A M A L S A L E H
"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu pada hal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu pada hal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah)Allah jualah yang mengetahui (semua itu) sedang kamu tidak mengetahuinya"
Surah Al-Baqarah ayat 216
"Sesungguhnya kami mencipta tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan"
Surah Al-Qamar ayat 49
"Sesiapa yang mengerjakan amal salleh maka faedahnya akan terpulang kepadanya sendiri dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hambanya"
Surah Fussilat ayat 46
"Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi dan tidak juga menimpa diri kamu melainkan telah ada dalam pengetahuan kami sebelum kami menjadikannya, sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah"
Surah Al-Hadid ayat 22
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong-menolong dalam melakukan dosa dan pelanggaran. Bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya"
Surah Al-Maidah ayat 2
"It has been narrated by Abu Said al Khudri (May Allah be pleased with him) that beloved Prophet Muhammad (peace and blessings of Allah be upon him) said: "A believer is never satisfied with acquiring of knowledge till he reaches Paradise."
Tirmidhi
"Sesungguhnya kami mencipta tiap-tiap sesuatu menurut takdir yang telah ditentukan"
Surah Al-Qamar ayat 49
"Gunakanlah waktu yang memberi kesempatan bagi menanam budi, supaya menjadi simpanan bagimu waktu kesusahan dan untuk peninggalan pada akhir masa nanti".
Tariq bin Ziad
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh , disediakan bagi mereka syurga Firdaus sebagai tempat tinggal, keadaan mereka kekal di dalamnya dan mereka tidak ingin berpindah daripadanya".
"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada (buruk atau baik) pada sesuatu kaum, sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri".
Tiga kategori orang jahil:
1. Jahil pada permulaan memeluk Islam
2. Jahil kerana tempat untuk belajar sangat jauh
3. Jahil kerana di tempatnya orang alim tidak mahu mengajar
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
H A D I S P I L I H A N
Hadith 1:
Daripada Abu Hurairah r . a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda :
" Dua kalimah yamg ringan pada lidah , berat di dalam timbangan dan dicintai Allah SWT ialah Subhanallahi Wa Bihamdihi , Subhanallahil 'Azim ' ".
" Dua kalimah yamg ringan pada lidah , berat di dalam timbangan dan dicintai Allah SWT ialah Subhanallahi Wa Bihamdihi , Subhanallahil 'Azim ' ".
Keterangan :
Ringan pada lidah ialah ringan untuk dibaca dan dihafal .Untuk membaca dan menghafalnya tidak memerlukan masa yang panjang kerana ianya amat ringkas.Tetapi berat di dalam timbangan, iaitu apakala amalan-amalan akan dipertimbangkan maka sebutan kalimah itu akan memberati timbangannya. Oleh kerana kalimah inin amat dicintai oleh Allah SWT , maka fadhilatnya adalah fadhilat yang paling mulia sekali di samping fadhilat-fadhilat yang lain.Hadith tersebut di atas itu diriwayatkan oleh Imam Bukhari sebagai penutup kitabnya Sahih Bukhari." Seorang kamu janganlah mencuaikan seribu kebaikan untuk setiap hari. Andaikata ia membacanya sebanyak seratus kali, nescaya akan diperolehi seribu kebaikan ."
Seorang mukmin insya Allah tidak akan melakukan kejahatan pada setiap hari , oleh itu dengan membaca kalimah tersebut , maka kebaikannya dengan sendirinya melebihi kejahatannya. Selain daripada membaca kalimah tersebut, jika ia mengerjakan kebaikan-kebaikan lain maka ganjarannya pasti bertambah banyak.
Di dalam hadith ada diberitakan bahawa barangsiapa membaca Subhanallahi Wabihamdihi sebanyak seratus kali setiap pagi dan petang, maka dosa-dosanya akan diampunkan walaupun sebanyak buih-buih di lautan.Di dalam hadith lain ada diterangkan bahawa dengan membaca Subhanallahi Alhamdulillahi La Ilaha Ilallah Allah Huakhbar.maka dosa-dosanya akan gugur seperti daun - daun pokok berguguran pada musim dingin .
Hadith 2:
Daripada Abu Dzar r. a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda : " Sukakah engkau aku khabarkan tentang ucapan yang paling disukai oleh Allah SWT ? ". Aku menjawab: " Khabarkanlah kepadaku, ya Rasulullah." Baginda pun bersabda : " Bahasanya ucapan yang sebaik-baiknya kepada Allah ialah Subhanallahi Wabihamdihi ."
Menurut hadith yang lain ialah Subhana Rabbi Wabihamdihi .Di dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa sebaik-baik ucapan kepada Allah ialah apa yang dipilihNya untuk para malaikatNya iaitu Subhanallahi Wabihamdihi.

Di dalam fasal pertama telah pun diterangkan bahawa para malaikat yang berada di samping Arasy dan juga malaikat-malaikat lainnya sentiasa sibuk dengan memuji dan mensucikan Allah SWT kerana demikian itulah yang ditugaskan kepada mereka. Ketika Allah SWT hendak menciptakan Adam a.s maka para malaikat berkata : " Kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau. "Persoalan ini telah pun dijelaskan dengan panjang lebar di dalam menghuraikan ayat pertama dari fasal yang pertama di atas.Didalam sebuah hadith ada diterangkan bahawa langit sentiasa menggeletar (kerana memikul kehebatan Illahi adalah paling berat sekali ).Demi Zat Yang Maha Suci yang memiliki diri Muhammad SAW , bahawanya tidak ada sejengkal tempat pun di langit di mana malaikat-malaikat tidak sibuk dengan bertasbih dan memuji Allah di dalam keadaan bersujud.
Hadith 3:
Daripada Ishaq bin Abdullah bahawa Rasullah pernah bersabda : " Barangsiapa yang mengucapkan La ilaha ilallah diwajibkan syurga baginya dan barangsiapa yang membaca Subhanallahi Wabihamdihi sebanyak seratus kali maka akan diuntukkan baginya 124 ribu kebaikan ."
Para sahabat berkata : " Jika demikian maka seorang pun di antara kami tidak akan binasa (pada hari kiamat kerana kebajikan yang begitu banyak melebihi kejahatan) ."
Selanjutnya Baginda bersabda : " Sebahagian daripada manusia akan binasa juga kerana mereka akan membawa kebaikan ( banyak kali ) yang mana diletakkan di atas sebuah gunung nescaya gunung itu akan tersepit . Tetapi jika dibandingkan dengan nikmat-nikmat Allah semua (kebaikan yang sekian banyak itu ) akan terhapus.Kemudian Allah SWT akan menolong hambaNya itu dengan limpah kurniaNya."

Jika dibandingkan dengan nikmat-nikmat Allah maka semua kebaikan seseorang itu akan terhapus iaitu pada hari kiamat di amana kebaikan dan keburukan akan dipertimbangkan.Maka di sana mengenai dengan nikmat-nikmat Allah juga disoal iaitu nikmat-nikmat yang dianugerahkan kepada kamu adakah kamu mensyukurinya dan di manakah kamu mempergunakannya kerana segala yang ada pada manusia itu merupakan pemberian Allah SWT dan setiapn pemberian itu adalah hakNya , maka hak-hak itu akan dituntut.
Sepertimana yang diperingatkan oleh Rasulallah SAW : " Pada setiap pagi hari diwajibkan satu sedekah pada setiap anggota manusia ."
Di dalam hadith lain ada dinyatakan :"Bahawa pada tubuh manusia ada 360 tulang . Maka semestinyalah manusia membayar sedekah bagi setiap tulang itu untuk bersyukur kepada Allah SWT yang mana ia membangunkan dari keadaan tidur dalam keadaan sihat .Perbandingan bangun daripada tidur adalah laksana kembali sesudah mati ."
Para sahabat berkata : " Siapakah di antara kami yang sanggup membayar sedekah semikian banyak itu setiap hari ?
Rasulallah SAW bersabda : " Bahawa setiap tasbih adalah sedekah , setiap takbir adalah sedekah , setiap tahlil adalah sedekah , membuang sesuatu dari tengah jalan yang boleh menyakiti seseorang juga adalah sedekah ."
Di dalam sebuah hadith lain ada diberitakan bahawa pertanyaan pertama yang akan dikemukakan pada hari kiamat ialah tentang kenikmatan di mana Allah SWT akan bertanya : " Kami telah menganugerahkan kamu kesihatan tubuh badan dan kenikmatan ini dan itu ( adalah kamu menunaikan hak-haknya )?.
Di dalam hadith lain ada ditanyakan bahawa manusia tidak akan bergerak dari mahkamah Allah SWT selagi tidak dikemukakan kepadanya lima persoalan berikut :
1. Usiamu, di manakah kamu habiskan ?
2. Masa muda remajamu , di manakah kamu pergunakan ?
3. Hartamu, dari sumber manakah kamu carikan ?
4. Hartamu itu, di manakah kamu belanjakan (iaitu sumber pencarian dan belanjanya adakah halal atau haram ) ?5. Dengan ilmu yang ada pada mu , adakah kamu amalkan ? ( Walau sedikit ataupun banyak iaitu ajaran-ajaran agama yang di dalam pengetahuan itu adakah kamu amalkannya atau tidak ).

Hadith 4:
Daripada Abdullah bin Mas'ud r.a memberitakan bahawa Rasulallah bersabda : " Aku berjumpa dengan Ibrahim a.s pada Isra' , maka beliau berkata kepadaku : " Wahai Muhammad , sampaikan salamku kepada umat mu dan khabarkan kepada mereka bahawa syurga itu subur tanahnya , sedap airnya dan bahawa ia adalah daratan.Tanamannya ialah , Subhanallah Walhamdulillahi Wala Ila Ha illallah Wallah Huakhbar.
Di dalam sebuah hadith ada tambahan , Lahaulawala Kuwataillabillah .
Di dalam sebuah hadith lain ada disebutkan : " Barang siapa membaca Subhanallahil 'Azim Wabihambihi maka akan di tanamkan baginya satu pohon di dalam syurga ."

Ibrahim a.s menyampaikan salam ( kepada umat Islam ) melalui Rasulullah SAW .Oleh itu para ulama menulis bahawa jika hadith ini disampaikan kepada sesiapa pun maka hendaklah ia menjawab salam nabi Ibrahim a . s itu dengan Wa'alaikumsalam Warahmatullahi Wa Barakatuh .
Kemudian nabi Ibrahim a.s berkata bahawa tanah syurga itu subur dan airnya sedap.Ini mempunyai dua makna iaitu :
Pertama : Kenyataan itu membuktikan bahawa keadaan tempat di sana merupakan sebaik-baik tempat.Di dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa tanah syurga adalah dari Kumkuma dan Kasturi serta air yang sedap sekali di mana boleh bercucuk tanam dengan mudah yang mendatangkan hasil yang memuaskan.Maka tempat-tempat yang bersifat sedemikian itu tentulah setiap orang ingin menetap dan tidak mahu melepaskannya.
Kedua : Di tempat-tempat yang didapati tanahnya subur dan airnya bagus maka hasilnya pasti akan memuaskan. Oleh itu , jika sekali disebut Subhanallah maka di sana akan tertanam sebatang pokok disebabkan tempat dan suasana yang baik maka pokok itu dengan sendirinya hidup subur , berdaun , berbunga dan berbuah.Hanya sekali terpaksa ditanam benihnya , kemudian ia akan hidup dengan sendirinya.
Di dalam hadith ini dikatakan syurga itu sebagai tanah dataran yang bertanam - tanaman tetapi di dalam hadith-hadith yang lain ada disebutkan bahawa syurga terdapat kebun dan pelbagai pohon yang berbuah lebat dan lain-lainnya.Malahan erti syurga (Jannah) itu pun ialah kebun. Sebahagian ulama berkata bahawa tanah syurga itu pada asalnya memang seperti tanah dataran yang dikurniakan kepada orang-orang yang beramal soleh.Kemudian , coraknya dengan sendirinya bertukar menjadi kebun yang mempunyai bermacam-macam pohon sesuai dengan amalan-amalan manusia itu.
Sebahagian ulama lain pula berkata bahawa taman syurga itu diperolehi menurut amalan.Jika taman syurga itu diperolehi sekadar atau seimbang dengan amalan bererti amalan itulah yang menyebabkan tertanamnya pohon-pohon itu di dalam taman syurga tersebut.
Sebahagian ulama lain berkata bahawa luasnya syurga yang dianugerahkan kepada seseorang itu adalah lebih luas daripada seluruh dunia ini yang pada sebahagiannya didapati pohon-pohon yang berbunga dan berbuah , dan sebahagian yang lain pula didapati kosong .Kemudian di bahagian-bahagian yang kosong itu akan tertanam pohon-pohon melalui tasbih dan zikir yang dilakukan.
Syeikh Masyaikh Maulana Genaggohi rah . a di dalam kitabnya Kaukabud Duri Syarah Tirmizi berkata bahawa benih pohon-pohon itu tersimpan di sana. Kemudian, benih-benih itu ditanam yang menjadikan kepada seseorang melalui amalan-amalannya dan pohon-pohon itu suburlah dengan sendirinya.
Hadith 5:
Daripada Abu Umarah r . a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
" Barangsiapa khuatir tidak terdaya untuk menanggung penderitaan malam hari ( tidak sanggup beribadat di malam hari ) atau tidak sanggup membelanjakan hartanya kerana ia bakhil ataupun tidak sanggup berjihad kerana ia penakut maka hendaklah ia membaca Subhanallahi wabhamdillahi sebanyak-banyak kerana kaliamh ini dicintai Allah SWT lebih daripada membelanjakan emas sebanyak gunung pada jalanNya ."

Alangkah besar dan luasnya kasih sayang Allah SWT terhadap hamba-hambaNya yang lemah , yang tidak sanggup menghadapi sebarang kesulitan dan kesukaran .Kepada mereka juga diberikan kesempitan untuk mendapatkan fadhilat dan kelebihan sesuatu amalan.Jika seseorang tidak sanggup berjaga malam hari , tidak sanggup membelanjakan hartanya dan tidakm juga sanggup berjihad kerana sifat-sifatnya yang tertentu tetapi jika ia masih cinta pada agama dan berfikir terhadap akhirat maka dialah yang akan mengalami kerugian .Masalah ini telah pun diterangkan panjang lebar pada bab-bab di atas .
Hadith 6:
Daripada Samurah bin Jundub r . a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Ucapan ( dari seorang hamba ) yang paling disukai Allah ialah empat kalimah berikut :
Yang mana satu daripadanya boleh didahulukan dan yang mana satu boleh dikemudiankan ( kerana tidak ada terbit yang tertentu baginya ). " Di dalam sebuah hadith ada disebutkan bahawa kalimah-kalimah ini ada terkandung di dalam al - Qur'an

Iaitu kalimah-kalimah ini berkali-kali disebutkan di dalm ayat-ayat al -Qu'ran dan fadhilat serta hukumnya juga diterangkan di dalam kitab suci , yang mana telah dijelaskan dengan panjang lebarnya di dalam fasal yang pertama.
Di dalam sebuah hadith lain ada deterngkan bahawa hendaklah kamu menghiasi hari -hari raya dengan kalimah ini iaitu hendakklah mengucapkan kaliamh ini sebanyak-banyaknya pada hari-hari raya.

Hadith 7:
Daripa abu Hurairah r . a memberitakan bahawa Muhajirin yang miskin pernah menghadap Rasulullah SAW lalu berkata : " Mereka yang berharta telah memiliki tingkat-tingkat ketinggian dan nikmat -nikmat yang kekal . "
Rasulullah bertanya :
" Bagaimana ? "
Mereka menjawab :
" Saudara -saudara kami itu bersembahyang seperti kami dan puasa seperti kami berpuasa tetapi mereka masih mempunyai kelebihan harta untuk bersedekah dan memendekkan hamba sahaya. Sedangkan kami tidak dapat berbuat sedemikian itu ."
Maka Rasulullah bersabda :
" Mahukah kamu kuajar sesuatu untuk mencapai yang mendahului mereka itu dan untuk mendahului yang sesudah kamu hingga tidalah ada lagi seorang pun yang lebih afdhal daripada kamu kecuali orang yang berbuat seperti apa yang kamu perbuat ? "
Sahut mereka ;
" Baiklah ,ya Rasulullah ."
" Hendaklah kamu mengucapkan Subhanallah Alhamdulillah , Allahu Akbar sebanyak 33 kali setiap satunya selepas tiap-tiap sembahyang . '
Maka mereka pun mengamalkannya.Lalu mereka iaitu para Muhajirin yang miskin datang kembali kepada baginda SAW dan berkata : " Saudara-saudara kami mendengar apa yang kami perbuat lalu mereka mengerjakannya."

Baginda SAW bersabda :
" Itu adalah kurnia Allah yang di limpahkanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ."
Di dalam hadith yang lain kisah ini juga disebutkan di mana Rasulullah SAW bersabda :
" Allah SWT telah menetapkan bagi kamu pengganti sedekah itu.Sekali mengucapkan Subhanallah merupakan sedekah dan bersetubuh dengan isteri merupakan sedekah ? "
Baginda SAW bersabda :
" Bagaimana jika kamu berbuat yang haram , adakah kamu berdosa atau tidak ? "
Para sahabat berkata :
" Tentulah berdosa . "
Selanjutnya baginda bersabda :
" Demikian juga jika kamu berbuat yang halal , maka adalah sedekah dab diberikan ganjaran bagi yang melakukannya . "
Keterangan :
Bersetubuh dengan isteri supaya terselamat daripada perbuatan yang haram adalah mendatangkan pahala ganjaran.Di dalam sebuah hadithyang sama makna dengan hadith ini ada disebutkan bahawa Rasulullah bersabda :
" Bagaimana jika seorang yang sudah lahir dan sampailah ia ke umur dewasa lalu kamu mengharapkan kebaikan daripadanya kemudian ia pun mati , apakah kamu mengharapkan lagi ganjaran ? "
Para sahabat menjawab :
" Tentulah kami mengaharapkan ganjaran ."
Lantas baginda SAW bersabda :
" Apakah kamu yang melahirkannya , kamukah yang memberikan petunjuk kepadanya dan kamukah yang menyediakan rezeki untuknya ? Bahkan Allah yang melahirkannya , Dialah yang memberikan petunjuk kepadanya dan dialah yang menyediakan rezeki untuknya.Demikianlah kamu bersetubuh dan memindahkan nutfah ( air mani ) ke tempat yang halal , kemudian terserahlah kepada Allah menyuburkannya dan melahirkan anak daripadanya jika dikehendakiNya atau mematikannya dan tidak melahirkan anak daripadanya . "
Jadi , makna hadith ini ialah lahirnya anak itulah yang menyebabkan pahala ganjaran itu tadi .
Hadith 8:
Daripada Abu Hurairah r . a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
" Barangsiapa mengucapkan Subhanallah 33 kali Alhamdulillah 33 kali ,dan Allahu akbar 33 kali , sehingga akhir sekali selepas tiap-tiap sembahyang maka segala dosanya akan dimaafkan walaupun dosa-dosa itu sebanyak buih di lautan sekalipun . "
Keterangan :
Tentang keampunan dosa-dosa itu telah diberikan penerangan di dalam menghuraikan beberapa hadith di atas bahawa papa ulama menggantikan dosa itu dengan dosa - dosa yang kecil sahaja .Di dalam hadith yang tersebut di atas dianjurkan supaya diucapkan tiga kaliamh tersebut sebanyak 33 kali setiap satunya .Sedangkan di dalam hadith yang dinukilkan di bawah ini dianjurkan supaya diucapkan dua kalimah 33 kali setiap satunya melainkan Allahu Akbar sebanyak 34 kali .
Zaid r . a berkata bahawa Rasulullah SAW mengajar beliau , Subhanallah , Alhamdulillah dan Allahu Akbar sebanyak 33 kali selepas tiap-tiap sembahyang . Seorang Ansar mendengar dalam mimpinya seseorang berkata :
" Ucapkanlah kalimah-kalimah itu sebanyak 25 kali tiap-tiap satunya kemudian tambahilah padanya La ilaha ilallah sebanyak 25 kali . "
Apabila berita ini disampaikan kepada baginda SAW , maka baginda pun membenarkannya ." Ucapan Subhanallah , Alhamdulillah , Allahu akbar sebanyak 11 kali tiap-tiap satunya selepas tiap - tiap kali sembahyang . "
Di dalam hadith yang lain ada dinyatakan :
" Hendaklah diucapkan tiap-tiap satu kalimah itu sebanyak 10 kali . "
Ada lagi hadith yang menganjurkan La ilaha ilallah 10 kali dan kalimah-kalimah lainnya 33 kali tiap-tiap satunya . Di dalam sebuah hadith yang lain pula dianjurkan bahawa ucapkanlah keempat-empat kalimah itu sebanyak 100 kali tiap-tiap satunya selepas tiap-tiap kali sembahyang . Riwayat - riwayat ini dipetik dari kitab Hissin.
Perselisihan faham yang berlaku pada riwayat - riwayat yang tersebut ialah kerana keadaan yang berlainan.Keadaan manusia dari segi kelapangan masa adalah berlainan.Seseorang yang sibuk dengan pelbagai-bagai pekerjaan maka bagi mereka dianjurkan bilangan yang sedikit . Dan seseorang yang mempunyai masa yang lapang maka dianjurkan bilangan yang banyak .Tetapi para ulama tahqiq berpendapat bahawa bilangan yang disebutkan di dalam hadith - hadith itu hendakalah diutamakan . Dalam menggunakan sesuatu sebagai ubat mestilah dipentingkan akan kadarnya yang telah ditentukan.

Hadith 9:
Daripada Ka'ab bin Ujrh r . a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
" Barangsiapa yang menyusuli belakang ( iaitu kalimah - kalimah ) yang pembacanya tidaklah akan rugi iaitu Subhanallah 33 kali , Alhamdulillah 33 kali dan Allah akbar 34 kali selepas tiap - tiap sembahyang fardhu . "
Keterangan :
Kalimah - kalimah ini dikatakan menyusuli belakang ialah kerana ianya dibaca dibelakang sembahyang atau ianya dibaca di belakang sesuatu dosa untuk menghapuskannya ataupun kerana kalimah - kalimah ini dibaca secara susul menyusul di antara satu sama dengan yang lain .
Abu Darda berkata :
" Kami diperintahkan membaca Subhanallah 33 kali ,Alhamdulillah 33 kali dan Allahu Akbar 34 kali selepas tiap- tiap kali sembahyang fardhu . "

Hadith 10:
Daripada Imran bin Husin r . a memberitakan bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Tidakkah seseorang daripada kamu yang mengerjakan amalan pada setiap hari sebanyak gunung Uhud ? "
Para sahabat bertanya : " Ya Rasulullah , siapa yang samggup berbuat demikian ? "
Rasulullah SAW berkata :
" Setiap kamu berkesanggupan untuk berbuat demikian . "
Para sahabat bertanya : " Bagaimana itu ? "
Baginda SAW bersabda : " Ganjaran Subhanallah adalah lebih daripada Uhud , ganjaran La ilaha illah adalah lebih daripada Uhud , ganjaran Alhamdulillah adalah ledih daripada Uhud dan ganjaran Allahu Akbar adalah lebih daripada Uhud . "
Keterangan :
Tiap -tiap kaliamah daripada kalimah tersebut mempunyai ganjaran lebih daripada gunung Uhud , bukan lebih daripad sebuah gunung itu sahaja bahkan lebih daripada beberapa buah gunung yang seperti itu . Di dalam hadith ada disebutkan bahawa ganjaran Subhanallah dan Alhamdulillah memenuhi semua langit dan bumi . Di dalam sebuah hadith lain ada disebutkan bahawa ganjaran Subhanallah adalah memenuhi separuh timbangan ( neraca dan separuh yang lain dipenuhi oleh Alhamdulillah sedangkan ganjaran Allahu Akbar memenuhi di antara langit dan bumi. Di dalam sebuah hadith yang lain pula ada diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda : " Aku mencintai Subhanallah , Alhamdulillah , La ilaha ilallah dan Allahu Akbar lebih dari segala yang disinari sinaran matahari ."
Mulla Ali Qari rah . a bahawa yang dimaksudkan dengannya ialah kalimah - kalimah itu dicintai lebih dari seluruh dunia dan isinya .
Adalah diberitakan bahawa sekali Sulaiman a . s berangkat menaiki tahta uadaranay yang dilindungi oleh burung - burung dengan sayap masing -masing . Diiringi oleh tentera yang terdiri dari manusia dan jin yang berbaris di dalam dua barisan . Beliau dan tenteranya melalui seorang Abid . Ia memuji -muji tentera Sulaiman itu dan kerajaannya yang amat luas itu . Sulaiman berkata : " Satu tasbih di dalam buku amalan seseorang mu ' min adalah lebih baik daripada kerajaan Sulaiman bin Daud kerana kerajaan ini akan terfana sedangkan tasbih itu kekal buat selama - lamanya .
*********************************** _____________________ -----------------------------------------------
I N F O S E D E K A H
"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan harta benda mereka pada jalan Allah adalah laksana satu biji menumbuhkan tujuh cabang, pada tiap-tiap satu cabang ada seratus biji dan Allah akan menggandakan pahala kepada barang siapa yang dikehendakiNya dan Allah adalah luas lagi maha mengetahui"
Surah Al-Baqarah ayat 261
Surah Al-Baqarah ayat 261
"Maka adapun orang yang suka memberi sedekah dan zakat dan bertaqwa(mengerjakan segala suruhan Allah dan menjauhi segal larangan Allah). Dan (serta) percaya yang baik (ajaran-ajaran yang baik dan pahala di syurga). Maka akan Kami mudahkan baginya jalan yang mudah (yang akan membawa mendapat kemenangan dunia dan akhirat)"
Surah Al-Lail ayat 5-7
"Janganlah engkau jadikan tanganmu terikat di lehermu dan jangan engkau hulurkan sepanjang-panjangnya"
Firman Allah : "Dan di antara mereka ada yang telah membuat janji kepada Allah dengan berkata : sesungguhnya jika Allah memberikan kepada kami dari limpah kurnia-Nya, tentulah kami akan bersedekah dan tentulah kami akan menjadi dari orang-orang yang soleh. Kemudian setelah Allah memberikan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, mereka bakhil dengan pemberian Allah itu serta mereka membelakangkan janjinya dan sememangnya mereka adalah orang-orang yang sentiasa membelakangkan kebajikan. Akibatnya Allah mengucapkan perasaan munafik dalam hati mereka, (berkekalan) hingga masa mereka menemui Allah kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta".
Surah Al-Taubat ayat 75-77
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Your protection without BODYGUARD
Surah Al-Fatihah protects from Anger of Allah
Surah Yasin protects from Thirst of The Day of Judgment
Surah Waqiah protects from Poverty and Starvation
Surah Mulk protects from the Punishment of the Grave
Surah Kauthar protecrs from the Enmity of the Enemy
Surah Kafirrun protects from Kufr at the time of death
Surah Al-Ikhlas protects from Hypocrisy
Surah Falaq protects from Calamities
Surah Naas protects from Evil Thoughts