Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Monday, November 2, 2015

HARI KELUARGA IPGKTI 2015

Telah dilaksanakan pada 31 Oktober 2015 (Sabtu) di padang IPGKTI. Pelbagai acara telah dijalankan seperti sukaneka, pertandingan mewarna, dam haji, batu seremban dan cabutan nombor bertuah. Majlis telah dilancarkan oleh Pengarah IPGKTI, Pn. Rubiah binti Ahmad.

gimik pelancaran

sukaneka

pertandingan mewarna

GEBU: pertandingan kucing

stesen cendul

stesen satay

Pengerusi Staff Sokongan: Farid

Pengerusi BAKSA: Pn. Lailatul Zuraidah

stesen GANDUS Hj. Sasman

selamat bersara Hj. Hassan Kudus

johan batu seremban: Pn. Hjh. Rahimah

tetamu VVIP

Thursday, October 29, 2015

MAJLIS ANUGERAH HARI INOVASI IPGKTI 2015


definisi hari inovasi
Telah berlangsung pada 29 Oktober 2015 (Khamis) di Dewan Seri Temenggung IPGKTI. Majlis telah dirasmikan oleh Pengarah IPGKTI, Pn. Rubiah binti Ahmad. Tema: Inovasi Penjana Peningkatan Profesionalisme.

pasukan koir inovasi

Anugerah Inovasi Fasilitator
Dr. Hjh. Maskiah Masrom


Anugerah Inovasi Kaedah P@P
Dr. Ng Pei Fern
Cik Goh Wah Im



Anugerah Inovasi ICT
En. Kamaludin Ahmad



Anugerah Inovasi Sosial
Pn. Hjh. Rokiah Buyong
Pn. Wan Faridah Akmal Wan Ismail
Pn. Sin Lee Eng
En. Afian Akhbar Mustam



Anugerah Inovasi Keceriaan
En. Muhammad Farid Salleh
En. Mohd Akif Md. Jurimi


Anugerah Inovasi Penyelidikan
Dr. Hjh. Raudhah Ali
Dr. Ros Eliana Ahmad Zuki
En. Kamarudin Yusof


Anugerah Penulisan Ilmiah
Dr. Santhanamary a/p R. Anthony


Anugerah Penulisan Umum
Pn. Zaiton Mohamad



 
Anugerah Permata Temenggong
Jabatan Pengajian Melayu
penerima anugerah


Thursday, October 8, 2015

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM IPGKTI 2015

Telah dijalankan di Telok Gorek Chalet, Tg. Resang, Mersing, Johor pada 4-7 Oktober 2015. Perkhemahan dianjurkan oleh Unit KoKurikulum IPGKTI dan Kumpulan Latihan Malaysia ke-17.
Peserta kursus terdiri dari Unit Pengakap, Unit BSMM dan Unit KRS. Perkhemahan diketuai oleh Kem Komandan, En. Md. Daud Md. Jani dari Unit KoKurikulum.

Seramai 124 orang peserta dan 15 orang jurulatih telah terlibat dalam Perkhemahan UBF ini. Jurulati jemputan didatangkan dari IPGKDA (Tn. Hj. Abd. Rahim Abdullah), IPGKTHO (Tn. Hj. Khairil Sulaiman dan Kapten Asrar Sidon) dan IPGKI (Tn. Hj. Ariffin Zainudin). Perkhemahan ini adalah wajib bagi peserta PISMP Semester 4, DPLI SM dan SABK.

Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Dr. Mazlan bin Aris. Hadiah pertandingan telah disampaikan melibatkan pertandingan Bantu Mula, Masakan Rimba, Malam Kebudayaan, Orientering dan Camping Standard. Tahniah kepada BSMM yang banyak memenangi pertandingan tersebut.

En. Azman membimbing peserta KRS

Perhimpunan Pagi KRS

Perhimpunan Pagi BSMM

Majlis Penutupan

En. Tormadi memberi taklimat
Selamat Harilahir Navaranjini

Tahniah Pengakap ...Johan "Camping Standard"

TPA bersama jurulatih jemputan

Jurulatih UBF IPGKTI

Jamuan Penutupan UBF
"Break Camp" pengakap

Sunday, August 30, 2015

JUBLI EMAS IPGKTI 2015

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berkenan merasmikan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor (IPGKTI) pada 26 Ogos 2015 bersamaan 11 Zulkaedah 1436 Hijrah.

IPGKTI telah ditubuhkan pada 1 Januari 1965 dan dikenali sebagai Maktab Perguruan Persekutuan Johor Bahru (MPPJB). Ia telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Y.B. En. Mohd Khir bin Johari.


Raja Muda Johor, Tengku Iskandar adalah penaung dan baginda telah berkenan menamakan maktab ini sebagai Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim (MPTI).

menandatangani  buku pelawat

menjunjung kasih Tuanku

foto bersama staff pusat sumber

foto bersama staff sokongan

Cenderahati disampaikan oleh Pn. Rubiah Ahmad

Lawatan ke Galeri IPGKTI

JK Seranta 

Sambutan diadakan sebagai mengingati sejarah penubuhan maktab ini yang mana sekarang dikenali sebagai IPGKTI, yang telah melahirkan ramai tokoh-tokoh yang tersohor di nusantara.

Thursday, July 30, 2015

MARHABAN DAN ZIARAH HARI RAYA PULAI BESTARI BB KANGKAR PULAI

Marhaban diambil dari kata “ rahb ” yang berarti luasnya pekarangan dan lapangnya dada. Ia menggambarkan suatu majlis di mana tetamu disambut dan diterima dengan dada lapang, penuh kegembiraan disertai dengan selawat, ucapan hari raya, doa hari raya dan disertai dengan jamuan hari raya .

Surau Al-Taqwq dengan kerjasama penduduk Pulai Bistari telah memulakan program ini pada 29 Julai 2015 iaitu 13 Syawal 1436 Hijrah.


Ustaz Ismail Musytari membacakan doa ziarah

Jadual Marhaban






Selawat dan salam daripada Allah ke atas junjungan kami Muhammad s.a.w dan juga ke atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat Baginda. Segala pujian bagi Allah s.w.t Tuhan pentadbir seluruh alam. Semoga program ini dapat meningkatkan lagi silaturrahim di kalangan penduduk setempat.