Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Sunday, June 21, 2015

PERISTIWA IPGKTI SEKITAR SEMESTER 1/2015

Foto-foto berkenaan berkaitan dengan peristiwa yang berlaku sepanjang semester 1/2015. Pastikan anda mengenali dan mengecam peristiwa tersebut.


 4.1.2015: Bantuan mangsa banjir pantai timur.
15.1.2015: Persaraan Pn. Zaiton Jaafar dari Unit Ko-Kurikulum.
24.1.2015: Sambutan Maulidur Rasul pertingkat IPGKTI.
26.1.2015: Sambutan Tahun Baru Cina anjuran BAKSA IPGKTI.
19-22.4.2015: Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform IPGKTI dan Pengalungan 2 biji Manikayu  kepada  6 orang peserta di Mutiara Motor Resort, Sedili.
29.3.2015: Gaya Hidup Sihat dengan pelancaran berjalan kaki sejauh 1000 langkah pada setiap hari Rabu.
27.4.2015: Tn. Hj. Othman Mustaffa dari JIP telah meninggal dunia.
7.5.2015: Majlis persaraan En. Azman Othman dari JTP.
17.5.2015: Majlis sambutan Hari Guru.
15.6.2015: Sumbangan kurma 241 kotak ke Masjid Pulau Penyengat oleh Tn. Hj. Abdullah Zhidi, En.Nordin, En. Tauhit dan En. Farid.
17.6.2015: Majlis Yassin dan Tahlil sempena Pra Ramadhan anjuran AKRAB IPGKTI.



Semoga info ini dapat memberi manfaat kepada pembaca sekalian. Selamat berpuasa.

Thursday, May 7, 2015

SELAMAT BERSARA EN. AZMAN OTHMAN

Mula bekerja 1978 di SMV Kluang.Berpindah ke SMV Johor Bahru dari 1981-1995. Di pinjamkan ke Puasat Penyelengaraan Alat Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Zon Selatan yang berpusat di Parit Raja Batu Pahat. 1998 dinaikkan pangkat ke MPTI sebagai Pegawai Elektronik sehinnga sekarang. Beliau pencen 60 tahun pada 7 Mei 2015. Belajar di MP Teknik KL selama 3 tahun dan menjadi guru selama 17 tahun.

Azman bin Othman

Jamuan persaraan 1

Jamuan persaraan 2

Ucapan TPA- Dr, Mazlan bin Aris
Cenderahati dari Jabatan Teknologi Pendidikan

Cenderahati dari BAKSA
Tepat 3.00 ptg - mengetik kad perakam waktu

Lambaian selamat tinggal

Pengalaman belajar di luar negara 6 bulan di Perth, Western Australia di bidang elektronik. Pengalaman perkhidmatan sebagai Pengerusi Teknik Softball MSSJ selama 12 tahun dan Ketua Pemeriksa Kertas Amali SPMV selama 10 tahun. Beliau telah berkhidmat sebagai penjawat awam selama 37 tahun.

Selamat bersara moga sihat walafiat dan hidupmu dalam iman dan taqwa.

Thursday, January 29, 2015

Jejak Kasih ASPURA STK...

Setelah 20 - 25 tahun terpisah oleh benteng akademik dan kerjaya, jejak kasih ASPURA STK telah menemukan insan-insan yang inginkan talian silaturrahim dihubungkan semula. Alhamdulillah semoga gambar di bawah ini dapat menceritakan talian persahabatan yang ALLAH restui dan galakkan.



 
 Terima kasih kepada semua (Halim A, Halim T, Norazman dan Suhaimi) yang sudi dan ingin mengekalkan talian persahabatan ini. Semoga Allah merestuinya.

Sunday, January 25, 2015

Selamat Bersara Rakan-Rakan IPGKTI....

Selamat bersara Tn. Hj. Baharum, Tn. Hj. Hatta, Pn. Johana dan Pn. Zaiton Jaafar. Kesemuanya telah bersara pada hujung disember 2014 dan awal januari 2015. Semoga jasa bakti Tuan / Puan menjadi ikon kepada rakan-rakan yang ditinggalkan.






Hanya Allah jua yang membalas jasa bakti Tuan /  Puan yang mulia. Selamat maju jaya, moga Allah kurniakan badan yang sihat dan minda yang cergas.

Sambutan Maulidur al-Rasul 1436H IPGKTI

Telah berlangsung pada 22 Januari 2015 = 1 Rabiul Akhir 1436H bertempat di Dewan Sri Temenggong IPGKTI. Matlamatnya untuk menyemai rasa cinta dan kasih sayang kepada baginda Rasulullah S.A.W. Seterusnya menimbulkan semangat untuk mengamalkan sunnah Rasul dalam kehidupan seharian.




Aturcara majlis melibatkan perarakan staff akademik, staff pelaksana dan pelajar IPGK, diikuti dengan persembahan nasyid oleh pelajar dan sajak oleh En. Mohd Sam. Kemudian majlis diserikan dengan ceramah oleh Ustaz Anoar bin Sarimin, Pengetua Sekolah Menengah Arab Tinggi Johor.




Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Mazlan bin Aris. Semoga kita betul-betul menghayati sunnah Rasul dan seterusnya mengamalkannya....insyallah.

Tuesday, November 11, 2014

Selamat Bersara Puan Cheng

Beliau telah berkhidmat selama 23 tahun di IPGKTI, sejak dari tahun tahun 1991. Berkhidmat di Jabatan Kemahiran Hidup di unit ERT. Kepakaran beliau dalam masakan dan pendandanan.

kek hari lahir

ucapan bersara


majlis keraian dari Jabatan Ilmu Pendidikan

bersama rakan sekerja

majlis persaraan di Bilik Dato' Mahfor

majlis diraikan oleh TPP dan TPA
selamat tinggal IPGK ku
Selamat bersara moga hidup Puan akan ceria selalu di samping orang yang tercinta. Hingga jumpa lagi di suatu masa.

Thursday, November 6, 2014

Selamat Bersara Pn. Hjh. Repiah bt. Singah

Beliau dari Jabatan Matematik telah bersara wajib pada 30 Oktober 2014 (Khamis). Seorang Pensyarah Kanan DG54 yang ceria dan selalu menukir senyuman manis tika bersua. Semoga Allah berkati jasa-jasa dan bakti beliau dalam mendidik baka-bakal guru keluaran IPGK Temenggong Ibrahim Johor. Beliau telah berkhidmat selama 28 tahun di IPGKTI. Salah seorang pelajar beliau yang sangat berjaya ialah Menteri Besar Terengganu sekarang. Kata-kata hikmat beliau ialah "Jangan berpuas hati dengan apa yang telah ada, tingkatkanlah ilmu ke peringkat yang paling tinggi".

Foto-foto di hari persaraan beliau;




ucapan persaraan

cenderahati dari BAKSA

cenderahati dari Majlis Pensyarah Kanan

cenderahati dari pihak pengurusan

Mengetik kad perakam masa

"send off'

Tuesday, October 28, 2014

Selamat Bersara Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran

Beliau adalah Pengarah IPGK Temenggong Ibrahim Johor. Telah bersara pada 9 Oktober 2014 (Khamis). Dipaparkan beberapa foto sepanjang hari majlis persaraan beliau.

Majlis doa selamat di Surau Al-Jawahir

Rakan-rakan seangkatan iaitu Basiran, Marwar dan .....

Skrin paparan di DDKA

Majlis Persaraan anjuran BAKSA

Kata-kata akhir untuk tatapan warga IPGKTI

Sijil Penghargaan disampaikan Pn. Rubiah Ahmat

Cenderahati BAKSA dari Pn. Siti Anidah Kamsir
Majlis bermula dari 7.30 pagi dengan aktiviti bacaan doa selamat, 11.15 pagi dengan ucapan dan tayangan video, 1.30 petang dengan Surat Kapal dan mengetik Kad Perakam Waktu dan 8.00 malam dengan Majlis Perpisahan dan Jamuan Akhir Tahun BAKSA.di Pulai Spring Golf Resorts.

Perarakan dengan kereta antik

Mengetik Kad Perakam Waktu

Perbarisan Kehormat


Majlis Perpisahan di Pulai Spring Golf Resorts

Selamat bersara Tuan, semoga hidupmu diberkati ALLAH jua....hingga jumpa lagi di suatu masa....insyallah.