengarah
Lawatan penandaraasan ini juga disertai oleh Jabatan PJK. IPGKTAR adalah kampus nich bagi sukan di peringkat IPGM. JPJK diketuai oleh En. Adip Sulaiman dan 8 orang lagi pensyarah JPJK yang lain.
Sambutan dari IPGKTAR 
Semoga lawatan penandaarasan ini dapat memberi inspirasi dan idea yang bernas bagi IPGKTI dalam memertabatkan diri di kalangan IPG yang lain di seluruh negara.

Tuesday, October 18, 2011

Majlis Restu Ilmu PPISMP PJ Ambilan Jun 2011

Pensyarah yang mengajar opsyen PPISMPPJ
Selamat Hari Lahir, moga panjang umurmu dan berjaya
Salam terima kasih dan perpisahan

Tahniah kepada psyen PPISMP PJ Ambilan Jun 2011 yang telah berjaya melaksanakan majlis restu ilmu dan jamuan makan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendidikan Jasmani.

Majlis di mulakan dengan ucapan ketua opsyen, Muhammad Furqan bin Abd. Manan, pemotongan kek hari lahir, persembahan multimedia oleh Razian Rashid dan jamuan makan. Terima Kasih juga kepada tutor iaitu Cik Shaireena yang berjaya membimbing opsyen ini hingga tamat pengajian mereka tahun ini.


Didoakan anda siswa dan siswi akan belajar bersungguh-sungguh dan yang penting jangan lupakan KAMI. Selamat maju jaya..

Monday, September 19, 2011

Perkhemahan Unit Beruniform PISMP S4 - IPGKTI 2011


Telah dijalankan di Telok Gorek Chalet $ Camp Site, Kg. Tg. Resang, Mersing, Johor. Seramai lebih kurang 190 orang guru pelatih dari unit Pengakap , KRSS, PPIM, BSMM dan Kadet Pandu Puteri 34 orang jurulatih telah mengikuti kursus ini. Tarikh kursus dari 12 – 15 September 2011. Kem Komanden ialah En. Tormadi bin Jono. Perasmian penutup kursus dilaksanakan oleh Ketua Unit Ko-Kurikulum En. Sanip bin Supaat.
suasana ribut menyebabkan beberapa khemah tercabut 
sekawan pengakap di tapak perkhemahan
BSMM sedang membina gajet
perhimpunan pagi dijalankan oleh KPP
aktiviti penutup PPIM diketuai Pn. Rahimah 
aktiviti berakit oleh KRSS

Friday, July 15, 2011

JTP IPGKTI Beraksi di Kulai

Tahniah kepada Jabatan Teknologi Pendidikan IPGKTI yang telah menjalankan Kursus Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Seramai 25 orang guru dari daerah Kulai telah mengikuti kursus ini selama 3 hari dari 12-14 Julai 2011. Kursus dijalankan di SEK. Men. Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor.
bimbingan oleh En. Kamaluddin Ahmad

Fasilitator di datangkan dari JTP IPGKTI di ketuai oleh Ketua Jabatan JTP, Pn. Siti Anidah Kamsir dan di bantu oleh Dr. Sumilah Marto dan Tn. Hj. Yusof Osman. Pegawai Teknikal terdiri dari En. Kamaluddin Ahmad dan En. Yeo Kok Ann juga membantu kursus ini.

bimbingan oleh Pn. Siti Anidah Kamsir

Penyelaras Kursus ialah En. Nordin Yusof dari Jab. Pengajian Melayu IPGKTI bertindak sebagi urusetia kursus bersama PPD BM Kulai turut memantau perjalanan kursus ini.

bimbingan oleh Dr. Sumilah Marto
Semoga guru-guru daerah Kulai mendapat manfaat dan berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk menjana tranformasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing.
peserta kursus bersama barisan fasilitator

Monday, July 11, 2011

Kursus Pemantapan Kompetensi Mentor

Kursus telah dijalankan dari 6-8 Julai 2011 di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGKTI di Hotel Naza Talyya Melaka. Seramai 42 orang peserta telah mengikuti kursus ini. 
peserta kursus mentoring
Kursus telah dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada Dr. Mazlan Aris, Pn. Hjh. Rokiah Buyong, Tn. Hj. Abdullah Ismail (IPGKPMM), Tn. Hj. Abu Bakar Sahari, Tn. Hj. Md. Hatta Md. Nor, En. Mohd Khalid Hassan dan Tn. Hj. Yusof Osman.
mentoring dalam talian
Sesi-sesi yang dijalankan melibatkan aspek faham dan kenali diri, kemahiran asas mentoring, mentoring dalam talian, pengendalian Stress, pengurusan HEP dan keperluan ISO versi 2011. 
pengendalian stress
Kursus telah ditutup rasmi oleh Ketua Jabatan HEP, Tn. Hj. Baharum Sulman.

Tuesday, July 5, 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - IPGKTI 2011

Telah dilaksanakan pada 4 Julai 2011 di Dewan Seri Temenggong, IPGKTI. Majlis telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Datuk Dr. Haili Bin Dolhan, Rektor IPGM, Cyberjaya. Sebanyak 12 kategori anugerah telah diberikan kepada staf akademik dan sokongan.
En. Razali Kadir menerima anugerah dari Y. Bhg. Rektor IPGM 
Majlis berjalan dengan lancar dan ceria ini juga dihadiri oleh dua orang mantan Pengarah IPGKTI iaitu Tn. Hj. Saripan Rakop dan Tn. Hj. Zakaria A. Shukor. Majlis juga diselanghselikan dengan band keroncong IPGKTI yang terdiri dari siswa guru pismp di bawah pimpinan En. Isa Amri.

sijil anugerah setia perak bagi staf yang telah berkhidmat bagi 15 tahun berterusan
Semoga anugerah yang diberikan dapat melonjakkan lagi kompetensi individu kakitangan perkhidmatan awam, khususnya di kampus IPGKTI. Tahniah dan Selamat maju Jaya.

Staf Jabatan Teknologi Pendidikan yang menerima anugerah
"Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'." (Q.s. Ibrahim: 7)

Saturday, July 2, 2011

Larian 1 Murid - 1 Sukan - 1 Malaysia : IPGKTI

pelancaran oleh Tuan Pengarah IPGKTI

30 Jun 2011 Pengarah IPGKTI, Tn. HJ. Mohd Said bin Hasran telah melancarkan larian 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia. Larian bermula dari padang IPG mengelilingi kawasan dalam IPG dan berakhir di padang IPGKTI. Seramai 1720 orang warga kampus IPGKTI mengambil bahagian dalam larian ini.
senarai peserta larian mengikut jabatan

Majlis dimulakan dengan pelancaran larian oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditayangkan secara langsung melalui TV dari Padang Dataran Perbandaran Taiping. Beliau berkata, keseluruhan seramai 4,137,126 pelajar dan murid dari 9,980 sekolah seluruh negara menyertai acara serentak dan mencatat rekod Malaysia Book of Records.
laluan larian yang menonjolkan ECO INSTITUT


Acara sampingan yang dijalankan termasuklah senamrobik dan pemeriksaan kesihatan bersesuaian dengan prinsip ECO-INSTITUT. Semoga progran ini menjadikan warga IPGKTI sentiasa dalam sihat walafiat. Salam 1 Malaysia.
peserta larian paling kecil sekali

Monday, June 27, 2011

Perhimpunan Jun IPGKTI

Perhimpunan dijalankan oleh 2 jabatan iaitu Jabatan Kemahiran Hidup dan Jabatan PIPK. Perhimpunan melibatkan Ucapan Selamat Hari Jadi dengan hadiah harijadi "kotak pulut kuning". pelancaran minggu penghayatan Islam, perlantikan watikah JPP ke-46 yang diketuai oleh YDP Mohd Faris Mokhtart, majlis persaraan 2 pensyarah baru iaitu Pn. Hjh. Besah Rasim (JIP), Pn. Tan Boon Mei (J.Math) dan seorang staff sokongan iaitu En. Abdullah Aziz (pemandu). Semoga jasa tuan/puan dirahmati Allah jua.


Tahniah kepada 5 orang pensyarah yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat kedoktoran iaitu Ahmad Zainal, Zairi Husin, Heng Li Ling, Suhaimi Muhammad, Mohd. Yusof Dagang dan Azyan Zuhaila Hasan Basri.

Tahniah jua kepada 4 orang pensyarah baru yang mula bertugas di IPGKTI iaitu Norhanan, Siti Samizatul, Noraishah Goh, Norsidah dan seorang staf sokongan iaitu Halim.

Tuesday, May 24, 2011

Perhimpunan Staff IPGKTI

Perhimpunan telah dijalankan pada 23 Mei 2011 di DDKA, kendalian Jabatan Teknologi Pendidikan. Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPGKTI, Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran. Majlis dibuka dengan bacaan doa oleh Tn. Hj. Mazlan bin Ayop, bacaan ikrar perkhidmatan oleh En. razali Asit, penyampaian cenderahati harijadi kepada 30 orang staff IPGKTI, pengenalan 4 orang staff baru dan ucapan pengarah yang menekan sikap sensitiviti (kesegeraan). Cenderahati berupa pokok kaktus sempena ECO INSTITUT.

Diucapkan terima kasih tidak terhingga di atas perkhidmatan oleh En. Jasni Bakri yang bersara pada 2 Mei 2011 dan Pn. Radzimah Mustaffa yang akan bersara pada 28 Mei 2011. Semoga jasa bakti tuan dan puan diberkati ALLAH jua,

bacan ikrar perkhidmatan oleh En. Razali Asit

bacaan doa oleh Tn. Hj. Mazlan Ayop
bunga kaktus sebagai hadiah cenderahati harijadi

Tuan Puteri membeli bunga,
Bunga Seroja ditepi kali,
Jangan tak ikut budaya segera,
Kelak menyesal kemudian hari.

Thursday, May 19, 2011

Hari Guru IPGKTI Johor

Selamat Hari Pensyarah
Selamat Hari Guru/Pensyarah.....
Telah disambut pada 16 Mei lalu di IPGKTI dengan upacara perasmian oleh TPP, Tn. Hj. Abu Bakar Sahari. Acara sambutan melibatkan acara padang iaitu senamrobik, permaianan dan sukaneka antara pensyarah dan siswa/wi guru. Acara dalam dewan melibatkan persembahan dan penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pensyarah.
senamrobik di Kompleks Sukan IPGKTI

siswa guru ppismpbm jun2010


Tema tahun 2011 ialah " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara". Semoga tema ini menjadi inspirasi kepada semua pensyarah dalam melatih dan menghasilkan para graduan guru yang komited dan cemerlang di bidang keguruan....insyallah.

Friday, April 29, 2011

Kejohanan Olahraga dan Balapan ke-44 IPGKTI

Temasya tersebut telah berjalan dengan lancar dan gemilangnya di Padang IPGKTI yang permai. Temasya telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPGKTI, Tn. Hj. Mohd. Said bin Hasran pada hari Khamis 28 April 2011. Temasya juga diselangi dengan persembahan pancaragam dari Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru dan pasukan tarian dari Sekolah Tasek Utara 2.
Perasmi Kejohanan - Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran
Ikrar kejohanan dan bendera rumah sukan

rumah biru - Panglima
papan tanda markah kejohanan
pasukan pengakap dalam perbarisan kehormat unit berunifom
rumah merah dengan mascot "AYAM"

Temasya sukan dijuarai oleh rumah Kuning, Hijau, Merah dan Biru. Perbarisan UBF dijuarai oleh TKRS. Selamat Maju Jaya. Maju Sukan untuk negara.

Tuesday, April 26, 2011

Merentas Desa IPGKTI 2011

Telah dijalankan pada 25 April 2011. Majlis telah dilancarkan oleh Tuan Timbalan Pengarah Pengurusan dan Perkhidmatan, Tn. Hj. Abu Bakar bin Sahari tepat jam 3.00 petang. Jarak larian lebih kurang 3.8 km. Peserta di antara rumah sukan telah menunjukkan sikap persaingan yang positif semasa larian bagi membolehkan pungutan mata bagi rumah sukan masing-masing.
peserta rumah sukan memulakan larian
pegawai rumah sukan memberi perangsang kepada peserta
hidup "panglima" anda juara ....


Semoga larian merentas desa ini dapat memupuk semangat kesetiakawanan dan persaingan yang tinggi di antara rumah sukan di samping membina dan menjaga kesihatan diri.

Monday, April 18, 2011

Eco Institut - IPGK Temenggong Ibrahim Johor

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah IPGKTI, Tn. Hj. Mohd Said Hasran pada 18 April 2011 di Dewan Sri Temenggong. Majlis dianjurkan oleh Jabatan Kaji Sosial. Program bertujuan melestarikan persekitaran kampus terhadap tanggungjawab kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Seterusnya Tuan Pengarah juga telah melancarkan kempen sifar polistrin dan pengurangan plastik.
Sebagai seorang manusia yang berakhlak tinggi dan khalifah di bumi Allah ini, elakkanlah diri dari menimbulkan masalah dalam pencemaran alam sekitar. 
Majlis Pelancaran Eko Institut IPGKTI




Ucapan Tn. Hj. Mohd Said Hasran sempena majlis perlancaran Eko Intitut



Sama-samalah kita menyokong program ini bagi memastikan alam sekitar terpelihara untuk generasi yang akan datang. Segala apa jua kerosakan yang dilakukan akan mengakhiri hayat alam ini. Justeru itu GO GREEN....Tingkatkan kesedaran sivik ....Semoga alam sekitar yang ada masakini akan dapat dikecapi oleh anak cucu kita.

Thursday, March 24, 2011

Tn. Hj. Mohamad Saat bin Bongkek

Tn. Hj. Mohamad Saat bin Bongkek
(lebih dikenali sebagai Pak Long di MPTI)
Sejarah hidup beliau:

1959 - lulus LCE dan QT
1960 - lulus FMC
         - masuk Maktab Perguruan Bahasa
         - mengajar di Sekolah Tinggi Batu Pahat
13 Mei 1968  - masuk Universiti Malaya
25 Jun 1971   - lulus UM dan mengajar di Sek. Men. Dato' Bentara Luar, Batu Pahat
1 Januari 1973 - menjadi Guru Besar di Sekolah Dato' Penggawa Barat, Pontian
16 Jun 1974 - menjadi Nazir Sekolah di Kuantan
1 Februari 1976 - Ketua Nazir di Terengganu
7 Julai 1977 - Pegawai Temuduga di Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran di Kuala Lumpur
1 Mac 1979 - Ketua Nazir Pahang
1 Januari 1982 - Ketua Nazir Johor
1 Julai 1992 - Pengetua Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim Johor Bahru, Johor
4 Jun 1988 - mendapat pingat Kesatria Mangku Negara (KMN) dari DYMM Yang di Pertuan Agong
8 April 1989 - mendapat Pingat Ibrahim Sultan (PIS)  dari Sultan Johor
19 Mac 2011 - meninggal dunia

Budaya Temenggong yang diamalkan semasa menjadi Pengetua MPTI



 Amanat Pak Long



Membaca berzanji di Majlis Maulidur Rasul - 1992






















Monday, March 7, 2011

Majlis Maulidur Rasul IPGKTI 2011

Telah disempurnakan pada 30 Rabiul Awal 1432=5 Mac 2011 di Dewan Seri Temenggong oleh Pengarah, Tn. Hj. Mohd. Said Hasran. Objektif sambutan ini adalah:
  • menghargai pengorbanan Rasul junjungan dalam menyebarkan agama Islam
  • memahami dan menghayati perjalanan sirah nabi Muhammad S.A.W
  • menyuburkan semangat dan dorongan untuk mengamalkan sunnah, akhlak Rasulullah S.A.W
  • membugar perasaan cinta dan kasih terhadap baginda Rasulullah S.A.W
Antara program yang dijalankan ialah perarakan, bacaan Al-Quran, bacaan Rawi Berzanji, Selawat dan Marhaban, Ceramah oleh Utz. Hairozi Muhammad (dari Jab. Pelajaran Johor) dan persembahan nasyid.

Intisari dari sambutan ini ialah:
  • kenali dan cintai Rasulullah seperti warna kesukaan (hijau dan merah jambu), makanan kegemaran (kurma, anggur, madu, melon, delima dan cendawan), minuman kegemaran (susu dan air kosong).
  • kembalilah kepada risalah Rasulullah iaitu sunnah
perarakan diketuai oleh Pengarah IPGKTI
pensyarah dan pelajar di DST mengikuti ceramah
pertandingan bena     
barisan penanggah pismpbm 2010