Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Saturday, November 21, 2009

KMK Pensyarah Baru IPGM

Jurulatih KMK

Sesi Pesuruhjaya Negeri MPKLM

Terowong Anugerah

Kursus KMK Pengenalan dan Pkt. 1 telah dijalankan di Puteri Bayu Resort, Pulau Pangkor pada 17-20 November 2009. Seramai 19 orang peserta kursus dan 15 orang jurulatih telah hadir di kursus ini. Saudara Ab. Rahim (Pen. P/J Zon Tengah) telah menerajui KMK ini dari awal hingga akhir. Penutupan kursus telah dilaksanakan oleh Tn. Hj. Kamar (Pesuruhjaya Negeri MPKLM). Semoga peserta beroleh ilmu dan kemahiran dan berazam untuk terus mengikuti kursus lanjutan di tahun depan dan memiliki tauliah dua biji manikayu. Kepada jurulatih yang menyumbangkan tenaga dan idea diucapkan berbanyak terima kasih.

Tuesday, October 13, 2009

Anugerah Pingat dan Bintang PPM 2007 dan 2009





Telah dijalankan di IPGK Bahasa Antarabangsa pada 10 Oktober 2009. Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengakap Negara Dr. Shafei Salleh. Bintang dan pingat yang disampaikan adalah Pingat 100 tahun pengakap, cemerlang, setia, khidmat lama, baik dan sijil ketua pengakap negara.

Diucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas khidmat bakti ahli-ahli majlis tadbir, pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri dan daerah, pengerusi zon, pengarah sebagai kuasa penganjur kumpulan pengakap yang secara berterusan memberi galakan dan dorongan bagi mencapai kecemerlangan dalam kepengakapan. Diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima-penerima Bintang dan Pingat Pesekutuan Pengakap Malaysia pada tahun 2007 dan 2009.

Persekutuan Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah Akta Parlimen Malaysia No. 38 (1968) dengan pindaan No. 143 (1974) dan No. 409 (1989) telah bergerak sebagai badan sukarela yang bersifat non-partisan iaitu bebas dan tidak terpengaruh kepada mana-mana pihak yang berkepentingan seperti termaktub dalam Persetiaan Pengakap.

Wednesday, October 7, 2009

KMK PKT.1 - IPGMK SARAWAK, MIRI




IPGMK Sarawak telah mengadakan perkhemahan unit beruniform pada 5 - 8 Oktober 2009. Ia melibatkan 57 ahli pengakap, 17 PPIM dan 61 KRS. Peserta kursus terdiri dari pelajar PISMP dan KPLI. Pada hari ke 2, hujan telah turun lebat pada sebelah malam, dengan semangat yang kental pelajar berjaya mengharungi cuaca yang mencabar ini. Terima kasih kepada rakan sekerja yang terdiri dari En. Jamaludin (KuKo), En. Gumbang (Kem Komandan), En. Oliver, En. Muhamad Haji Tangah dan En. Marni Golong serta yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Jurulatih dari pusat ialah Tn. Hj. Yusof Osman turut membantu KMK ini.

Thursday, August 20, 2009

MERDEKA .... IPGM KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM




IPGMKTI telah melancarkan sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 pada 15 Ogos 2009. Aktiviti yang dijalankan ialah perarakan mengikut opsyen dengan sepanduk yang direkacipta oleh opsyen masing-masing, deklamasi sajak oleh pelajar dan Tn. Hj. Sasman Yasir (Timbalan Pengarah Akdemik). Sambutan dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Said Hasran (Tuan Pengarah). Sama-samalah kita membina negara bangsa berdasarkan 1 Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Thursday, July 30, 2009

Program Pembestarian IPGK Temenggong Ibrahim Johor Bahru

KDP BESTARI K3-KEMAHIRAN HIDUP

KDP BESTARI K2-PENDIDIKAN ISLAM


KDP BESTARI K1 - BAHASA MELAYU

IPGM Kampus Temenggong Ibrahim telahpun melatih guru kdp bestari 4 minggu latihan guru bestari bagi 2009 sebanyak 3 kohort. Kohot 1 opsyen Bahasa Melayu telah masuk pada 20/4 hingga 26/6. Ketuanya ialah Mohd Ridzuan Mat Junoh. Kohot 2 opsyen Pendidikan Islam bermula pada 29/6 hingga 21/8. Ketua opsyen ialah Ainul Azlan Shah Kamsan. Kohot 3 masuk pada 28/9 hingga 20/11. Ketua opsyen ialah Amran Johan. Penyelaras Kursus KDP LGB Program Pembestarian ialah Tn. Hj. Yusof Osman dibantu oleh Ketua Pasukan bagi matapelajaran BM ialah Pn. Hjh. Hamidah Musa, Pendidikan Islam ialah Pn. Hjh. Raudah Ali dan Kemahiran Hidup ialah En. Ali Jemali. Tahniah kepada semua peserta kursus yang telah menamatkan interaksi, semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan di peringkat sekolah.

Tuesday, June 23, 2009

KMK III BHG. A UNIT PKK




Kursus telah dijalankan oleh IPGMK Gaya. Seramai 32 orang peserta dan 10 orang jurulatih telah menjalani kursus ini dari 18 - 20 Jun 2009 di Borneo Paradise, Papar. Ketua Kursus Pn. Rahmah telah dianugerahkan 2 biji manikayu oleh Pen. Pesuruhjaya Negeri MPKLM Zon Selatan Tn. Hj. Khairil Sulaiman. Semua peserta telah lulus dan upacara perasmian penutup telah dilaksanakan oleh Sonny Teo Ketua Unit Ko-Kurikulum. Ketua Jurulatih Tn. Hj. Yusof bin Hj. Osman Pen. P/J Negeri MPKLM PKK telah memantau perjalanan kursus ini. Semua jurulatih telah menjalankan kursus dengan baik dan berkesan. Tahniah kepada Pesuruhjaya IPGMK Gaya En. Aziz Abbas yang berjaya menganjurkan kursus ini.

Thursday, May 21, 2009

Selamat Hari Guru 2009





IPGM Kampus Temenggong Ibrahim Johor Bahru telah menyambutnya pada 18 Mei 2009. Dirasmikan oleh Pengarah IPGMKTI, Tn. Hj. Mohd Said Hasran. Dipenuhi dengan pelbagai acara menarik seperti permainan kumpulan, T1-Race, Petangue dan anyaman ketupat.
Hayati SMS ;

Teacher is like PEPSI - “Ask For More”

Teacher is like NIKE - ” Just Do It”

Teacher is like NOKIA - “Connecting People”

Teacher, hopefully like McD - “I’m Loving It”

Happy Teacher Day!!…

Terima Kasih Cikgu !

Saturday, April 25, 2009

KURSUS MANIKAYU PERINGKAT 1





MPKLM Zon Selatan telah mengadakannya di Kem Kaizen, Johor pada 21-24 April 2009. Seramai 256 pelatih KPLI dari IPGMKTI, IPGMKTHO, IPGMKRM dan IPGMKPM telah mengikuti 9 kursus di bawah penyelarasan Tn. Hj. Khairil Sulaiman (Pen. P/J Negeri MPKLMZS) dan Tn. Hj. Yusof Hj. Osman ( Pen. P/J Negeri Unit PKK). Semua peserta kursus telah lulus kecuali seorang telah dikenakan dengan bersyarat. Peserta telah disarungkan dengan "woogle gilwell". Majlis Penutupan telah disempurnakan oleh Pengerusi MPKLMZS, Tn. Hj. A. Aziz Abu Bakar.

Tuesday, March 24, 2009

ANUGERAH BINTANG PENGAKAP MPKLM 2009




Telah diadakan di IPGM Kampus Kota Bharu pada 23 Mac 2009. Seramai 32 orang ahli MPKLM telah menerima anugerah. Penerima dari MPKLM Zon Selatan ialah A. Latiff Awi (Setia dan Baik), Tormadi Jono (Baik dan Lama), Hj. Yusof Osman (Baik), Kamarul Baharin Hj. Musib (Lama dan SKKPN), Mad Isa Mamat (Baik dan SKKPN) dan Noraizah Taib (Sijil Kepujian Pengakap Negara). Tahniah kepada semua, semoga bekerja lebih kuat untuk kecemerlangan pengakap. Majlis dirasmikan oleh Yg. Bhg. Datuk Sri Dr. HJ. Shafie bin Mohd. Salleh (Ketua Pengakap Negara). Katanya, "Jangan terus menghukum seseorang, sila selidik dan pastikan".

CALT 27 DAN 28 - 2009




Kursus Penolong Jurulatih Kebangsaan bagi pemimpin pengakap telah diadakan di Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan dari 22 - 28 Mac 2009. Seramai 112 peserta kursus dari PPM dan IPGM telah turut serta. Kursus anjuran MPKLM/BPG dan PPM. Pengarah Kursus terdiri dari En. Mohd Radzi Hj. Johari (CALT 27) dan Tn. Hj. Rahmat Jaafar (CALT 28). Sebanyak 10 kumpulan terdiri dari Pasir Mas, Kuala Krai, Tumpat, Kota Bharu, Machang, Pasir Puteh, Gua Musang, Bachok, Tanah Merah dan Jeli. Peserta Terbaik Praktikum (L) - Mohd. Zaini Mamat (Pasir Putih), Peserta Terbaik Praktikum (P) - Jaimah Ab. Manaf (Tanah Merah), Peserta Terbaik Keseluruhan (P) - Siti Khadzimah Salip (Gua Musang).

Saturday, March 21, 2009

KARNIVAL KAGUM 2009



Ia melibatkan olahraga, permainan dan kebudayaan. Di adakkan pada 14-18 Mac 2009 di Bandar Penawar, Kota Tinggi. Tuan rumah IPGM Kampus Temenggong Ibrahim telah berjaya mengendalikan dengan jayanya. TAhNiAh. Dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Hj. Misrah Hj. Ibrahim, Pengarah BPG. Ia di adakan 2 tahun sekali, sebelum ini IP Ipoh (2007) sebagai tuan rumah. Ia melibatkan pertandingan di antara 27 IPGM bagi 20 acara pertandingan. Bagi KAGUM 2011 akan datang Sarawak telah diumumkan sebagai tuan rumah. Untuk maklumat lanjut sila lawati di http://kagum.ipti.edu.my/

Sunday, March 8, 2009

PTK DG52 TK5 bagi P&P Bil. 1/2009




Seramai 104 orang telah berkursus di Hotel Selesa, Johor Bahru mulai 21 - 27 Februari 2009. Peserta terdiri dari pensyarah IPGM, 2 orang guru sekolah dan 1 orang pensyarah matrikulasi. Kandungan kursus adalah ceramah, pembentangan tugasan individu, pengucapan awam, pembentangan kumpulan dan ujian akhir kursus. Peserta kursus dipenghulukan oleh Tn. Hj. Abu Bakar bi Sahari dan timbalannya Pn. Rubiah bt. Ahmad dari IPGM Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru. Kursus yang sama juga diadakan di Pulau Pinang (P&P), Kota Bharu (P&P) dan Kuala Lumpur (P&T). Terima kasih kepada urusetia Cik Nahariah bt. Ami, Cik Murniyate, En. Ahmad bin Mohd Said dan Tn. Syed Hassan bin Syed Jaafar yang sering memberi layanan teristimewa kepada kami.

Monday, January 12, 2009

WATIKAH PERLANTIKAN AHLI MAJLIS MPKLM/BPG



Majlis telah disempurnakan oleh Yg. Berbahagia Datuk Misrah Hj. Ibrahim (Pengarah BPG) di Prescott Inn, Kajang pada 8 Januari 2009. Seramai 21 orang pen. pesuruhjaya negeri MPKLM/BPG telah dilantik untuk tempuh 1 November 2008 hingga 1 November 2010. Semoga dengan itu ahli majlis tadbir akan bekerja lebih kuat lagi bagi memastikan MPKLM/BPG bergerak maju setaraf dengan negeri-negeri lain.