Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Monday, September 22, 2014

Selamat Bersara Pn. Samiha

Majlis telah dilaksanakan pada 21 September 2014 di Dewan Seri Temenggong IPGKTI.



Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Mazlan bin Aris.


         Beliau yang dilahirkan pada 26 September 1958 di Kampung Makam, Kota Tinggi merupakan seorang wanita yang sentiasa gigih untuk merealisasikan impian keluarga beliau. Selaku anak bongsu daripada lima orang adik beradik, anak kepada seorang pemandu teksi, membesar, bersekolah malah berkahwin di Kota Tinggi, beliau mempunyai hobi memasak dan mencuba makanan-makan baharu seperti saya. Beliau bersama pasangan beliau En Abu Hassan Bin Hj Abd. Salman dikurniakan seorang anak perempuan dan 3 orang anak lelaki yang mana salah satunya iaitu Azizul Ammar merupakan seorang artis yang kini bergiat aktif dalam bidang pengacaraan dan lakonan di TV3.  
        Beliau membina kerjaya bermula di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka sekitar tahun 1978 dan 1979. Beliau berkhidmat sebagai seorang guru bermula di SK Air Tawar 5, Kota Tinggi daripada tahun 1980-1982, kemudian di SK Kompleks Uda daripada tahun 1983-1985, seterusnya di SK Bandar Kota Tinggi daripada tahun 1986 sehingga 1991 dan akhirnya melanjutkan pada 1992 sehingga 1994 di University of Leeds, United Kingdom dan mendapat BA Honest in TESOL, major in Primary Education. 
        Tanggal 4 Ogos 1994, tarikh keramat ini menjadi saksi beliau menjejakkan kaki buat pertama kali di bumi temenggong ini sebagai seorang pensyarah di Jabatan Bahasa dan beliau terus melebarkan sayap mendapatkan masters in TESL di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004. (....ikhsan dr Haniff)

Anugerah Setia Emas 2013

        IPGKTI telah menganugerahkan APC pada 2006 dan Anugerah Setia Emas  pada tahun 2013, kepada beliau.


Semoga beliau ceria di sisi keluarga di samping menjalankan tugas-tugas sebagai suri rumah.