Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Friday, April 29, 2011

Kejohanan Olahraga dan Balapan ke-44 IPGKTI

Temasya tersebut telah berjalan dengan lancar dan gemilangnya di Padang IPGKTI yang permai. Temasya telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPGKTI, Tn. Hj. Mohd. Said bin Hasran pada hari Khamis 28 April 2011. Temasya juga diselangi dengan persembahan pancaragam dari Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru dan pasukan tarian dari Sekolah Tasek Utara 2.
Perasmi Kejohanan - Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran
Ikrar kejohanan dan bendera rumah sukan

rumah biru - Panglima
papan tanda markah kejohanan
pasukan pengakap dalam perbarisan kehormat unit berunifom
rumah merah dengan mascot "AYAM"

Temasya sukan dijuarai oleh rumah Kuning, Hijau, Merah dan Biru. Perbarisan UBF dijuarai oleh TKRS. Selamat Maju Jaya. Maju Sukan untuk negara.

Tuesday, April 26, 2011

Merentas Desa IPGKTI 2011

Telah dijalankan pada 25 April 2011. Majlis telah dilancarkan oleh Tuan Timbalan Pengarah Pengurusan dan Perkhidmatan, Tn. Hj. Abu Bakar bin Sahari tepat jam 3.00 petang. Jarak larian lebih kurang 3.8 km. Peserta di antara rumah sukan telah menunjukkan sikap persaingan yang positif semasa larian bagi membolehkan pungutan mata bagi rumah sukan masing-masing.
peserta rumah sukan memulakan larian
pegawai rumah sukan memberi perangsang kepada peserta
hidup "panglima" anda juara ....


Semoga larian merentas desa ini dapat memupuk semangat kesetiakawanan dan persaingan yang tinggi di antara rumah sukan di samping membina dan menjaga kesihatan diri.

Monday, April 18, 2011

Eco Institut - IPGK Temenggong Ibrahim Johor

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah IPGKTI, Tn. Hj. Mohd Said Hasran pada 18 April 2011 di Dewan Sri Temenggong. Majlis dianjurkan oleh Jabatan Kaji Sosial. Program bertujuan melestarikan persekitaran kampus terhadap tanggungjawab kepada pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Seterusnya Tuan Pengarah juga telah melancarkan kempen sifar polistrin dan pengurangan plastik.
Sebagai seorang manusia yang berakhlak tinggi dan khalifah di bumi Allah ini, elakkanlah diri dari menimbulkan masalah dalam pencemaran alam sekitar. 
Majlis Pelancaran Eko Institut IPGKTI




Ucapan Tn. Hj. Mohd Said Hasran sempena majlis perlancaran Eko Intitut



Sama-samalah kita menyokong program ini bagi memastikan alam sekitar terpelihara untuk generasi yang akan datang. Segala apa jua kerosakan yang dilakukan akan mengakhiri hayat alam ini. Justeru itu GO GREEN....Tingkatkan kesedaran sivik ....Semoga alam sekitar yang ada masakini akan dapat dikecapi oleh anak cucu kita.