Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Info Haji dan Qurban




Hajar Aswad yang diturunkan oleh Allah SWT dari surga. 
Dulu berwarna putih, namun karena dosa-dosa anak Adam, maka warnanya berubah menjadi hitam



"Serukanlah kepada seluruh manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh. "


^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^

Seruan Haji 1427/1428 Hijrah :(2006/2007 Masihi)


Rakan haji 1 bilik 1 flight - Hj. Saruan (Kluang), Hj. Adam (Segamat), Hj. Othman (Johor Bahru)
Hj. Halim (Kuala Lumpur) di Maqam Baqi'
Hj. Arshad (BBU, Johor Bahru)
Madinah - bersama-sama rakan (Hj. Khalid) dan kurma
Hj. Moin (Layang-Layang, Kluang)
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seruan Haji 1429 Hijrah :(2008 Masihi)
Selamat menunaikan fardhu haji bagi rakan-rakan pensyarah IPTI iaitu Osman Mustaffa, Agos Atan, Hamidah Musa, Syed Abdullah dan Rahimah Ahmad. Semoga memperolehi haji mabrur.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seruan Haji 1430 Hijrah :(2009 Masihi)
Selamat menunaikan fardhu haji bagi rakan-rakan pensyarah IPTI iaitu Utz. Suhaimi, Baharum Sulman, Rosnah Razak dan Hamdan Zainal Afuad. Semoga memperolehi haji mabrur.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seruan Haji 1431 hijrah: (2010 Masihi)
Selamat menunaikan fardhu haji bagi rakan-rakan pensyarah IPGKTI iaitu Mazlan bin Ayop, Hj. Zainuddin bin Abd. Kadir, Dr. Sarimah bt. Abd. Razak, Azman bin Manas dan Norashimah bt. Mohd. Yusof. Semoga memperolehi haji mabrur.

Selamat Menunaikan Fardhu Haji MAP
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Seruan Haji 1432 hijrah: (2011 Masihi)
Selamat menunaikan fardhu haji bagi rakan-rakan pensyarah IPGKTI iaitu Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran, En. Nazaria bin Amin, En. Tormadi bin Jono, En. Fadzil Md. Noor, Pn. Wan Akmal Faridah Wan Ismail, Dr. Meskiah Masrom dan Pn. Zubaidah bt. Mat Jaafar.
Ingatan dari Ustaz Fuad agar rakan-rakan yang belum mendaftar haji, dapat mendaftar dalam kadar segera. Semoga dipermudahkan segala urusan dan memperolehi haji mabrur.

 
Majlis doa selamat kepada bakal haji IPGKTI
Sebahagian pensyarah di majlis tersebut
Siswa PPISMP PJ yang membantu sebagai penanggah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seruan Haji 1433 Hijrah : (2012 Masihi)
Tahniah kepada rakan-rakan pensyarah iaitu En. Norizan dan Pn. Lailatul Zuraidah yang berjaya menunaikan haji musim 1433 Hijrah/2012 masihi. Mereka akan berangkat pada 6 Oktober dan 18 Oktober 2012. Didoakan kedua-duanya sihat fisikal dan mental dan memperolehi haji yang mabrur. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seruan Haji 1434 Hijrah : (2013 Masihi)
Tahniah kepada rakan-rakan pensyarah iaitu En. Manaf Bejau, En. Razali Kadir, En. Nasir Ali, Pn. Zaiton Jaafar dan En. Ramlee Ismail, Pn. Faridah Kadim dan Dr. Hjh. Raudah Ali yang berjaya menunaikan haji musim ini. Didoakan kesemuanya sihat fisikal, mental dan memperolehi haji yang mabrur. 

En. Manaf mewakili bakal haji memberikan ucapan


majlis meraikan bakal haji IPGKTI pada 30 Ogos 2013
En. Nasir ali - bakal haji 2013

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seruan Haji 1435 Hijrah : (2014 Masihi)
Tahniah kepada rakan-rakan pensyarah iaitu Pn. Noraizah bt. Damiri, En. Zainal Abidin dan Dr. Yazid yang berjaya menunaikan haji musim ini. Semoga tuan / puan dianugerahkan Allah haji yang mabrur.

                 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Prinsip-prinsip haji yang digariskan ialah :
  1. Mengakui Keesaan Allah SWT dan menolak sebarang tindakan yang boleh disifatkan sebagai syirik, oleh itu banyak-banyaklah bertaubat kepada Allah dan bermohon kemaafan dari rakan-rakan, 
  2. Yakin akan adanya balasan Allah SWT dalam kehidupan, dengan itu di sana pembalasan adalah secara total dan secepat kilat,
  3. Yakin adanya nilai-nilai kemanusiaan yang bersifat sejagat, dapat dilihat pelbagai bangsa dengan pelbagai mazhab, jadi seharusnyalah saling menghurmati di antara satu sama lain.


لبيك اللهم لبيك
("Telah saya penuhi panggilan-Mu, Ya Allah! Telah saya penuhi panggilan-Mu.")



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Ibadah QURBAN

Ustaz sedang membelai kambing korban

وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوب
 Ertinya : "Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati" 
(Al-Hajj : 32)
Sebuah hadis menyebut  :
ما عمل آدمي من عمل يوم النحر أحب إلى الله من إهراق الدم
 Ertinya : "Tiadalah amalan anak Adam yang lebih disukai oleh Allah SWT pada hari kurban kecuali berkorban ( dengan menyembelih binatang)" ( Riwayat At-Tirmidzi, Abu Daud ; Gharib, namun terdapat rawi yang dipertikaikan )

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Abu Bakar as-Siddiq r.a, Umar al-Khattab r.a,  Ibn Mas'ud r.a dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ianya WAJIB bagi mereka yang berkemampuan.

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalakkan menahan diri dari memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadith riwayat Muslim yang sohih, iaitu :-
من أراد أن يضحي فدخل العشر فلا يأخذ من شعره ولا من أظفاره شيئاً حتى يضحي


Ertinya : Barangsiapa yang ingin menyembelih ( berkurban ), dan telah masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya  SEHINGGALAH sampai korban dilaksanakan"  Muslim, 3/39 ) 
Alhamdulillah ...selamat di sembelih

Mazhab Syafie berpendapat haram memberi makan daging korban kepada orang bukan Islam, sama ada daging korban sunat atau wajib (nazar) kepada orang bukan Islam.

Mazhab Maliki berpendapat makruh memberi makan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan tidak harus (haram) memberi mereka makan daging korban wajib, seperti korban yang dinazarkan, sama seperti hukum zakat.

Mazhab Hanbali berpendapat harus menghadiahkan daging korban sunat kepada orang bukan Islam dan haram menghadiahkan kepada mereka daging korban wajib.

proses melapah kambing korban

__________________________________________________________________________


Seruan Haji 1436 Hijrah : (2015 Masihi)

Tahniah kepada rakan-rakan pensyarah iaitu En. Sallehudin bin Ibrahim  dan Pn. Nur Aisyah bt. Yusof
yang berjaya menunaikan haji musim ini pada 1 September 2015.  Majlis meraikan dan doa selamat telah
diadakan di Surau Al- Jawaher pada Khamis, 27 Ogos 2015. Semoga tuan / puan dianugerahkan Allah
haji yang mabrur. dan doa yang maqbul. Amiin Ya Rabb.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seruan Haji 1437 Hijrah: 2016 Masihi 

Alhamdulillah dan tahniah kepada rakan-rakan IPGKTI yang akan menunaikan haji  iaitu Pn. Siti Anidah
Kamsir dan suami (11/8/2016), Pn. Tolhah dan suami (18/8/2016), En. Nordin Yusof dan keluarga (28/8/2016)
dan En Kamaludin Ahmad dan isteri (3/9/2016). Semoga perjalanan tuan / puan pergi dan balik semuanya
selamat dan beroleh haji yang mabrur dan maqbul dengan izinNYA.




-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seruan Haji 1438 Hijrah: 2017 Masihi 

2/8/2017 
Norasyikin Ghazali dan suami

15/8/2017
Kamarudin Mokri dan isteri Rujiyah  Zainol Abidin
Rashidah Shuib dan suami
Ismail Saliyan dan isteri

17/8/2017
Faridah Suratman dan suami

18/8/2017
Sanip Supaat dan isteri Aida Sengot
Marina

Selamat menunaikan haji, semoga memperoleh haji yang mabrur.

1 comment:

yati nash said...

Nazaria Mohd. Amin pernah beromen dgn bini aku....laknatullah kau Nazaria