Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Thursday, January 29, 2015

Jejak Kasih ASPURA STK...

Setelah 20 - 25 tahun terpisah oleh benteng akademik dan kerjaya, jejak kasih ASPURA STK telah menemukan insan-insan yang inginkan talian silaturrahim dihubungkan semula. Alhamdulillah semoga gambar di bawah ini dapat menceritakan talian persahabatan yang ALLAH restui dan galakkan.



 
 Terima kasih kepada semua (Halim A, Halim T, Norazman dan Suhaimi) yang sudi dan ingin mengekalkan talian persahabatan ini. Semoga Allah merestuinya.

Sunday, January 25, 2015

Selamat Bersara Rakan-Rakan IPGKTI....

Selamat bersara Tn. Hj. Baharum, Tn. Hj. Hatta, Pn. Johana dan Pn. Zaiton Jaafar. Kesemuanya telah bersara pada hujung disember 2014 dan awal januari 2015. Semoga jasa bakti Tuan / Puan menjadi ikon kepada rakan-rakan yang ditinggalkan.






Hanya Allah jua yang membalas jasa bakti Tuan /  Puan yang mulia. Selamat maju jaya, moga Allah kurniakan badan yang sihat dan minda yang cergas.

Sambutan Maulidur al-Rasul 1436H IPGKTI

Telah berlangsung pada 22 Januari 2015 = 1 Rabiul Akhir 1436H bertempat di Dewan Sri Temenggong IPGKTI. Matlamatnya untuk menyemai rasa cinta dan kasih sayang kepada baginda Rasulullah S.A.W. Seterusnya menimbulkan semangat untuk mengamalkan sunnah Rasul dalam kehidupan seharian.




Aturcara majlis melibatkan perarakan staff akademik, staff pelaksana dan pelajar IPGK, diikuti dengan persembahan nasyid oleh pelajar dan sajak oleh En. Mohd Sam. Kemudian majlis diserikan dengan ceramah oleh Ustaz Anoar bin Sarimin, Pengetua Sekolah Menengah Arab Tinggi Johor.




Majlis telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Mazlan bin Aris. Semoga kita betul-betul menghayati sunnah Rasul dan seterusnya mengamalkannya....insyallah.