Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Jasa Mu di Kenang

RASULULLAH S. A. W BERSABDA .......


Amalan yang paling disukai ALLAH ialah yang berterusan walaupun sedikit


Jadikanlah hidup ini memberi manfaat kepada orang lain

Tn. Hj. Md. ArifBin Md. Zin
Perkhidmatan: SM Temenggong Kati, Kuala Kangsar (1980-1985), SM Munshi Abdullah, Sabak Bernam, Selangor (1986-1988), SM Dato' Penggawa Timur, Masai (1989-1996), MPTI/IPTI/IPGK Temenggong Ibrahim Johor (1997-2016).

Beliau adalah Pensyarah Kanan DG54. Mantan Ketua Jabatan Kemahiran Hidup, Pengerusi JK Pelaksana Akreditasi, Ahli Pasukan Audit Dalaman, Ahli Majlis Pensyarah Kanan, dan Ahli JK Jaminan Kualiti.
Beliau bersara pada 29 Mac 2016.
En. Paiman bin Pardi

Pendidikan:
1. S.K. Ren. Jaya Mulia
2. SMK Air Baloi
3. SM Sultan Ismail, Johor Bahru
4. MP Temenggong Ibrahim Johor
5. Universiti Kebangsaan Malaysia
6. Universiti Teknologi Malaysia
Perkhidmatan: SMK Pt. Brtak, Pontian (1979-1985), SMK Sultan Alauddin, Kulai, Johor (1989-1994), IPGK Temenggong Ibrahim Johor (1994-2016).
Beliau bersara pada 25 Mac 2016.


ZUBEDAH BTE ABDULLAH
Gred Jawatan: DG54. 
Bersara pada 24/02/2016


Kelulusan Akademik: Diploma Pendidikan .Sejarah dan Bahasa Melayu (1980.Universiti Malaya.).
B.A.(Hons).Sejarah dan Bahasa Melayu.(Universiti Malaya1979).
M.A. Technology of Management..(Universiti Teknologi Malaysia 1998).
Perkhidmatan: Sek.Men.(B) St.teresa,Kuching, Sarawak.1980-1982, Sek.Men. (P) Temenggong Ibrahim,Batu Pahat,Johor.1983 - 1984
Sek. Men.Sultan Alauddin,Felda Bukit Besar, Kulai.1985 - 1990, Sek.Men. Bandar Tenggara, Kulai.Januari  1991- Disember 1991.Sek. Men. Aminuddin Baki, Johor Bahru.Januari 1992 – Jun 1992. Maktab Perguruan Mohd.Khalid, Johor Bahru.Julai 1992- Mei 1998. Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.Jun 1998- 25 Febuari 2016.

Tn.Hj.Nasir Abdullah akan bersara pada 8 Julai 2012 setelah berkhidmat selama 34 tahun 6 bulan dalam bidang pendidikan. Beliau telah berkhidmat di sekolah mulai 1978, MPTAA pada 1987, MPBP pada 1992 dan IPGKTI pada 2009 di Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan di Bandar Tenggara. Selamat bersara moga hidup tuan diberkati ALLAH jua.
Pn.ChoonT eik Luan dilahirkan pada17 Jun1958 di Kuala Kangsar, Perak. Beliau telah bertugas di sekolah mulai 1984 dan di MPTI pada 1991. Menerima APC pada 1999. Di MPTI digelar oleh pengarah sebagai "ibu tiri yang baik hati".
Tn. Hj. Agos Atan bertugas di Jabatan Kemahiran Hidup. Beliau adalah Pensyarah Kanan DG 52. Beliau bersara pada 2 April 2012.
Pn.Hjh.Rohana bt. Hussin berkhidmat di Jabatan Sains, IPGKTI selama 7 tahun dan12 tahun di sekolah. Beliau adalah Pensyarah Kanan DG 52. Beliau bersara pada 19 Mac 2012.
En. Talib bin Naim, Pegawai Pengurusan di Unit Latihan Dalaman telah berpindah ke IPGM Induk di Cyberjaya mulai 16 Januari 2012. Sebelum itu beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Grafi dan pensyarah di Jabatan Ilmu Pendidikan. Diucapkan selamat bertugas di tempat baru semoga lebih bertenaga dan dapat memberi komitment yang tinggi terhadap IPGM.
Cik Prema telah bersara pada 28 Disember 2011. Beliau adalah Pensyarah kanan dari Jabatan Bahasa. Beliau juga adalah Jurulatih St. John Malaysia. Selamat Bersara, moga ceria di sisi keluarga tersayang.
En. Basiran akan bersara pada 11 November 2011. Beliau adalah Pensyarah kanan dari Jabatan Kaji Sosial. Selamat Bersara, moga ALLAH di sisi mu.

Pensyarah Jabatan Matematik di IPGKTI telah berkhidmat mulai 1 Julai 1991. Setelah hampir 20 tahun berkhidmat, beliau akan bersara
pada 13 Oktober 2011.Selamat bersara Chuah ... moga hidupmu penuh ceria di samping keluarga.

Pn. Tan Boon Mei dari Jabatan Matematik. Ia bersara secara optional pada 1 Julai 2011. Selamat Bersara..

Pn. Hjh. Besah dari Jabatan Ilmu Pendidikan. Beliau bersara pada 4 Julai 2011. Moga hidup puan diberkati ALLAH jua.
Tn. Hj. Mohamed Saat Bongkek dilahirkan pada 1939 dan telah meninggal dunia pada 19 Mac 2011 jam 3.00 petang.Beliau adalah mantan Pengetua MPTI. Beliau bertugas di MPTI dari 1991-1994. Beliau telah dipilih sebagai Tokoh Guru Negeri Johor 1999 dan Tokoh Guru Kebangsaan 2001. Beliau adalah Pen. Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor (Program). Pingat yang diperolehi ialah KMN., PLP., PIS. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan orang-orang yang soleh.
Tn. Hj. Marwar semasa kursus PTK DG52
Bulan Februari IPGKTI telah kehilangan seorang pensyarah kerana bersara wajib iaitu Tn. Hj. Marwar bin Abd. Kadir dari Jabatan Pengajian Melayu. Beliau adalah Pensyarah Kanan DG52 dan telah bersara pada 9/2/2010. Beliau mula berkhidmat di MPTI mulai 1/1/1987. Terima Kasih kepada di atas jasa bakti sekian lama mendidik guru pelatih. Semoga ALLAH jua yang membalas jasa tuan.     


Lim Yoke Lan dimajlis perhimpunan khas persaraan
Bulan Februari 2010, IPGKTI telah kehilangan seorang pensyarah kerana bersara wajib iaitu Cik Lim Yeok Lan dari Jabatan Bahasa yang bersara pada 22/2/2010. Beliau Pensyarah Kanan DG48 yang bertugas di MPTI sejak 1994. Terima Kasih kepada kepada beliau setelah sekian lama mendidik guru pelatih.

  • Bersara pada 7 Julai 2010 (Rabu), setelah berkhidmat selama 32 tahun 6 bulan. Bertugas di Jabatan Matematik di IPGKTI. Rekod perkhidmatannya :
           -1978-1985 di SM Munsyi Ibrahim, Labis Segamat.
           -1985-1990 di SM Bekok Segamat
           -1991-2002 di Maktab Perguruan Keningau, Sabah
           -2002-2010 di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim
  • Selamat maju jaya, semoga bakti mu  di bidang pendidikan menjadi icon kepada pelatih.


SHAH ANUAR HARUN
Beliau bertugas di Jabatan Teknologi Pendidikan. Memegang jawatan sebagai Penyelaras Kursus Dalam Latihan 14 Minggu Latihan Guru Sekolah Bestari sejak dari tahun 1998 hingga 2000, Penyelaras Unit Berunifo dan Penolong Pesuruhjaya KLM ke 17. Beliau juga seorang Penolong Jurulatih Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia. Sekarang bertugas di Bahagian Pendidikan Guru.
NORIAH AB. RAHMAN
Beliau bertugas di Jabatan Teknologi Pendidikan. Memegang jawatan sebagai Penolong Penyelaras Kursus Dalam Perkhidmatan Latihan Guru Bestari. Penolong Pesuruhjaya KLM ke 17. Beliau juga seorang Penolong Jurulatih Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia. Beliau telah bersara pada tahun 11.4.2003.
SYED HASSAN JAAFAR
Beliau bertugas di Jabatan Teknologi Pendidikan. Memegang jawatan sebagai Ketua Unit Teknologi Maklumat. Beliau telah bersara pada tahun 2002.

NAHARIAH AMI
Beliau bertugas di Jabatan Ilmu Pendidikan. Memegang jawatan sebagai Penolong SUG, SULDP, Jurulatih Pusat KDP Bestari dan Penolong Penasihat Kadet Pandu Puteri. Sekarang bertugas di Bahagian Pendidikan Guru.

TAJUDDIN DAUD
Beliau bertugas di Jabatan Bahasa Inggeris kemudian di Jabatan Teknologi Pendidikan. Memegang jawatan sebagai Penolong Penyelaras KDP 14 Minggu Latihan Guru Sekolah Bestari. Sekarang bertugas di Bahagian Pendidikan Guru.

SUMILAH MARTO
Beliau bertugas di Jabatan Teknologi Pendidikan. Memegang jawatan sebagai Ketua Unit Teknologi Pendidikan dan Penasihat Puteri Islam. Sekarang bertugas di Maktab Perguruan Batu Pahat sejak tahun 2002.

YAH AWANG NIK
Beliau bertugas di Jabatan Teknologi Pendidikan dan kemudian Jabatan Bahasa Inggeris . Memegang jawatan sebagai Penyelaras MTDP dan Jurulatih KDP 12M Latihan Guru Bestari. Sekarang bertugas sebagai Pensyarah di UiTM Terengganu.
AB. TALIB HASHIM
Beliau bertugas di Jabatan Pengajian Melayu.Memegang jawatan sebagai Jurulatih Utama KDP 12M Latihan Guru Bestari dan Penasihat Pasukan St. John Ambulan. Sekarang bertugas sebagai Pensyarah di UPSI.


SITI NOR ZAMANIAH MOHD NOR
Beliau bertugas di Jabatan Pengajian Melayu. Memegang jawatan sebagai Ketua Unit dan Pembimbing peserta KDP 12M Latihan Guru Bestari (Bahasa Melayu). Sekarang bertugas sebagai Pengetua SMK Kangkar Tebrau, Johor Bahru.
KAMDI KAMIL
Beliau bertugas sebagai Pegawai Eksekutif Pusat Sumber. Sekarang bertugas sebagai Pengetua SMK Megah Ria, Johor Bahru.
NAFISAH OTHMAN
Dilahirkan pada 6 April 1961 di Pontian, Johor. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam Seni Lukis dari Institut Teknologi Malaysia.
Bertugas di MPTI pada 1982, MPIK pada 1989 dan balik ke MPTI pada 1990. Memperolehi Sarjana dari UTM di Bidang Pentadbiran dan Pengurusan Pendidikan pada 1997. Bertugas di Bahagian Pendidikan Guru dari 29 September 2003 hingga 2009 sebagai Penolong Pengarah. Bertugas di IPGKTI sebagai Pensyarah Kanan DG 52 pada Februari 2009 di Jabatan Kaji Sosial unit Pendidikan Seni. Pernah belajar di Jepun dan Jakarta dalam bidang Seni Lukis. Ingatan beliau " Amanah yang diberi hendaklah disempurnakan tanggungjawabnya dengan ikhlas". Akan bersara wajib pada 6 April 2011. Semoga hidupnya akan diberkati Allah jua.