Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Thursday, August 28, 2008

KAGUM UBF 2008




IPGM telah melaksanakan KAGUM ini di Hutan Lipur Ulu Bendul, Kuala Pilah, N.S dari 22 - 27 Jun 2008. Pertandingan telah dijalankan di antara unit dan di dalam unit. Di antaranya ialah pertandingan memasak, kebudayaan, perkhemahan dan pintu gerbang, kembara dan pandu arah, berakit, kawat kaki dan sukan tradisional (konda-kondi, batu seremban,sepak bulu ayam, guli dan golek para). KAGUM ini melibatkan unit-unit pengakap, kadet pandu puteri, bulan sabit merah, puteri islam dan kadet remaja sekolah. Objektifnya adalah untuk mewujudkan silaturrahim serta memupuk perpaduan di kalangan pelajar IPGM. Penyelaras kali ini ialan En. Shah Anuar Harun dan Kem Komandan ialah Tn. Hj. Zulkifli Maulud.
Pengarah BPG, En. Misrah Hj. Ibrahim telah merasmikan KAGUM ini dan YB Dato' Razali Ismail, Timbalan Menteri Pelajaran telah merasmikan penutupannya.