Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Info Muharram

Salam Maal Hijrah 1430, 1431, 1432 (7 Disember 2010), ...
berhijrah dari kejahilan ke .....

Ya Allah berilah kami kenikmatan dalam beribadah, jauhkan dari fitnah, Masukkanlah kami ke dalam SYURGA  MU tanpa hisab. AMIN


Doa Awal Tahun(dibaca 3x sebelum solat maghrib)


Maksud doa Awal Tahun,
Ya Allah! Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali dan di atas keadilan Engkau yang besar dan kemurahan Engkau yang melimpah, hari ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami mohon kepada Engkau pemeliharaan daripada syaitan yang direjam, pembantunya dan tenteranya dan kami mohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami mohon kepada Engkau bagi melakukan pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau, wahai Tuhan yang mengerasi lagi maha tinggi.

``````````````````````````````````````````````````````


Doa Akhir Tahun(dibaca 3x selepas solat maghrib)



Maksud doa Akhir Tahun,
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya,  dan aku belum sempat bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan Engkau tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu, Wahai Tuhan! yang Maha Pemurah! Yang Maha Agung dan Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
``````````````````````````````````````````````````````


MAKSUD BEBERAPA HADIS NABI SAW;

  • Bermula yang terafdal puasa kemudian daripada bulan Ramadan ialah bulan Muharam
  • Barangsiapa puasa sehari daripada bulan Muharam maka pahalanya seperti puasa 30 hari
  • Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun akan datang, nescaya aku berpuasa pada 9 Muharam
  • Bermula puasa pada hari Asyura diharap, Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang terdahulu
  • Barangsiapa puasa awal Jumaat dari bulan Muharam diampunkan dosanya yang terdahulu (Riwayat saidina Anas)
  • Barangsiapa puasa selama 3 hari dari bulan Muharam iaitu Khamis , Jumaat dan Sabtu disurat ia seperti beribadat 900 tahun
  • Barangsiapa puasa beberapa hari dari awalnya hingga kesepuluh Muharam diberikan Allah kepadanya Firdaus yang tinggi (Riwayat Saidatina Aisyah)
  • Barangsiapa puasa akhir Zulhijah dan awal Muharam, telah menjadikan Allah kifarah akan dosanya 50 tahun (Riwayat Ibnu Abbas).

``````````````````````````````````````````````````````
SEJARAH PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI ASYURA

  • ALLAH MENJADIKAN BUKIT, BUMI DAN BINTANG
  • ALLAH MENJADIKAN ADAM, HAWA DAN SYURGA
  • DITERIMA TAUBAT NABI ADAM
  • DI PERANAKKAN NABI IBRAHIM
  • DISELAMATKAN NABI IBRAHIM DARI API

  • DITENGGELAMKAN FIRAUN, HAMMAN DAN ORANG-ORANGNYA
  • DIKEMBALIKAN KERAJAAN NABI SULAIMAN
  • DISELAMATKAN BAHTERA NABI NOH DI ATAS BUKIT JODI
  • DISELAMATKAN NABI AYOB DARI GANGGUAN SYAITAN
  • DISELAMATKAN NABI YUNUS DARI PERUT IKAN
  • NABI IDRIS DIANGKAT KE LANGIT 
  
```````````````````````````````````````````````````

AMALAN 10 MUHARAM (ASYURA)
 
  • SOLAT SUNAT 4 RAKAAT, SETIAP RAKAAT FATIHAH DAN 15 X SURAH AL-IKHLAS - diampunkan baginya dosa 50 tahun terdahulu dan 50 tahun yang kemudiannya
  • PUASA SUNAT - Hadis riwayat Ibni Abbas, barang siapa berpuasa pada hari Asyura diberikan pahala baginya 10,000 Haji, 10,000 Umrah dan 10,000 Perang Sahid. Tersebut di Kitab Taurat , barangsiapa puasa pada hari Asyura seperti puasa olehnya selama-lamanya
  • BERSEDEKAH - Sabda Rasulullah SAW, barangsiapa bersedekah pada hari Asyura adalah ia bersedekah selama setahun. Dan barangsiapa bersedekah satu dirham diganti oleh Allah 700 dirham dan tiap-tiap dirham itu lebih berat dari tujuh petala langit dan bumi
  • MEMBACA SURAH AL-IKHLAS 1000 X - Hadis riwayat Saidina Ali, barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas seribu kali, menilik Ar-Rahman kepadanya dengan rahmat dan keampunan dan barangsiapa ditilik Allah akan dia nescaya terlepas dirinya dari seksa Allah selama-lamanya. Dan dilepaskan dirinya dari Api Neraka
  • MANDI SUNAT - dilepaskan kesusahan pada tahun itu dann dijauhkan dari segala penyakit melainkan mati
  • ZIARAH ORANG SAKIT - seperti ziarah akan sekalian anak Adam
  • ZIARAH ORANG ALIM - diberikan pahala seumpama Muhajirin dann Ansar dan diwajibkan baginya syurga
  • BERCELAK MATA - mengelakkan dari sakit mata selama-lamaanya
  • MENYAPU KEPALA ANAK YATIM - Maksud hadis, barangsiapa menyapu kepala anak yatim diangkatkan baginya tiap-tiap bulu kepala darjah didalam syurga.Dan ditanamkan pada tiap bulu pohon kayu yang berbuah Emas dan sebilang bintang dilangit
  • MELUASKAN PERBELANJAAN AHLI RUMAH - diluaskan rezekinya pada tahun itu
  • MEMBERI PAKAIAN KEPADA ORANG FAKIR MISKIN -seperti ia memberi pakaian kepada orang miskin dari umat Muhammad dan akan dipakaikan oleh Allah 70 pakaian dari pakaian syurga
  • MEMBERI BUKA PUASA AKAN ORANG MUKMIN PADA MALAM ASYURA - seperti ia membuka puasa segala umat Muhammad
``````````````````````````````````````````````````````
Fadhilat Doa Asyura:
Sesiapa yang membaca zikir dan doa di atas, maka Allah tidak mematikannya pada tahun itu tetapi jika ajalnya sampai pada tahun tersebut, tidaklah ia diberi taufik untuk membacanya.
Rasulullah SAW bersabda: “Lima waktu tidak ditolak sesuatu doa itu iaitu pada malam Jumaat, malam 10 Muharam, malam Nisfu Syaaban, malam Aidilfitri dan malam Aidiladha.”   (Riwayat Bukhari dan Muslim)


+++++++++++++++++++++++++++++

Solat Sunat Asyura:



 
Bacaan selepas Al-fatihah:
Rakaat pertama: Surah Al-Ikhlas 11 kali
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas 11 kali.
Pada rakaat ketiga dan keempat, selepas membaca surah al-Fatihah, dibaca lagi surah Al-Ikhlas sebanyak 11 kali. 

+++++++++++++++++++++++++++++++

عمالن اوال محرم
-اللهم يا محول الاءحوال حول احوالنا الى احسن احوال بحولك وقوتك يا عزيز يا متعال               (  360 كالي )

 -باج دعا اخير تاهون دان اوال تاهون

Baca Bismillah -
:  (كالي12,000)

*********************************************************************


 لقس عصرهاري عشورا
(dibaca pada 10 muharram)

- حسبي الله ونعم الوقيل نعمل مولى ونعم النصير – 70كالي
- الاخلاص – كالي1000
- اية كرسي – 7كالي
 - دعا عشورا – 3كالي
-
Baca Surah At-Taubah 7 kali
9:128

There has certainly come to you a Messenger from among yourselves. Grievous to him is what you suffer; [he is] concerned over you and to the believers is kind and merciful.

9:129


But if they turn away, [O Muhammad], say, "Sufficient for me is Allah ; there is no deity except Him. On Him I have relied, and He is the Lord of the Great Throne
."
#############################################################

 Info Terkini !!!
 
28 Disember 2008=30 Zulhijah 1429 adalah hari terakhir bagi tahun hijrah 1429. Lepas asar jangan lupa sama-sama membaca doa akhir tahun dan lepas maghrib membaca doa awal tahun. Sama-samalah kita menghijrahkan sifat jahil kepada sifat baik. 

Renungkan ayat 218 dari Surah al-Baqarah yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

``````````````````````````````````````````````````````