Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Tuesday, November 11, 2014

Selamat Bersara Puan Cheng

Beliau telah berkhidmat selama 23 tahun di IPGKTI, sejak dari tahun tahun 1991. Berkhidmat di Jabatan Kemahiran Hidup di unit ERT. Kepakaran beliau dalam masakan dan pendandanan.

kek hari lahir

ucapan bersara


majlis keraian dari Jabatan Ilmu Pendidikan

bersama rakan sekerja

majlis persaraan di Bilik Dato' Mahfor

majlis diraikan oleh TPP dan TPA
selamat tinggal IPGK ku
Selamat bersara moga hidup Puan akan ceria selalu di samping orang yang tercinta. Hingga jumpa lagi di suatu masa.

Thursday, November 6, 2014

Selamat Bersara Pn. Hjh. Repiah bt. Singah

Beliau dari Jabatan Matematik telah bersara wajib pada 30 Oktober 2014 (Khamis). Seorang Pensyarah Kanan DG54 yang ceria dan selalu menukir senyuman manis tika bersua. Semoga Allah berkati jasa-jasa dan bakti beliau dalam mendidik baka-bakal guru keluaran IPGK Temenggong Ibrahim Johor. Beliau telah berkhidmat selama 28 tahun di IPGKTI. Salah seorang pelajar beliau yang sangat berjaya ialah Menteri Besar Terengganu sekarang. Kata-kata hikmat beliau ialah "Jangan berpuas hati dengan apa yang telah ada, tingkatkanlah ilmu ke peringkat yang paling tinggi".

Foto-foto di hari persaraan beliau;




ucapan persaraan

cenderahati dari BAKSA

cenderahati dari Majlis Pensyarah Kanan

cenderahati dari pihak pengurusan

Mengetik kad perakam masa

"send off'

Tuesday, October 28, 2014

Selamat Bersara Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran

Beliau adalah Pengarah IPGK Temenggong Ibrahim Johor. Telah bersara pada 9 Oktober 2014 (Khamis). Dipaparkan beberapa foto sepanjang hari majlis persaraan beliau.

Majlis doa selamat di Surau Al-Jawahir

Rakan-rakan seangkatan iaitu Basiran, Marwar dan .....

Skrin paparan di DDKA

Majlis Persaraan anjuran BAKSA

Kata-kata akhir untuk tatapan warga IPGKTI

Sijil Penghargaan disampaikan Pn. Rubiah Ahmat

Cenderahati BAKSA dari Pn. Siti Anidah Kamsir
Majlis bermula dari 7.30 pagi dengan aktiviti bacaan doa selamat, 11.15 pagi dengan ucapan dan tayangan video, 1.30 petang dengan Surat Kapal dan mengetik Kad Perakam Waktu dan 8.00 malam dengan Majlis Perpisahan dan Jamuan Akhir Tahun BAKSA.di Pulai Spring Golf Resorts.

Perarakan dengan kereta antik

Mengetik Kad Perakam Waktu

Perbarisan Kehormat


Majlis Perpisahan di Pulai Spring Golf Resorts

Selamat bersara Tuan, semoga hidupmu diberkati ALLAH jua....hingga jumpa lagi di suatu masa....insyallah.

Wednesday, October 8, 2014

Selamat Bersara Tn. Hj. Radin Khairuddin

Tn. Hj. Radin Khairuddin bin Mohammad
Alhamdulillah beliau telah bersara pada 8 Oktober 2014. Majlis persaraan telah dijalankan pada 7 Oktober 2014 di Bilik Datuk Mahfor IPGKTI. Majlis "send off" dirasmikan oleh Tuan Pengarah.

cenderahati dari pengurusan, BAKSA dan Hazalina

Beliau telah mengajar di Temerloh selama 6 tahun, di Melaka selama 8 tahun dan mulai 2002 hingga 2014 di IPGKTI.


ucapan keraian dari pengarah
Di IPGKTI beliau bertugas di Jabatan Kemahiran Hidup sebagai pensyarah dan di Unit Latihan Dalam Perkhidmatan sebagai Ketua Unit.

klik punch card terakhir


Semoga Allah kurniakan beliau dengan kesihatan dan keceriaan yang berkekalan di sisi keluarga tersayang.

lambaian mesra rakan-rakan

selamat tinggal dan jumpa lagi

Thursday, October 2, 2014

SELAMAT BERSARA EN. MOHD YUSOF BIN MOHAMAD


Beliau telah bersara wajib pada 30 September 2014. Telah berkhidmat selama 9 tahun di IPGKTI. Perkhidmatan akhir beliau di Jabatan Hal Ehwal Pelatih.

Majlis dijalankan di Dewan Datuk Mahfor
Majlis dirasmikan oleh En. Nazaria Md. Amin (wakil Pengarah)
Kek Bersara
Klik kad kehadiran
Lambaian mesra
Selamat bersara, moga hidupmu diberkati Allah jua.Hingga ketemu di suatu masa....insyallah.

Monday, September 22, 2014

Selamat Bersara Pn. Samiha

Majlis telah dilaksanakan pada 21 September 2014 di Dewan Seri Temenggong IPGKTI.



Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Mazlan bin Aris.


         Beliau yang dilahirkan pada 26 September 1958 di Kampung Makam, Kota Tinggi merupakan seorang wanita yang sentiasa gigih untuk merealisasikan impian keluarga beliau. Selaku anak bongsu daripada lima orang adik beradik, anak kepada seorang pemandu teksi, membesar, bersekolah malah berkahwin di Kota Tinggi, beliau mempunyai hobi memasak dan mencuba makanan-makan baharu seperti saya. Beliau bersama pasangan beliau En Abu Hassan Bin Hj Abd. Salman dikurniakan seorang anak perempuan dan 3 orang anak lelaki yang mana salah satunya iaitu Azizul Ammar merupakan seorang artis yang kini bergiat aktif dalam bidang pengacaraan dan lakonan di TV3.  
        Beliau membina kerjaya bermula di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka sekitar tahun 1978 dan 1979. Beliau berkhidmat sebagai seorang guru bermula di SK Air Tawar 5, Kota Tinggi daripada tahun 1980-1982, kemudian di SK Kompleks Uda daripada tahun 1983-1985, seterusnya di SK Bandar Kota Tinggi daripada tahun 1986 sehingga 1991 dan akhirnya melanjutkan pada 1992 sehingga 1994 di University of Leeds, United Kingdom dan mendapat BA Honest in TESOL, major in Primary Education. 
        Tanggal 4 Ogos 1994, tarikh keramat ini menjadi saksi beliau menjejakkan kaki buat pertama kali di bumi temenggong ini sebagai seorang pensyarah di Jabatan Bahasa dan beliau terus melebarkan sayap mendapatkan masters in TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004. (....ikhsan dr Haniff)

Anugerah Setia Emas 2013

        IPGKTI telah menganugerahkan APC pada 2006 dan Anugerah Setia Emas  pada tahun 2013, kepada beliau.


Semoga beliau ceria di sisi keluarga di samping menjalankan tugas-tugas sebagai suri rumah. 

Sunday, August 10, 2014

APC IPGKTI 2014


Telah berlansung pada 7 Ogos 2014 di Dewan Seri Temenggong IPGKTI. Majlis telah disempurnakan oleh Y.Bhg.Dr. Noriati binti A. Rashid, Timbalan Rektor IPGM KPM.



Objektif majlis untuk meraikan dan mengiktirafkan staf akademik dan sokongan yang menunjukkan kecemerlangan di peringkat IPGK.


Sebanyak 14 Anugerah Kualiti telah disampaikan dimajlis ini. Antaranya ialah Perkhidmatan Cemerlang (24 orang), Setia Platinum (1 orang), Setia Emas (7 orang), Setia Perak (10 orang), Khas Kepimpinan, Mesra, Ketrampilan, Khas Ketrampilan Pengurusan, Harapan, Penyelidikan, Penulisan, Penulisan Ilmiah, Penulisan Kraetif, Versatil, Pengurusan Versatil dan Permata Temenggong.


Semoga Budaya kerja yang cemerlang menjadi komitmen daripada semua lapisan warga kerja untuk meningkatkan kecemerlanagn organisasi IPGKTI.