Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Monday, August 29, 2016

AKTIVITI BULAN OGOS IPGKTI

IPGKTI telah menjalankan ProgramGaya Hidup Sihat pada 17 Ogos 2016 anjuran Jabatan PJK dan Unit Psikologi dan Kaunseling. Ia melibatkan aktiviti senamrobik, berjalan 10,000 langkah, ujian saringan kesihatan, ujian Paps Smear, pamiran kesihatan dan ceramah kesihatan bertajuk "suicide" dan Seksual Bebas.


IPGKTI telah melancarkan kibaran jalur gemilang pada 16 Ogos 2016. Majlis dilancarkan oleh YBHG Pn. Rubiah Ahmad, Pengarah IPGKTI.






IPGKTI telah menjalankan Kayak Kemerdekaan di Kota Tinggi, Kg. Johor Lama pada 18 Ogos 2016, dirasmikan oleh Pn. Rubiah Ahmad, Pengarah IPGKTI. Seramai 55 orang siswa dan siswi IPGKTI opsyen Major dan Minor Pendidikan Jasmani. Mereka telah berkayak dari 8.00m pagi hingga 7.00 malam.




IPGKTI telah menjalankan Program Pemuliharaan Hulu Sungai Chat bersama-sama dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru pada 23 Ogos 2016 dan telah dirasmikan oleh YBHG. Tn. Hj. A. Rahim Hj. Nin, Datuk Bandar Raya Johor Bahru. Aktiviti melibatkan penanaman pokok buah-buahan dan melempar "mud ball".





 IPGKTI telah menjalankan aktiviti Karnival Pendidikan Kebangsaan pada 21-25 Ogos 2016 dan telah dirasmikan oleh YBHG. DR. Noriati A. Rashid, Timbalan Rektor IPGM. Aktiviti melibatkan permainan "roller blade", pameran dari BSN, Bankrakyat, FAMA, UTM, UTHM, MPJB, MARA, Yayasan Pelajaran Johor, kembara usahawan, jualan gerai makanan, pertandingan bercerita PENDRAKAD, Malam Senandung Bahasa, Seminar Kesedaran Keselamatan Negara, Hari Integriti, Demo Open Classroom Lesson Study dan Pertandingan Pengajaran Abad ke-21.




Tuesday, August 2, 2016

Bicara Professional Bersama Rektor IPGM

Telah berlangsung pada 31 Julai 2016 di Dewan Seri Temenggong, IPGKTI Johor. Majlis telah dirasmikan oleh Rektor IPGM, YBHG. Dr. Azian T.S. Abdullah.



Persara-persara terdiri dari En. Chai Ched Siong, Pn. Bhagwant Kaur a/p  Harban Singh dan staff sokongan terdiri dari Pn. Aminah dan Cik Analetchumy.



Perkara yang diutarakan oleh Rektor adalah ilmu dalam zaman teknologi terkini. Majlis dihadir oleh pensyarah, staff sokongan dan JPP Pelajar. Majlis juga meraikan pensyarah dan staff sokongan yang bersara  pada bulan ini.





Semoga kita mendapat manfaat dari majlis ini untuk bekalan hidup di dunia dan akhirat jua.


Thursday, July 28, 2016

Program Marhaban dan Ziarah Aidilfitri Pulai Bistari 2016

Telah berlangsung dengan meriahnya dari 17 Julai hingga 31 Julai 2016. Majlis diketuai oleh Tn. Hj. Rahmat (Imam Surau Taqwa) dan Prof. Madya Dr. Ismail. Majlis dijalankan mengikut jalan-jalan yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa program.





Mengikut jawatankuasa, program ini telah berjal selama 10 tahun. Majlis dimulakan dengan selawat ke atas nabi, ucapan tuan rumah dan jamuan ringan. Semoga program ini berterusan bagi memupuk silaturrahim di kalangan penduduk taman-taman yang berhampiran iaitu taman pulai bistari dan taman pulai ria.

Wednesday, May 18, 2016

Sambutan Hari Guru IPGKTI 2016

Telah berlangsung dengan meriah dan jayanya pada 17 Mei 2016. Majlis dirasmikan oleh Pengarah IPGKTI, Pn. Hjh. Rubiah Ahmad. Pelbagai acara telah diadakan sebelum dan semasa sambutan dijalankan. Tema kali ini adalah "Guru Pembina Negara Bangsa".




Di antara pengisian sambuatan adalah penyampaian hadiah IKON Guru Peringkat Kebangsaan kepada Dr. Hjh. Meskiah Masrom, pertandingan Membaca 10 minit, pertandingan Bowling, Golf, Bola Sepak 9 sebelah, Bola Tampar, Tradisional, persembahan unit-unit beruniform dan kekemasan pakaian unit beruniform pensyarah.




Majlis sambutan kali ini berkonsepkan unit beruniform. Semua pensyarah dan siswa-siswi memakai pakaian unit beruniform. Semoga sambutan ini dapat mempertingkatkan motivasi diri siswa-siswi kearah kecemerlangan pengajaran dsn pembelajaran di abad ke 21 kini.




Thursday, May 12, 2016

Program Kolaboratif Pembangunan Berasaskan Objek Pembelajaran dan Khidmat Masyarakat JTP

Telah berlangsung dari 4-8 Mei 2016 di IPGK Tawau, Sabah. Jabatan Teknologi Pendidikan IPGKTI yang diketuai oleh Ketua Jabatan, Pn. Siti Anidah Kamsir telah mengadakan program ini bersama-sama dengan 4 orang ahli jabatan iaitu En. Kamaludin Ahmad, Pn. Ngau Chai Hong, Dr. Sumilah Marto dan Tn. Hj. Yusof Osman. Program ini melibatkan pembinaan pakej pembelajaran secara "DVD base" berdasarkan "instructional design".


barisan JTP IPGKTI

Ketua Fasilitator- En. Kamaludin Ahmad

cenderahati kepada IPGK Tawau


Di samping itu juga, projek khidmat masyarakat telah dijalankan untuk Madrasah Inderasabah yang telah diasaskan oleh mantan Timbalan Pengarah IPGK Tawau, Tn. Hj. Mohd Zin Badui. Sebanyak RM900.00 telah disumbangkan oleh warga IPGKTI untuk ini. Semoga sumbangan tuan/puan mendapat keberkatan Allah jua.




sumbangan kepada mudir madrasah

Jutaan terima kasih kepada Pengarah IPGK Tawau , Pn. Roziah dan suami (En. Baharuddin), En. Samri dan isteri (Pn. Noraini) dan En. Mod yang telah memberi sokongan padu kepada rombongan kami sepanjang di sana. Semoga Allah jua merahmati tuan/puan sekalian.

Wednesday, February 3, 2016

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL IPGKTI 2016/1437H


Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.(sumber wikipedia).

 Majlis akan dilaksanakan pada 4 Februari 2016 (Khamis) di Dewan Seri Temenggung IPGKTI, Johor. Penceramah jemputan ialah Ustaz Mohd. Abas bin Abd. Latiff (UTM). Aturcara majlis seperti berikut:
  • 7.30 pagi: sarapan pagi
  • 8.00 pagi:tilawah Al Quran dan persembahan
  • 9.00 pagi: ceramah
  • 10.20 pagi: Jamuan
Pn. Pengarah menanti ketibaan penceramah

Perasmi: TPP Dr. Mazlan Aris

Penceramah: Utz. Mohd Abas Abdul Latiff

Tadika Semaian Subur

Staff Lelaki

Staff Wanita

Semua staff dan pelajar muslimin dan muslimat dijemput hadir.