Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Munajat

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Albaqarah:286)

Hendaklah di kalangan kamu mempunyai lidah yang terus berzikir, hati yang bersyukur dan isteri yang solehah yang dapat memberi pertolongan dalam urusan akhirat. (Hadis-Tarmizi).

"Ya Allah, engkaulah yang aku maksudkan dan keredaanMU yang aku tuntut"
Aku cinta pada Mu,
Ada dua cinta;
Cinta rindu,
Cinta yang satu lagi,
Kerana Engkau berhak menerima cintaku,
Adapun cinta kerana Engkau,
Hanya Engkau yang aku kenang,
Tiada yang lain,
Adapun cinta kerana Engkau, kerana Engkau berhak menerimanya,
Agar Engkau bukakan hijab supaya aku dapat melihat Engkau,
Pujian atas kedua perkara itu, bukanlah bagiku,
Pujian atas dua perkara ini adalah bagi-Mu Sendiri.

(Puisi Rabiatul Adawiyah seorang sufi yang zuhud dan cinta kepada Allah)