Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Friday, July 5, 2013

TAHLIL PERDANA DAN TAZKIRAH RAMADAN IPGKTI

Tarikh: 5 Julai 2013
Tempat: Surau Al-Jawahir
Masa: 7.45 - 9.30 pagi

Sempena menyambut Ramadhan Al-Mubarak, JAPIM IPGKTI telah mengadakan tahlil dan tazkirah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustaz Puaad dan Ustaz Mahazad. Majlis dihadiri oleh pensyarah dan staff sokongan.

barisan pengurusan majlis

peserta tahlil

majlis jamuan

urusetia majlis

Semoga Ramadhan yang mendatang dapat kita menfaatkan bersama dengan beramal mengikut kadar kemampuan masing-masing.

Thursday, July 4, 2013

KONVOKESYEN KE-45 IPGK TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR

Tarikh: 4 Julai 2013
Tempat: Dewan Seri Temenggong IPGKTI
Masa: 2.30 - 5.30 petang

Majlis konvokesyen dirasmikan oleh Yang Berhormat En. Adam Semiru. Peserta terdiri dari KPLI JAJ, KPLI (M) dan KDPM KEMAS.

persiapan awal majlis konvokesyen
kehadiran vvip - Yg. Berhormat En. Adam Samuri

vvip- Majlis Konvokesyen ke-45  IPGKTI
Terbaik Akademik Pengajian Agama KPLI KDC Agama Johor: Wan Syarifuddin bin Wan Hassan
Terbaik Akademik Pengajian Matematik KPLI KDC Agama Johor: Abdul Rasid bin Abdul Rahman
Terbaik Praktikum KPLI KDC Agama Johor: Khaujahrubiyah bt. Ngah

Syabas dan Tahniah diucapkan kepada graduan yang berjaya menamatkan pengajian. Semoga dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai guru yang berkesan. Pendidik yang berkualiti adalah pendidik yang berpengetahuan, berinovasi, memiliki tahap profesionalisme yang tinggi dan mempunyai keperibadian yang unggul.