Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Thursday, May 30, 2013

Kursus Pembangunan Insaniah Pensyarah IPGM 2013

peserta kursus PIPIPGM

Tarikh:20 - 23 Mei 2013
Tempat:Pan Vill Resorts, Pantai Telok Nipah, Pulau Pangkor
Penghulu Kursus: Tn. Hj. Yusof bin Osman (IPGKTI)
Penghuluwati: Datin Khazrah (IPGKRM)

Seramai 30 orang peserta terdiri 17 lelaki dan 13 perempuan dengan kekuatan fasilitator seramai 10 orang dan 4 orang urusetia.

Ketua Fasilitator-Tn.Hj. Mohd Said bin Hasran

Ketua Fasilitator: Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran (IPGKTI)
Fasilitator terdiri dari Tn. Hj. Anwar Ahmad (IPGKI), Dr. Mohd. Aziz Mohd. Zin(IPGKB), Dr. Rosli Rahman (IPGKDRI), Dr. Abdullah Derahman (IPGKB), Dr. zawawi Mat Nor (IPGKB), Pn. Hjh. Rohana Kamaruddin (Timbalan Pengarah IPGKIK) dan Dr. Jefrydin (IPGKI).

Bengkel PIPIPGM

Peserta terbaik mengikut sesi ialah:
Sesi Pernyataan Hasrat: Arman Md. Jaffri (IPGKTHO)
Sesi Jiwa Pendidik: Salleh Mislan (IPGKTB)
Sesi Memukat: Siti Hawa Hasim (IPGKIK)
Sesi Integriti: Fatimah Abd.Kadir (IPGKTHO)
Pemandangan Terbaik: Burung Enggang Lilin (Pangkor)

Enggang Oh Enggang!!!

Majlis dirasmikan oleh Dr. Jamiah (Pengarah Jabatan Kepimpinan dan Pembangunan Professional IPGM) dan ditutup oleh Tn. Hj. Mohd Said Hasran (IPGKTI).

Salleh IPGKTB

Peserta Terbaik Kursus: Arman Md. Jaffri (IPGKTHO). Semoga "New IPG" yang tersirat dapat ditranformasikan menjadi kenyataan di mata dunia......insyallah.

Thursday, May 16, 2013

SELAMAT HARI PENSYARAH IPGKTI - 2013

Sambutan berlangsung pada 16 Mei 2013 di Padang IPGKTI. Majlis bermula jam 8.30 pagi kerana faktor hujan. Majlis dirasmikan oleh Tuan Timbalan Pengarah Akademik, Tn. Hj. Abu Bakar bin Sahari.

barisan siswa dan siswi
 Aturcara majlis melibatkan ucapan pelajar, ucapan Timbalan Pengarah Akademik, bacaan sajak hari guru, permainan rakyat, permainan petange, tenis, valleyball dan lain-lain.

barisan pensyarah ipgkti


Motto hari guru kali ke-42 ialah Guru Malaysia: 1 Aspirasi 1 Agenda.Sambutan peringkat kebangsaan dijalankan di Stadium Tertutup Nilai, Negeri Sembilan.

Monday, May 6, 2013

INDUKSI PENSYARAH BARU IPGKTI

Tarikh: 29 April-10 Mei 2013
Tempat: MPC Johor Bahru
Masa: 8.00 -  4.30 petang

Seramai 32 orang peserta sedang dan telah mengikuti induksi pensyarah baru Fasa 2 -  Siri 1. Kursus telah dirasmikan oleh Pengarah IPGKTI- Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran.

Taklimat Penyelaras Kursus - Tn. Hj. Yusof Bin Osman
aktiviti perbincangan kumpulan termuda

Kursus melibatkan aspek-aspek Sistem Pentaksiran, Pengajaran dan Pembelajaran, Pengurusan Pelajar, Penyelidikan dan Pembangunan, Aplikasi ICT, Perkhidmatan dan Penglibatan dan Sistem Kualiti.

peserta lelaki

peserta perempuan

Seramai 15 orang fasilitator dan 4 orang urusetia terlibat dalam kursus ini. Kursus berjalan dengan lancar dan baik. Semoga ilmu yang diperolehi dapat menghasilkan pensyarah yang berkualiti dan berkesan.

SUKAN IPGKTI 2013

Tarikh: 24 April 2013
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Padang IPGKTI
Anjuran: JK Perwakilan Pelajar IPGKTI

Banner kejohanan sukan IPGKTI
Pengarah IPGKTI merasmikan kejohanan sukan



ikrar kejohanan sukan
Tabik hormat unir beruniform
juara kejohanan sukan rumah - kuning
rumah hijau


rumah merah
rumah biru - panglima
Perbarisan unit beruniform dijuarai oleh Pasukan Bulan Sabit Merah.