Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Tuesday, November 11, 2008

PERKHEMAHAN UBF IPTI




Dijalankan di Mutiara Motor, Tg. Sedili, Kota Tinggi dari 13-16 Nov. 2008. Seramai 8 orang jurulatih dan 36 orang pengakap telah mengikuti KMK Induksi, KMK Modul A dan KMK Modul B bagi unit PKK dan PM. Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Pengarah, Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran.

Thursday, August 28, 2008

KAGUM UBF 2008




IPGM telah melaksanakan KAGUM ini di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, N.S dari 22 - 27 Jun 2008. Pertandingan telah dijalankan di antara unit dan di dalam unit. Di antaranya ialah pertandingan memasak, kebudayaan, perkhemahan dan pintu gerbang, kembara dan pandu arah, berakit, kawat kaki dan sukan tradisional (konda-kondi, batu seremban,sepak bulu ayam, guli dan golek para). KAGUM ini melibatkan unit-unit pengakap, kadet pandu puteri, bulan sabit merah, puteri islam dan kadet remaja sekolah. Objektifnya adalah untuk mewujudkan silaturrahim serta memupuk perpaduan di kalangan pelajar IPGM. Penyelaras kali ini ialan En. Shah Anuar Harun dan Kem Komandan ialah Tn. Hj. Zulkifli Maulud.
Pengarah BPG, En. Misrah Hj. Ibrahim telah merasmikan KAGUM ini dan YB Dato' Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran telah merasmikan penutupannya.

Monday, July 28, 2008

KDP 4M LGBPPS K3KH



Seramai 19 orang telah mendaftar diri di IPTI untuk tempuh kursus dari 21 Julai - 15 Ogos 2008 di institut dan 25 Ogos - 19 September 2008 di sekolah untuk program khidmat sokongan. Matapelajaran yang ditawarkan ialah Kemahiran Hidup di bawah kelolaan Jabatan Kemahiran Hidup yang di ketuai oleh En Ali Jemali. Semoga kehadiran kali ini dapat membantu mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang diwakili oleh anda. Jadikanlah kursus ini sebagai satu wadah untuk memperkasakan ilmu demi kemajuan sekolah anda. Wallahu'alam.

"Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.”

Thursday, July 3, 2008

KDP 4M LGBPP K2KT


Telah mendaftar pada 16 Jun 2008 hingga 11 julai 2008. Seramai 19 orang peserta kursus di datangkan dari daerah Kulai, Kota Tinggi, Pontian, Pasir Gudang, Mersing dan Johor Bahru. Akan menjalankan khidmat sokongan mulai 14 Julai 2008 hingga 8 Ogos 2008. Semoga peserta kursus dapat menggarap ilmu sebanyak yang mungkin untuk diaplikasikan semasa khidmat sokongan di sekolah nanti.

Hayatilah renungan ini....

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12


Wednesday, April 9, 2008

KDP 4M LGBPP K1BM

Peserta bestari Kohot 1/2008, akan mendaftar pada 21 April 2008 bagi subjek BM sekolah menengah dan berakhir pada 16 Mei 2008. Diharapkan tuan/puan pensyarah bestari bersedia menghadapi dan melaksanakan p&p bestari kepada peserta. Pn. Hamidah Musa sebagai Ketua Pasukan BM dan krewnya pasti ternanti-nanti kdp ini. Harap Utz. Yusof Dagang dan Pn. Rohaya telah bersedia memberi taklimat dan input kepada pensyarah IPTI. Untuk Pn. Salbihana Samsudin dan Pn. Raha Yahya tahniah kerana terpilih mengikuti kursus PBL versi 10.1, semoga sekembalinya anda nanti dapat memberi sesuatu pendekatan pembelajaran bestari yang hangat di perbincangkan sekarang. Walau apapun kita bersama-sama mesti menjalankan amanah ini sebagai suatu cabaran bagi kebaikan generasi / modal insan yang berminda kelas pertama.

Seramai 24 orang telah mendaftarkan diri dari daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing, Pontian, Pengerang dan Kulai. Kesemuanya matapelajaran Bahasa Melayu kecuali dua orang dari matapelajaran Matematik dan Rekacipta.

Tahniah kepada semua peserta kerana semangat anda berkursus dan membina pakej pembelajaran yang sangat tinggi. Untuk Ketua opsyen cikgu Abdul Rahaman bin Asmuni diucapkan terima kasih kerana begitu perihatin dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Terima Kasih cikgu.

Harapan ... semoga cikgu-cikgu dapat merealisasikan ilmu yang dimiliki untuk kebaikan anak-anak didik kita. wassalam.

Saturday, March 22, 2008

Pensyarah Bestari IPTI-22 Mac 2008

Tahniah kepada unit LDP kerana menganjurkan kursus kpd. pensyarah baru fasa 1 dengan memasukkan P&P Bestari. Alhamdulillah sambutan baik dan peserta nampaknya positif. Wallahualam samada dia orang faham ke tidak, ana nak juga tahu penilaian dari LDP respon dari peserta. Bagi rakan-rakan yang ingikan input lebih (Norashimah dan Khusairi) sila jumpa ana, insyallah mana yang boleh bantu dan tahu akan diuruskan. Bagi yang lain-lain teruskan cabaran demi cabaran semoga jadi pengganti ana di suatu masa kelak. Wassalam.

Sunday, March 16, 2008

Latihan Guru Bestari 2008

Oleh kerana ketidak fahaman konsep bestari mengikut blue print dan TOR yang dikeluarkan oleh pihak BTP, maka berlaku perubahan mengejut dalam latihan kurikulum kdp bestari dengan memasukkan salah satu pendekatan bestari iaitu pembelajaran berasaskan projek secara dominan. Pihak penyelaras dan orang veteran dalam latihan bestari telah diabaikan dan pandangan demi pandangan telah diberikan tetapi hampa, pihak berwajib seolah-olah tidak mahu ambil tahu dan menerima konsep asal bestari itu diwujudkan. Wallahualam.