Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Thursday, March 7, 2013

Bengkel OLL:PAT-IPGKTI 2013

Telah dilaksanakan pada 26-28 Februari 2013 di PLGDP Bandar Tenggara, Kulai. Bengkel diwakili oleh 2 orang pensyarah dari setiap jabatan dan unit, salah seorang adalah penyelaras OLL jabatan/unit.

Tn. Hj. Abu Bakar Sahari memperkenalkan LMS

Bengkel dikendalikan oleh 4 fasilitator utama yang diketuai oleh Tn. Hj. Abu Bakar Sahari (TPA), Tn. Hj. Mazlan Ayop (JTP), Pn. Khadijah Aiyub (JKS) dan Tn. Hj. Yusof OSman (s/u JK OLL IPGKTI). Bengkel dihadiri seramai 17 orang peserta.

Tn. Hj. Mazlan Ayop dalam sesi enrol dan grouping

Objektif bengkel adalah untuk menghasil dan menyiapkan LMS untuk kegunaan guru pelatih aliran perdana menggunakannya pada semester 1 / 2013 ini. Sebanyak 15 LMS telah dihasilakan sepanjang bengkel ini.

peserta bengkel khusuk mendengar sesi

Semoga bengkel ini menjadi pencetus idea kepada rakan-rakan pensyarah yang lain agar berminat dan mengiktiraf p&p; menggunakan kaedah LMS ini.
pembentangan LMS oleh peserta bengkel