| Pesanan - Syed Qutb AsSyahid Saudara! seandainya kau tangisi kematianku, dan kau siram pusaraku dengan airmatamu maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh, nyalakanlah obor buat ummat ini dan........ teruskan perjalanan ke gerbang jaya. Saudara! kematianku adalah suatu perjalanan mendapatkan kekasih yang sedang merindu taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku burung-burungnya berkicau riang menyambutku bahagialah hidupku di alam abadi Saudara! puaka kegelapan pasti akan hancur dan alam ini akan disinari fajar lagi biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya janganlah gentar berkelana di alam abadi nun di sana fajar sedang memancar........ |
| In late autumn the deciduous trees cast its leaves one by one, two by two, and five or six. When it blows great guns, so many falling leaves pour down for me to see nothing, and strike me on my cheeks. My hairs going past by my eyes is like trees to be bared of leaves in my memory. Making the lapel of my Burberry coat stand, I walk along the road being covered with falling leaves in the afternoon in November. Kim Kae Won – Korea 2007 |
CIRI-CIRI GURU BESAR : SAIZ BESAR CIRI-CIRI PENGETUA : MESTI TUA +++++++++++++++++++++++ RUKUN TUA UBAN BERTABUR GIGI GUGUR KULIT KENDUR MATA KABUR PANGGILAN KUBUR PANTUN BESTARI++++++++++++++++++++++++++ BAS BIRU BAS KUNING MURID KELIRU GURU PENING APA TANDA BATANG TEBU BATANG TEBU HALUS URATNYA APA TANDA ORANG BERILMU ORANG BERILMU HALUS BUDINYA Razali Ismail : Pengarah Bahagian Pendidikan Guru | Petua Meningkatkan Perhubungan Antara Individu Gunakan nama apabila berkomunikasi Jangan menggiat atau memperli. Terima individu secara keseluruhan. Bersikap menerima orang lain tanpa syarat. Peramah dan rajin bertegur sapa. Lebih banyak mendengar daripada bercakap apabila berkomunikasi. Beri tumpuan kepada domain afektif apabila berbual. Kekalkan jarak proksimik yang selesa apabila berkomunikasi. Beri perhatian apabila bercakap dengan orang lain. Adakan kontak mata. Apabila berjabat tangan, biar erat. Jangan lokek untuk memberi pujian dengan ikhlas. Hargai pertolongan dan jasa orang kepada kita. Boleh bergurau dan menerima gurauan. Pemurah dengan senyuman. Jangan mudah mengkritik idea orang. Jika perlu mengkritik, hargai idea orang terlebih dahulu, kemudian baharulah kritik dengan beralas. |
PANTUN HARI GURU KAtAK piSANG KATAK PUru, adAKah KAtak dAN pisANG Sepupu? Jangan PErasAN ATau tERharu, Bukan nak UcAP Kata RinDU, cUMa nak uCap Selamat Hari GURU..... Hassan - mptaa 2004 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ KATAK PISANG ATUK KATAK KODOK NGANTUK SAKAN TERHANGGUK-HANGGUK AZAM DAN ILTIZAM JUGA DISOROK DARI GURU UNTUK MURID DIBENTUK KDP Bestari Kohot 10/2003 : MPTI., Johor Bahru | KELUHAN MANIKAYU Ampun tuanku beribu-ribu ampun, Sembah patik harap diampun, Adapun nagan sakti dragon ball patik telahpun uzur, maka patik tidak dapat hadir untuk mengambil kalung tinta bertatah geliga dari tuanku. Adapun kuda dan itik angsa emas patik dah kantoi, maka tak dapatpatik penuhi permintaan tuanku, Oleh itu bolehlah kiranya patik menemui tuanku sepurnama lagi di mpti, Ampun tuanku. Selamat shopping dan berkursus 5/4/2005:9.51 am - oleh 601990460 |
GURU OH GURU (16 Mei) Berburu ke padang datar Dapat rusa belang kaki Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum menjadi dewasa Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa: Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku: Semakin terpencil duduknya diceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadi apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat. Usman Awang 1979 | SAJAK BUAT IBU (11 Mei) Ibu, Benarlah hadis nabi tentang dirimu, Syurga itu di bawah telapak kakimu, Keredaan Tuhan bersama keredaanmu, Apakah semua itu layak untukku, Aku tahu aku sering menyakitimu, Yang pasti aku sering melukakan hatimu, Lidahku selalu kasar terhadap kelunakanmu, Tingkah lakuku keras atas kelembutanmu. Sekian kali aku tidak menyahut panggilanmu, Sekian kali aku ingkar perintahmu, Sekian kali aku lakukan laranganmu, Sekian kali aku rasa bosan dengan nasihatmu. Sekian kali aku tolak keinginanmu, Sekian kali aku enggan merawatmu, Sekian kali aku rasa benci melihatmu, Sekian kali aku meluat dengan keprihatinanmu, Sekian kali aku merasa jijik terhadapmu, Sekian kali aku menjauhkan diri daripadamu, Sekian kali aku ingin bebas merdeka daripadamu, Oh! Benarlah aku sudah lupa siapa aku. Tuhan! Ampunilah dan kasihanilah ibuku, seperti mana dia telah memelihara, mengasihiku, Semasa aku kecil dahulu! Dr. Badrulamin Bahron Tahanan Reformasi 2534 Kem Kamunting, Perak 28/4/2003 |
SMS HARI RAYA 2003 Anak jaws Bermain gitar Di saksikan si anak kera Kad Raya tak sempat hantar Cara SmS pun dah kira OK! Ape! Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Anak jaws Bermain gitar Anak Sotong bermain Tabla Kad Raya malas nak hantar Send SmS Je Udah laa... Semoga ingatan tak kan pudar Terimalah ucapan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Jambangan indah lagi berseri Menjadi hiasan di Aidil Fitri SmS diKirim pengganti diri Tanda ingatan tak layu di hati Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin | SMS HARI RAYA 2004 Godok kupat neng ngisor ondo Godonge nipah digawae atep Salah silap ku njaluk ngapuro Ketemu meneh neng taun ngarep "Selamat hari Raya Aidilfitri Mata kadang salah melihat Mulut kadang salah terucap Hati kadang salah menduga Mohon kemaafan segala khilaf yang pasti ada Salam lebaran, maaf zahir dan batin Une rendek kadei guli Kadei gulik kunji nalir Amma apak kari gedik Dey tambi happy aidilfitri .... aamaakk.... Ketupat pulut atas para Hendak di rebus di tepi perigi SMS di hantar pengganti kad raya Tanda ingatan di aidilfitri Maaf zahir batin dan selamat hari raya Most beatiful word - ALLAH Most beatiful song - AZAN World's perfect encyclopedia - ALQURAN Best excercise - PRAYING Best diet - FASTING Selamat Berpuasa |
SMS HARI RAYA 2005 SMS dihantar pengganti diri Tangan dihulur maaf dipinta Selamat Hari Raya Aidilfitri Moga lebaran membawa bahagia Ada masanya ....... Mata silap memandang Telinga salah mendengar Lidah terlanjur berkata Fikiran khilaf mentafsir Hati silap menduga Maaf atas segalanya Salam Aidilfitri Dalam kerendahan Hati ada ketinggian Budi Dalam kemiskinan Harta ada kekayaan Jiwa Dalam gurau senda ada sesilapan dan dosa Maaf dipinta Selamat Hari Raya Aidilfitri Masa puasa terketar2 Bila berbuka lega rasanya Kad raya tak sempat nak hantar cara sms pun dah kira Ok lah ye ....! Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin May this hariraya bring joy to warm ur heart Laughter to brighten ur days and Love to cherish all year through Selamat Hari Raya Fajar Syawal akan menjelma Semoga di hari yang bahagia ini Kita diketemukan semula Dalam suasana persaudaraan Gembira dan mesra selalu Maaf Zahir dan Batin Tiada kata seindah zikir Tiada bulan seindah Ramadan Izinkan ke2 tangan bersimpuh Maaf untuk lisan yang X terjaga Janji yang terabai Hati yang berperasangka Sikap yang pernah menyakitkan Selamat HariRaya Maaf Zahir dan Batin Jambangan indah lagi berseri Jadi hiasan di Aidilfitri Maaf dikirim pengganti diri Tanda ingatan tak layu di hati Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Lemang dibakar bersama santan Buat juadah dipagi raya SMS dihantar tanda ingatan Selamat Hari Lebaran Membeli belah naik kenari Sambil mengurat anak Mutusami Kalau puasa cukup selamat sambut Aidilfitri Kalau tak cukup, sambutlah deepavali Maaf Zahir dan Batin Ketupat rendang dari Melaka Rasanya enak tidak terperi SMS dihantar pengganti kad raya Tanda ingatan di Aidilfitri Maaf Zahir dan batin | IKRAR GURU BAHAWASANYA KAMI GURU-GURU NEGARA MALAYSIA DENGAN INI BERIKRAR MENDUKUNG TERUS CITA-CITA KAMI TERHADAP TUGAS CITA-CITA KAMI DAN MENYATAKAN KEYAKINAN KAMI PADA CITA-CITA MURNI PEKERJAAN KAMI KAMI AKAN BERBAKTI KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA KAMI KAMI SENTIASA MENJUNJUNG PERLEMBAGAAN NEGARA KAMI MENGAMALKAN PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA PADA SETIAP MASA LAGU GURU MALAYSIA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! KAMI GURU MALAYSIA BERIKRAR DAN BERJANJI MENDIDIK DAN MEMIMPIN PUTERA PUTERI NEGARA KITA PADA SERI PADUKA KAMI TUMPAHKAN SETIA RUKUN NEGARA KITA PANDUAN HIDUP KAMI SEMUA DI BIDANG PEMBANGUNAN KAMI TETAP BERSAMA MEMBANTU, MEMBINA NEGARA YANG TERCINTA AMANAH YANG DIBERI KAMI TAK PERSIAKAN APA YANG KAMI JANJI TUNAI TETAP, KAMI TUNAIKAN LAGU TEMA HARI GURU 2005Lagu & Lirik: Hashim b. Ahmad !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! GURU BERKUALITI PEMANGKIN KEGEMILANGAN KITA GURU BERKUALITI TINGGI WAJA BERILMU MULIA PERIBADI BERSATU HATI MENCAPAI VISI MINDA POSITIF HIASAN DIRI KEGEMILANGAN DALAM GENGGAMAN KECEMERLANGAN TELAH DIBUKTIKAN DEMI NEGARA KITA BERUSAHA KESEJAHTERAAN MILIK SEMUA GURU BERKUALITI PEMANGKIN KEGEMILANGAN CERIA MENGHIASI PERSADA PENDIDIKAN MENDIDIK INSAN SEIMBANG BERWAWASAN BIJAK BESTARI BERPEDOMAN GURU BERKUALITI PEMANGKIN KEGEMILANGAN BERDEDIKASI PENUH KEIKHLASAN KEHARMONIAN, KESEJAHTERAAN MALAYSIA CEMERLANG GEMILANG TERBILANG Lagu & Lirik: Razak bin Hassan |
HARI BAPA A CANDLE MAY MELT & ITS FIRE MAY DIE BUT THE HELP U HAVE GIVEN ME WILL STAY A FLAME IN MY HEART HAPPY FATHER'S DAY.... priya, 18 jun 2006:11:48:37 HAPPY FATHER'S DAY GOOD LUCK .... aziz gaya 18 jun 2006: 11:54:20 _____________________________ LAGU IPGM Institut Pendidikan Guru kami sentiasa bersedia menjulang etika kerja berkorban jiwa raga menjunjung aspirasi masa negara tercinta Berwibawa, berintegriti keunggulan peribadi berteraskan keimanan mendidik anak bangsa Kami bangga menjadi guru kerjaya dihormati tidak jemu menimba ilmu bakti setulus hati yg murni IPG Malaysia berikrar membentuk guru berkualiti penyayang, berakhlak mulia mendukung visi misi IPG Ilham: Mah Kok Heng (IPG-KIK) Lirik: Dato' Hjh. Asariah bt. Mior Shaharuddin Lagu: Isa b. Amri (IPG-KTI) | Mencari Damai Abadi Aku cari bukan harta bertimbun-timbun, Untuk hidup kaya, Aku cari bukan wang berjuta-juta, Untuk hidup bergaya, Aku cari bukan kawan-kawan, Untuk hidup sekadar berfoya-foya, Aku cari mana dia Al-Ghazali, Aku cari mana dia Al-Shafie, Kita bongkar rahsia kitab suci, Cari panduan, Kita bongkar rahsia sunah Nabi, Cari pedoman, Aku hidup kerana Dia Rabbi, Dialah teman, Dialah wali, Dia mencukupi, Aku hidup bererti, Menikmati damai abadi ___________________________________ Lagu Persekutuan Pengakap Malaysia Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia |