Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Thursday, February 23, 2012

Pentaksiran Berasaskan Sekolah

IPGKTI dengan kerjasama Jabatan Ilmu Pendidikan telah menjalankan Kursus di atas pada 23 Februari 2012 di DDKA, IPGKTI dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Kursus dikendalikan oleh En. Yahya bin Mohamad, Ketua Unit PBS, Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Johor.

En. Yahya Mohamad sedang memberi taklimat pbs

PBS adalah pentaksiran berterusan. Ia adalah suatu tranformasi dalam pentaksiran pendidikan. Ia dapat membantu sekolah melihat prestasi murid. Pelaksanaannya untuk penambahbaikan UPSR dan PMR mulai Tahun 1 pada 2011 dan Tingkatan 1 pada 2012.

Tujuan kursus adalah memberi pendedahan kepada pensyarah mengenai maklumat terkini dalam pentaksiran di sekolah.Seramai 35 orang mengikuti kursus ini. Semoga ianya dapat meningkatkan professionalisme pensyarah IPGKTI.

Saturday, February 18, 2012

Kursus Renang dan Penyelamat

Telah dijalankan pada 14 - 17 Februari 2012 di Kompleks Renang Olimpik Sek. Sukan Tuanku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Kursus anjuran Unit Ko Kurikulum dan LPS IPGKTI disertai 19 orang pensyarah, 2 orang jurulatih dan 1 orang urusetia.

latihan penyelamat menggunakan tali dan kayu
Di akhir kursus ujian kelayakan telah dijalankan, tahniah kepada yang berjaya dan yang gagal jangan lupa buat latihan untuk ujian ulangkaji.
Latihan CPR oleh Md. Zin Kosnan
Terima kasih kepada pihak penganjur dan jurulatih Ramli dan Jefri. Semoga ilmu yang diperolehi akan dapat dimanfaatkan suatu masa nanti dan untuk anak didik di IPGKTI.

Monday, February 6, 2012

Maulidur Rasul Taman Kemas 2012

Banner Maulidur Rasul Taman Kemas dengan tema tahun 2012 ialah Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Taman Kemas telah disempurnakan pada 5 Februari 2012 bersamaan 12 Rabiul Awal 1433H di Surau An Nur Taman Kemas. Majlis sambutan yang berkonsepkan "rakan muda" dipenuhi dengan cara pertandingan catur, karom, dam haji, mewarna, menulis khat dan pencarian harta karun.
Pertandingan Akhir Dam Haji dimenangi Tn. Hj. Sarikon mengalahkan Tn. Hj. Mahmuri
Siti Aisyah memenangi harta karun yang ke-15
pertandingan mewarna

Di sebelah petang dengan perarakan di persekitaran Taman Kemas dan di sebelah malam pula dengan ceramah oleh Kadi daerah Mersing, Tn. Hj. Mohd. Nasri bin Rahman. Semoga ALLAH memberi rahmat kepada umatnya yang sentiasa membasahi bibirnya dengan berselawat dan mengingatinya.