Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Saturday, October 19, 2013

Hari Korban IPGKTI 2013/1433H

Telah dilaksanakan pada Hari Raya ke 2 Aiduladha pada 16 Oktober 2013 bertempat di tanah lapang Surau Al-Jawahir IPGKTI. Sebanyak 2 ekor lembu dan 4 ekor kambing telah di korbankan.

ketibaan kambing ke tapak korban

Penyembelih korban terdiri dari Uztaz Mohd Hilmi dan Uztaz Nahi. Penyelaras korban ialah Uztaz Sirajuddin dari JAPIM. Pelapah daging melibatkan semua ahli kariah IPGKTI.

Uztaz Mohd Hilmi - penyembelih korban

Program korban dijalankan secara gotong royong yang melibatkan staf sokongan dan staf akademik. Aktiviti melibatkan mengangkut haiwan korban, menyembelih, melapah, memotong, memasak dan mengagih daging korban.

En. Abdullah Zhidi -pemotong tulang

Majlis di akhiri dengan Solat Zohor berjemaah dan jamuan makan tengahari dan bersurai

jamuan makan tengahari

Semoga ALLAH menerima ibadah korban dan terima kasih ke atas yang memberi sumbangan dalam semua bentuk....hanya ALLAH yang menganjarinya. Amin Ya Rabbilalamin.

Wednesday, October 9, 2013

Majlis Penganugerahan Sijil 2013 Pensyarah

Majlis Penganugerahan Sijil
Program Induksi Pensyarah IPGM Zon Selatan 2013
Tempat: IPGK Perempuan Melayu
Tarikh: 7 Oktober 2013

Telah disempurnakan oleh Tuan Tektor IPGM, Tuan Sulaiman bin Wak. Majlis dihadiri oleh IPGK Temenggong Ibrahim Johor (32 pensyarah), IPGK Tun Hussein Onn, Batu Pahat (35 pensyarah), IPGK Perempuan Melayu Melaka (15 peserta) dan IPGK Raja Meelewar, Seremban (28 pensyarah).

backdrop majlis


ketibaan peserta

pendaftaran peseerta

Juruacara Majlis- En. Mazlan dan Pn. Ruziah


peserta IPGKTI bersama Tuan Pengarah
Peserta telah mengikut beberapa fasa kursus iaitu Fasa 1 dilaksanakan secara pusat di IPGK Perempuan Melayu Melaka, Fasa 2 Siri 1  dilaksanakan di MPC Johor Bahru, Fasa 2 Siri 2 dilaksanakan di IPGKTI dan Fasa Perantisan di IPGKTI Johor. Program Induksi ini tamat pada 30 September 2013.

Thursday, October 3, 2013

Peristiwa Bulan September 2013 di IPGKTI


Minggu Integriti IPGKTI

13-26 September 2013
oleh TPA- Tn. Hj. Abu Bakar Sahari
Tema-"Amalan Berintegriti, Pendidik Berkualiti"
Aktiviti melibatkan pertandingan fotografi dan video.



bacaan ikrar oleh pelajar

-----------------------------------------------------
Seminar Serantau Pemikiran

oleh Mejar Dato' Mohd Said Sulaiman
25-26 September 2013
dirasmikan oleh Y.A.B Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor

Seminar dianjurkan dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Arkib Negara Malaysia dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor
Tema: "Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara"


pembentangan di Dewan Seri Temenggong IPGKTI
peserta seminar

-------------------------------------------------
Majlis Penutupan Sambutan Hari Kemerdekaan KE-56 IPGKTI

oleh Tn. Hj. Baharum bin Sulman
Pensyarah Kanan Jabatan Hal Ehwal Pelajar

penyerahan Jalur Gemilang oleh pelajar
logo dan tema Hari Merdeka ke-56