Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Saturday, March 22, 2008

Pensyarah Bestari IPTI-22 Mac 2008

Tahniah kepada unit LDP kerana menganjurkan kursus kpd. pensyarah baru fasa 1 dengan memasukkan P&P Bestari. Alhamdulillah sambutan baik dan peserta nampaknya positif. Wallahualam samada dia orang faham ke tidak, ana nak juga tahu penilaian dari LDP respon dari peserta. Bagi rakan-rakan yang ingikan input lebih (Norashimah dan Khusairi) sila jumpa ana, insyallah mana yang boleh bantu dan tahu akan diuruskan. Bagi yang lain-lain teruskan cabaran demi cabaran semoga jadi pengganti ana di suatu masa kelak. Wassalam.

Sunday, March 16, 2008

Latihan Guru Bestari 2008

Oleh kerana ketidak fahaman konsep bestari mengikut blue print dan TOR yang dikeluarkan oleh pihak BTP, maka berlaku perubahan mengejut dalam latihan kurikulum kdp bestari dengan memasukkan salah satu pendekatan bestari iaitu pembelajaran berasaskan projek secara dominan. Pihak penyelaras dan orang veteran dalam latihan bestari telah diabaikan dan pandangan demi pandangan telah diberikan tetapi hampa, pihak berwajib seolah-olah tidak mahu ambil tahu dan menerima konsep asal bestari itu diwujudkan. Wallahualam.