Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Doa Pengantin


Bismila hirrahman nirrahim 

Ya Allah Ya Tuhan Kami …
Jadikanlah rumahtangga kedua mempelai
Ini seindah rumahtangga Adam dan Hawa
Setabah Ibrahim dan Siti Hajar
Sebahagia Yusof dan Zulaikha
Sesetia Sulaiman dan Balqis
Sesuci Muhammad dan Siti Khadijah
Muraqhkanlah rezeki mereka
Panjangkanlah umur mereka
Dekatkanlah mereka kepada kebaikan
Jauhkanlah mereka dari keburukan dan
Kurniakanlah mereka kesenangan dunia dan akhirat

**********************************************
Ya Allah;
Kami mohon restu Mu berkatilah majlis ini, limpahkanlah barakah dan rahmat atas pasangan suami isteri ini, jadikanlah rumahtangga mereka aman dan bahagia dalam ketaatan terhadap Mu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta berikanlah ketenangan kepada mereka di dunia dan akhirat . Sempurnakanlah agama mereka dengan ikatan ini. 


Ya Allah;
Kami memohon doa restu Mu agar Kau berkatilah majlis ini dan semoga majlis perkahwinan ini berjalan dengan sempurna sepertimana yang Engkau kehendaki dan semoga jodoh perkahwinan mempelai ini berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat
dalam mengecapi kebahagian di dunia dan akhirat.

Ya Allah!
Satukaan hati kedua mempelai ini seperti mana Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusof dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Kurniakanlah mereka rezeki yang halal serta zuriat yang soleh dan solehah juga jadikanlah kehidupan mereka aman dan bahagia dalam ketaatan kepadaMU. 

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, berkatilah kedua-dua mempelai ini dan temukan kedua-duanya di dalam kebaikan semata-mata. Jadikanlah keturunan keduanya sebagai keturunan orang baik-baik hingga ke hari kiamat. Hindarkanlah kedua-duanya daripada bala bencana, penularan penyakit dan berbagai cubaan. Dengan limpah rahmatMU ya Allah, Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.


________  ==================  _________  +++++++++++  __________  ============



Ya Allah,
berkatilah majlis perkahwinan ini, limpahkanlah baraqah dan rahmat kepada kedua mempelai ini, (nama pengantin) dan (nama pengantin). . Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu 

Ya Allah
Satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat

Ya Allah
Kurniakanlah mereka zuriat yang soleh dan solehah. Kekalkanlah jodoh mereka di dunia dan di akhirat dan sempurnakanlah agama mereka dengan berkat ikatan ini

Amin Ya Rabbal ‘Alamin