Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Wednesday, January 9, 2013

Tahniah IPGKTI - Juara Multimedia


Pelajar IPGKTI telah memenangi Tempat Pertama PERTANDINGAN KANDUNGAN MULTIMEDIA KREATIF 2012 bagi kategori Institut anjuran MAMPU dengan kerjasama KPM yang telah diadakan pada 29 Oktober 2012 di Hotel Marriott, Putrajaya.

peserta bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah Pengurusan

Pelajar yang terlibat ialah Wan Kok Pin (4MT/PJ/PC), Loo Xian Kim (4MT/PJ/PC) dan Chai Yoon Lai ( (4BC/PJ/RBT). Mereka dibimbing dan diiringi oleh En Kamaludin Ahmad.Peserta menerima cek bernilai RM 3500.00 dan sijil penyertaan.

Tahniah kepada mereka yang telah mengharumkan nama IPGKTI.

Thursday, January 3, 2013

Kursus IWB pensyarah IPGM

Berlangsung di Sutra Beach Resorts, Terengganu dari 24-28 September 2012. Seramai 60 orang pensyarah dari 14 buah IPGK telah terpilih mengikuti kursus ini.

Aris dan Sofian dari IPGKTI

Kursus dianjurkan oleh Jabatan ICT IPGM. Penyelaras kursus En. Nik Ibrahim dan Projek Manager ialah En. Abu Kassim.

En. Nik Ibrahim - Penyelaras Kursus
IPGKTI telah menghantar 4 peserta kursus iaitu En. Aris Anis, En. Sopian, Pn. Zaiton Shariff dan Hj. Yusof Osman.

Sopian dan Zaiton mempersembahkan hasil kerja kumpulan

En. Sopian dan IWB

Latihan dikendalikan oleh En. Nazri dan Carol dari syarikat pembekal IWB ke 14 buah IPGK. Latihan melibatkan sesi pengendalian, installasi dan penggunaan. Peserta di akhir kursus menghasilkan persembahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan IWB.

En. Nazri - fasilitator kursus IWB
Pihak penyelaras menekan 4 jenis daya yang perlu dihayati oleh semua peserta kursus iaitu daya usaha, daya guna, daya aplikasi dan daya amal dengan harapan projek IWB ini akan berjaya di IPGM dan menjadi benchmark kepada IPTA / IPTS.

Hari Keluarga Taman Kemas 2012

Datuk Penghulu Kempas merasmikan Hari Keluarga
Telah diadakan pada 25 Disember 2012 dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang, bertempat di tanah lapang Taman Kemas. Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Penghulu Kempas.

JK hari keluarga - Ibrahim dan Mahmuri

Aktiviti yang telah dijalankan ialah gotong royong, pertandingan bowling, basikal tercantik, melukis dan mewarna, mencari duit dalam tepung, mengisi air dalam botol dan menganyam ketupat.

pertandingan basikal tercantik

Anugerah juga diberikan kepada pencapaian UPSR terbaik, keluarga mithali dan rakan muda.

Siti Aisyah - UPSR terbaik

Imam Jaafar menerima cenderahati