Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Friday, April 25, 2014

KURSUS OBE PENSYARAH IPG KAMPUS ZON SELATAN 2014



Penceramah ialah Tn. Hj. Mohd. Nazri bin Mohd, Yusof dari UITM Puncak Alam, Selangor.



Peserta kursus terdiri dari pensyarah IPGKTI, IPGKTHO, IPGKRM dan IPGPM.





Majlis Penutupan rasmi disempurnakan oleh TPA IPGKTI, Dr. Mazlan Aris.



Pada masa yang sama juga berjalan aktiviti jom membaca untuk 10 minit yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara' IPGKTI tidak ketinggalan menyertai aktiviti ini. Semoga budaya membaca dapat dipupuk dijiwa komuniti IPGKTI, sebagai amalan yang berterusan.



Sunday, April 13, 2014

MAJLIS KECEMERLANGAN PELAJAR SMIH KE-18

Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah mengadakan Hari Iftifal kali ke-18/2014 pada 12 April 2014 di Kompleks Mutiara Johor Land. Majlis dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Hj. Hafidzi bin Mohd Noor.



Sebanyak 24 anugerah telah diberikan kepada pelajar dalam majlis ini. Anugerah Tokoh Pelajar disandang oleh Muhammad Hanif Mohd Noor dan Syaima Amatullah Hasanuddin.


Tokoh Pelajar bersama keluarga

Tokoh Ketua Pelajar dan Anugerah Dai Muda dimiliki oleh Muhammad Najib Yusof.

Muhammad Najib Yusof

Semoga SMIH dapat melahirkan lebih ramai lagi generasi rabbani bagi memangkinkan kepedulian ummah.


Anugerah Kecemerlangan Akademik Tingkatan 1 dijuarai oleh Siti Aisyah Yusof dengan mencatat 17A bagi semua matapelajaran yang diambil.


Selamat maju jaya. Semoga cemerlang sepanjang masa.