Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Tuesday, October 28, 2014

Selamat Bersara Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran

Beliau adalah Pengarah IPGK Temenggong Ibrahim Johor. Telah bersara pada 9 Oktober 2014 (Khamis). Dipaparkan beberapa foto sepanjang hari majlis persaraan beliau.

Majlis doa selamat di Surau Al-Jawahir

Rakan-rakan seangkatan iaitu Basiran, Marwar dan .....

Skrin paparan di DDKA

Majlis Persaraan anjuran BAKSA

Kata-kata akhir untuk tatapan warga IPGKTI

Sijil Penghargaan disampaikan Pn. Rubiah Ahmat

Cenderahati BAKSA dari Pn. Siti Anidah Kamsir
Majlis bermula dari 7.30 pagi dengan aktiviti bacaan doa selamat, 11.15 pagi dengan ucapan dan tayangan video, 1.30 petang dengan Surat Kapal dan mengetik Kad Perakam Waktu dan 8.00 malam dengan Majlis Perpisahan dan Jamuan Akhir Tahun BAKSA.di Pulai Spring Golf Resorts.

Perarakan dengan kereta antik

Mengetik Kad Perakam Waktu

Perbarisan Kehormat


Majlis Perpisahan di Pulai Spring Golf Resorts

Selamat bersara Tuan, semoga hidupmu diberkati ALLAH jua....hingga jumpa lagi di suatu masa....insyallah.

Wednesday, October 8, 2014

Selamat Bersara Tn. Hj. Radin Khairuddin

Tn. Hj. Radin Khairuddin bin Mohammad
Alhamdulillah beliau telah bersara pada 8 Oktober 2014. Majlis persaraan telah dijalankan pada 7 Oktober 2014 di Bilik Datuk Mahfor IPGKTI. Majlis "send off" dirasmikan oleh Tuan Pengarah.

cenderahati dari pengurusan, BAKSA dan Hazalina

Beliau telah mengajar di Temerloh selama 6 tahun, di Melaka selama 8 tahun dan mulai 2002 hingga 2014 di IPGKTI.


ucapan keraian dari pengarah
Di IPGKTI beliau bertugas di Jabatan Kemahiran Hidup sebagai pensyarah dan di Unit Latihan Dalam Perkhidmatan sebagai Ketua Unit.

klik punch card terakhir


Semoga Allah kurniakan beliau dengan kesihatan dan keceriaan yang berkekalan di sisi keluarga tersayang.

lambaian mesra rakan-rakan

selamat tinggal dan jumpa lagi

Thursday, October 2, 2014

SELAMAT BERSARA EN. MOHD YUSOF BIN MOHAMAD


Beliau telah bersara wajib pada 30 September 2014. Telah berkhidmat selama 9 tahun di IPGKTI. Perkhidmatan akhir beliau di Jabatan Hal Ehwal Pelatih.

Majlis dijalankan di Dewan Datuk Mahfor
Majlis dirasmikan oleh En. Nazaria Md. Amin (wakil Pengarah)
Kek Bersara
Klik kad kehadiran
Lambaian mesra
Selamat bersara, moga hidupmu diberkati Allah jua.Hingga ketemu di suatu masa....insyallah.