Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Saturday, January 25, 2014

IPGKTI : Sambutan Maulidur Rasul 1435 Hijrah


Telah dilaksanakan pada 23 Januari 2014 bersamaan 18 Rabiul Awwal 1435H (Khamis) bertempat di Dewan Sri Temenggong, IPGKTI.


Dua orang penceramah telah dijemput memberi ceramah terdiri dari Ustazah Aisyah Abu Bakar dan Ustaz Musa. Pada masa yang sama juga diadakan pameran dan pemotongan zakat wang pendapatan dari Majlis Agama Islam Negeri Johor.


Majlis dimulakan dengan perarakan dari dewan terbuka hinggalah ke DST. Pertandingan sepanduk antara kolej juga diadakan. Majlis dirasmikan oleh wakil pengarah IPGKTI, Puan Rahimah Ahmad.


Semoga sambutan ini menjadi penyemarak kepada umatnya untuk mencontohi teladan dari Rasul kesayangan kita.

Thursday, January 9, 2014

Tahniah dan Selamat Maju Jaya

IPGKTI mengucapkan tahniah kepada Tn. Hj. Abu Bakar bin Sahari yang dinaikkan pangkat sebagai Pengarah IPGK Raja Melewar. Semoga beliau dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang di tempat baru dan jangan lupa IPGKTI dan rakan-rakan di sini.

ucapan perpisahan oleh Tn. HJ. Abu Bakar Sahari

Tahniah juga kepada rakan-rakan pensyarah yang berjaya berpindah, terdiri dari Kamarudin Md. Amin (SK Gelang Patah), DR. Roslina Suratnu (IPGKBM), Liau Swee Fong (IPG Teknik), Shaferry Ariffin (IPGKPM), Ahmad Fadzil Nor (IPGKDA) dan Mustaffa Othman (IPGKBL).

ucapan perpisahan dari rakan-rakan IPGKTI


Tahniah juga kepada yang berjaya melanjutkan pelajaran terdiri dari Ustaz Nahi, Ustaz Sirajudin Safuan, En. Zulfahmi Bahaudin, En. Zali dan En. Khusairy.

barisan pensyarah yang bertukar


Semoga rakan-rakan semua tidak lupakan IPGKTI dan seisinya. Selamat maju jaya. Semoga Allah permudahkan segala urusan Sahabat….. selamat melanjutkan langkahmu, selamat berjumpa lagi di lain masa ...semoga senyum dan ceria selalu...