Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Monday, April 30, 2012

Kejohanan Balapan dan Padang IPGKTI ke-45

Telah dianjurkan pada 26 April 2012. Ia telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Said Hasran, Pengarah IP{GKTI. Kejohanan ini bertujuan untuk mencungkil bakat kesukanan dalam diri serta melahirkan bakal guru yangt sihat dan cergas dari segi minda dan tubuh badan.

banner kejohanan
perasmian oleh Tuan Pengarah
perbarisan peserta kejohanan
Rumah LAKSAMANA (kuning) telah dinobatkan sebagai juara kejohanan. Tahniah kepada mereka.Semoga dengan kejohanan ini dapat melahirkan atlet yang berwibawa dan mengharumkan nama IPGKTI di KAGUM peringkat kebangsaan pada 10-15 Mei 2012 di IPGK Perlis kelak.

Monday, April 23, 2012

PELANCARAN IPG LESTARI 2012


Pelancaran IPGKTI sebagai IPG Lestari telah disempurnakan pada 21 April 2012 (AHAD) oleh Reaktor IPG, Datuk Dr. Haili Dolhan di Dewan Seri Temenggong.
Jabatan Matematik yang lestari

JTP dengan publisiti Lestari
Majlis pelancaran diiringi dengan persembahan pelajar, pameran yang disertai oleh sekolah, ipg, WWF dan USM. Banyak perolehan ilmu dari pameran ini yang dapat digarap oleh pengunjung.


Banner IPG Lestari dengan tema Kelestarian Melalui Pendidikan

Y.Bhg. Datuk Rektor mengucapkan tahniah atas penganjuran program IPG Lestari yang cemerlang, dan berharap program ini dapat dilestarikan sepanjang masa. Moga dengan program ini ciptaan ALLAH dapat dinikmati sehingga turun temurun generasi kita..

Thursday, April 19, 2012

KAGUM IPGM 2012

Jawatan Kuasa Teknikal KAGUM unit berunifom pengakap

Karnival Aktiviti Gerak Kerja Ko-Kurikulum  peringkat IPGM 2012 akan dilaksanakan pada 10 - 15 Jun 2012 di IPGK Perlis. Seramai lebih kurang 53 orang pegawai dan pelajar akan mewakili IPGK. 3 komponen yang disenaraikan terdiri dari Unit Beruniform (Pengakap, TKRS, PPIM, KPP dan BSMM), Olahraga dan Persatuan (Nyanyian solo dan Monodrama). Dijangkakan seramai 200 orang pegawai dan 1400 orang pelajar dari 27 IPGK akan menyertai KAGUM ini.

Mesyuarat JK Teknikal sedang berlangsung di Hotel Midah, KL dari 18 - 20 April 2012 bagi membincangkan secara terperinci 5 aktiviti KAGUM yang terdiri dari Pertandingan ( kawad kaki, pertolongan cemas, sukan rakyat, kembara dan masakan rimba), Pameran, Kebudayaan, Kemahiran dan Kem Terbuka dari aspek peraturan, peralatan, penginapan dan makanan.

Konsep KAGUM kali ini lebih berfokus kepada peningkatan kemahiran dan menjanjikan 5 lencana kemahiran iaitu

Semoga tradisi KAGUM ini dapat berjalan dengan jayanya dan dapat meningkatkan pengetahuan dan pengalaman kepada guru pelatih apabila mereka berkhidmat di sekolah nanti. Selamat maju jaya.dan Tahniah.

Sunday, April 8, 2012

IAB aku datang lagi

Setelah 11 tahun tak ke IAB, kini tahun 2012 ke IAB untuk berkursus Rekaan Grafik dan Susun Atur Huruf (IABI129A04). Seramai 18 peserta telah mengikuti kursus ini. Ia telah dikendalikan oleh fasilitator IAB, En. Abdul Razak Abdul Rahim, En. Nasharuddin Mohd Rashid dan Yang Mulia Raja Ibrahim Raja Midin. Kursus diuruskan oleh Pn. Siti Anidah Mahadi dan Pn. Aziah Samichan.
fasilitator dengan kepakaran dalam pengajaran berpasangan
Penghulu (En. Zaki) dan Datin (Zaerah) telah menjalankan tugas dengan baiknya, terima kasih ...semoga Allah juga yang membalasnya. Aktiviti dan bengkel telah diljalankan dengan membina kulit dan halaman bagi buku, majalah dan poster bagi meningkatkan lagi kemahiran peserta menggunakan perisian Adobe In Design CS4.
bengkel kumpulan menghasilkan buku
Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaat di organisasi masing-masing dan dapat dipanjangkan kepada rakan-rakan bagi meningkatkan kualiti penerbitan majalah, buletin dan sebagainya.

sebahagian dari peserta dan fasilitator kursus