Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Info Rejab-Syaaban-Ramadhan

"Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan"

Istigfar Rejab
(bacalah sekali...jangan terus tak baca)




Rejab bulan menabur benih,
Syaaban bulan menyiram tanaman,
Ramadan bulan menuai.

Rejab menyucikan badan,
Syaaban menyucikan hati,
Ramadan menyucikan roh.

Rejab bulan maghfirah/keampunan,
Syaaban bulan syufaat,
Ramadan bulan menggandakan kebajikan.

Rejab bulan taubat,
Syaaban bulan muhibbah,
Ramadan dilimpahi pahala amalan.

Rejab diganda 70x pahala,
Syaaban diganda 700x pahala,
Ramadan diganda 1000x pahala
(1 Rejab 1430 = 24 Jun 2009)

+++++++++++++++++++++++++++++

Rejab bermaksud 'MULIA'. Bangsa Arab memuliakan bulan ini dengan empat cara iaitu : Pertama, Tanggal 1 Rejab mereka menyembelih anak unta sebagai korban. Kedua, Tanggal 1 Rejab mereka akan membuka pintu Kaabah siang dan malam agar dapat beribadat dengan sepuas-puasnya. Ketiga, Tanggal 10 Rejab mereka kembali menyembelih korban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan setelah datangnya Islam. Keempat, diharamkan berperang tetapi setelah datangnya Islam amalan ini telah dibatalkan.

Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w telah bersadba :- "Rejab adalah bulan ALLAH, Syaaban adalah bulanKu dan Ramadan adalah bulan umatKu, maka barangsiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata kerana mengharapkan rahmat dari ALLAH maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah". Orang yang berpuasa pada bulan Rejab di Syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.

Bersabda Rasullah s.a.w maksudnya :
  • Tiada orang yang berpuasa pada hari Khamis yang pertama daripada bulan Rejab dan sembahayang ia pada antara maghrib dan isyak yakni selepas maghrib pada malam Jumaat 12 rakaat dengan satu salam. Pada tiap-tiap rakaat pertama baca surah inna anzalna (3x) dan rakaat kedua baca surah al-ikhlas (12x), Selepas salam baca selawat ke atas nabi (70x).

  • Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka ia mendapat keredhaan dari ALLAH s.w.t.

  • Barangsiapa yang berpuasa dua hari akan mendapat kemuliaan yang besar daripada ALLAH s.w.t.

  • Barangsiapa yang berpuasa tiga hari, maka ALLAH akan menyelamatkannya dari dugaan dunia, seksa akhirat, terkena penyakit gila, penyakit putih-putih dikulit badan yang menyebabkan sangat gatal dan diselamatkan dari fitnahnya syaitan dan dajjal.

  • Barangsiapa berpuasa lima hari dalam bulan ini, permintaanya akan dimakbulkan oleh ALLAH s.w.t.

  • Barangsiapa berpuasa enam hari dalam bulan ini, keluar dari kubur dengan mukanya lebih terang dari bulan empatbelas..

  • Barangsiapa berpuasa tujuh hari dalam bulan ini, maka ditutupkan tujuh pintu neraka Jahanam baginya.
  • Barangsiapa berpuasa lapan hari maka dibukakan lapan pintu syurga untuknya.

  • Barangsiapa berpuasa sembilan hari dalam bulan ini, keluar dari kubur dengan katanyaa Laillahhaillallah dan tiada ditolak mukanya dari Syurga.
  • Barangsiapa berpuasa sepuluh hari dalam bulan ini, telah menjadikan hamparan hingga Siratulmustakim.

  • Barangsiapa berpuasa sebelas hari dalam bulan ini, tiada sempurna dia yang terlebih afdal darinya.

  • Barangsiapa berpuasa duabelas hari dalam bulan ini, dipakaikan dia oleh ALLAH akan persalinan, tiap-tiap persalinan lebih baik dari dunia dan segala isinya.

  • Barangsiapa berpuasa tigabelas hari dalam bulan ini, dihantar hidangan di bawah arasy lalu memakan ia, diberikan ALLAH barang yang tiada melihat mata akan mata, tiada mendengar oleh telinga dan tiada terlintas oleh hati.

  • Barangsiapa berpuasa lima belas hari dalam bulan ini, maka ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan amal kebaikan.

  • Barangsiapa berpuasa enambelas hari dalam bulan ini, adalah ia orang yang pertama ziarah akan Ar-Rahman dan menilik akan dia didengar akan perkataannya.

  • Barangsiapa berpuasa tujuhbelas hari dalam bulan ini, disediakan baginya tiap-tiap satu mil dari Siratulmustakim tempat duduk dan mengambil ia kesenangan.

  • Barangsiapa berpuasa lapanbelas hari dalam bulan ini, nescaya masuk ia di dalam kubah Nabi Ibrahim.

  • Barangsiapa berpuasa sembilan belas hari dalam bulan ini, diperbuat baginya satu mahligai berbetulan dengan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam.

  • Barangsiapa berpuasa dua puluh hari dalam bulan ini, berserulah ahli langit, hai hamba ALLAH ada pun yang lalu sesungguhnya tela diamoun oleh ALLAH, maka mulailah olehmu akan amal pada barang yang tinggal.

  • Barangsiapa yang berpuasa sebulan, diseru akan dia oleh ALLAH, hai hambaku, sesungguhnya telah wajib hak mu atas ku, maka pintalah oleh mu akan daku, maka demi ketinggian ku dan kebesaran ku tiada aku tolak bagi mu hajat dan engkaulah jiran ku di bawah arasy dan engkaulah kekasih ku dari segala makhluk dan engkaulah terlebih mulia atas k, sukakanlah oleh mu, maka tiada dinding lantaran ku dengan engkau.

  • Barangsiapa berpuasa pada dua puluh Rejab, disuratkan baginya puasa seperti enam puluh bulan.

  • Barangsiapa berpuasa tiga hari dan beribadat pada malamnya, seperti puasa ia tiga ribu tahun, diampun tiap-tiap hari tujuh puluh dosa besar dan ditunaikan tujuh puluh hajat semasa hendak keluar, tujuh puluh hajat ketika pada kuburnya, tujuh puluh hajat masa kiamat dan tujuh puluh hajat semasa ditimbang pada mizan dan pada Siratulmustakim.
Dalam bulan lain setiap amalan kebajikan ALLAH akan membalas dengan sepuluh kebajikan tetapi dalam bulan Rejab ALLAH akan membalas dengan tujuh puluh kebajikan.

Sabda Nabi s.a.w: "Pada malam Mikraj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril a.s.: "Wahai Jibril untuk siapakan sungai ini?. Maka berkata Jibril a.s. : "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini".

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :-

"Ketika kami berjalan bersama-sama Nabi s.a.w. melalui sebuah kubur, tiba-tiba Nabi menangis dengan amat sedih, kemudian baginda berdoa kepada ALLAH s.w.t. Lalu saya bertanya kepada baginda "Ya Rasulullah s.a.w, mengapakah anda menangis?"Lalu baginda bersabda : "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kubur mereka, dan saya berdoa kepada ALLAH, lalu ALLAH meringankan seksa ke atas mereka". Sabda baginda lagi : Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam sahaja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan diseksa dalam kubur".
Tsauban bertanya : " Ya Rasulullah s.a.w, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah boleh mengelakkan dari seksa kubur?' Sabda baginda : "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat kerana ALLAH, kecuali ALLAH mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."

"Semua manusia akan berada dalam keadaan lapar pada hari kiamat, kecuali para nabi, keluarga nabi dan orang-orang yang berpuasa pada bulan Rejab, Syaaban dan bulan Ramadhan. Maka sesungguhnya mereka kenyang serta tidak akan rasa lapar dan haus bagi mereka."

Amalan bulan Rejab :-

  • Bersedekah sebagaimana hadith Rasullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Sulaiman Al-Farisi, tiap-tiap sedekahnya dibalas seribu kali ganda.

  • Mandi pada awal bulan Rejab, pertengahannya atau akhirnya kerana ia menghapuskan dosa seperti diperanakan dari ibunya.

  • Membaca istighfar tujuh puluh kali, mengharamkan akan ALLAH tubuhnya dari api neraka.
  • Membanyakkan zikir dan tasbih.
     
  • Pada hari jumaat terakhir ketika imam duduk di atas mimbar (antara dua khutbah) baca "ahmad rasulullah hi muhammadurrasulullah" sebanyak 35x
  • Amalan di bulan ini diganjari balasan 70x ganda
  • Tarikh 27 Rejab : malam israk mikraj
      ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Info Syaaban 
  • Nisfu Syaaban adalah hari di mana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib).
  • Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al -Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat di samping doanya tidak akan ditolak.
  • Syaaban adalah bulan Rasulullah s.a.w. Bersabda baginda yang maksudnya, "Dinamakan dengan Syaaban (berserak-serak) itu adalah kerana di dalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak.
  • Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci-membenci).(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh).
  • Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."
     
  • PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
    Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.
     

(Baca jangan tak baca pada malam Nisfu Syaaban)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Info Ramadhan

Ramadhan : 1 September 2008


Abu Hurairah menyatakan : Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Apabila tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi.



Niat Berpuasa

"نويت صوم غد عن اداء فرض رمضان هذه السنة لله تعالى"
Maksudnya: sahaja aku berpuasa esok hari kerana
menunaikan fardhu ramadahan kerana Allah Taala.
 


Niat Berbuka



"اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك افطرت برحمتك يا ارحم الراحمين"
Maksudnya: Ya Allah karena-Mu aku berbuka puasa dan dengan Mu aku beriman dan di atas rezeki dari-Mu aku berbuka dengan belas kasihMu, Ya Allah Yang Amat mengasihani


Jenis-Jenis Puasa

PUASA WAJIB
  • Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT

  • Puasa enam hari pada bulan Syawal, sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.).
  • Puasa hari Arafah pada 9 Zulhijjah (Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).
  • Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam, dalilnya “Puasa di hari itu akan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (Hadis riwayat Imam Muslim).
  • Puasa bulan Syaaban, dari Ummu Salamah r.a. yang menceritakan; “Tidak pernah Nabi s.a.w. berpuasa (sunat) sebulan penuh dalam setahun kecuali di bulan Sya’ban dimana baginda menyambungnya dengan Ramadhan” (HR Imam Abu Daud dan an-Nasai).
  • Puasa Isnin dan Khamis dari ‘Aisyah r.a. menceritakan bahawa; “Adalah Rasulullah s.a.w. amat menjaga puasa pada hari Isnin dan Khamis” (Riwayat Imam Tirmizi).
  • Puasa Nabi Daud a.s iaitu puasa sehari dan berbuka sehari, sabda Nabi s.a.w.; Sesungguhnya puasa yang paling disukai Allah ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah ialah solat Nabi Daud; beliau tidur separuh malam, bangun (mengerjakan solat) sepertiganya dan tidur semula sepernamnya. (Adapun puasa pula) beliau berpuasa sehari dan beliau berbuka (yakni tidak berpuasa) sehari” (Riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).
  • Puasa Awal Zulhijjah (1 hingga 9 hb.), Hafsah r.a.menceritakan; “Empat amalan yang tidak ditinggalkan Rasulullah s.a.w. iaitu; puasa ‘Asyura, puasa al-‘asyr, puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua rakaat sebelum subuh”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai).
  • Puasa tengah bulan iaitu puasa hari putih pada 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah). Sabda Nabi s.a.w.; “Berpuasa tiga hari pada setiap bulan seumpama berpuasa sepanjang masa” (HR Imam al-Bukhari dan Muslim dari Abdullah bin ‘Amru r.a.).

PUASA MAKRUH

  • Puasa yang terus menerus sepanjang masa
  • Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM

  • Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri
  • Puasa pada hari raya pertama Haji / Idul Adha
  • Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.


Palma IPGKTI berbuah di bulan puasa



 
             
“ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ  
  • Dari Abu Sa’id al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Setiap orang yang puasa satu hari kerana Allah, maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh 70 000 musim.” (Hadis Riwayat Muslim).
  • Dari Abu Ayyub al-Anshari r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa.” (Hadis Riwayat Muslim).
  • Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda yang maksud-Nya: Dan sesiapa yang bangun mendirikan lailatul qadar dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan baginya dosa yang telah lalu. (riwayat Bukhari)
  • Menurut Imam al-Munawi dalam Fayd al-Qadir: “Barangkali seorang yang bangun pada malam al-qadr itu tidak memperolehi dari malam itu melainkan peluang beribadah dan tidak ada sebarang tanda yang dilihatnya
  • Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatto'  misalnya, meriwayatkan pandangan Ibnul Musayyib bahawa, "Sesiapa yang mengerjakan solat Isyak pada malam lailatul qadar secara berjemaah , maka sesungguhnya dia telah mendapat laba / bahagian daripadanya (lailatul qadar)".
  • Perbanyakkan doa ini : Allahumma innaka 'Afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'nniy yang maksudnya, "Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun , sukakan keampunan maka ampunilah aku".

Barang siapa berdiri di bulan ramadhan dengan keimanan dan pengharapan kepada ALLAH , maka Diampuni dosa2nya yang lalu....Hadis riwayat Buhkari.

Persoalan Puasa :
  1. Ana ingin bertanya, pada 27 rejab (sabtu) ana telah berpuasa sunat. Adakah memadai ana berpuasa hari sabtu tersebut saja atau ana kena buat / sambung pada hari ahad pula. Syukran.
 
Terdapat larangan dari Nabi –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadisnya;
 
لا تصُومُوا يومَ السَّبتِ إِلاَّ فِيمَا افتُرِضَ عَلَيكُمْ
“Janganlah kamu berpuasa pada hari Sabtu kecuali yang difardhukan ke atas kamu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abdullah bin Busr dari saudara perempuannya. Berkata Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan)
 
Maksud larangan dalam hadis di atas ialah mengkhususkan hari sabtu untuk berpuasa. Menurut ulamak; larangan dalam hadis di atas ialah larangan makruh, bukan larangan haram. Hikmah larangan tersebut ialah kerana hari Sabtu merupakan hari kebesaran orang Yahudi.[1] Dengan alasan ini, dimakruhkan juga mengkhususkan puasa pada hari Ahad kerana ia merupakan hari kebesaran orang Nasara (Kristian).
 
Larangan tersebut ternafi apabila kita menggabung puasa hari sabtu itu dengan sehari sebelumnya atau selepasnya iaitu berpuasa pada hari Jumaat dan Sabtu atau pada hari Sabtu dan Ahad. Ini kerana tidak ada penganut agama yang mengagungkan hari-hari tersebut serentak, maka tidak ada penyerupaan di situ. Malah terdapat riwayat dari isteri Nabi Ummu Salamah –radhiyallahu ‘anha- yang menceritakan;
 
كَانَ أَكْثَرَ صَوْمِهِ السَّبْتُ وَالأَحَدُ، وَيَقُوْلُ: هُمَا يَوْمَا عَيْْدِ الْمُشْرِكِيْنَ، فَأُحِبُّ أَنْ أُخَاْلِفَهُمْ
“Kebanyakan puasa Rasulullah ialah pada hari Sabtu dan Ahad. Baginda berkata; ‘Dua hari itu adalah hari perayaan orang-orang Musyrikin, maka aku ingin menyalahi (yakni berbeza dengan) mereka’”. (Riwayat Imam Ahmad, Thabrani dan al-Hakim)
 
Begitu juga, larangan tersebut ternafi jika seseorang berpuasa pada hari sabtu kerana berbetulan dengan kebiasaannya (bukan dengan niat mengkhususkannya) seperti ia biasa berpuasa dengan puasa Nabi Daud –alaihi salam- (iaitu sehari berpuasa dan sehari berbuka) lalu puasanya jatuh pada hari sabtu secara kebetulan.
 
Sebagaimana yang terkandung dalam hadis, larangan berpuasa pada hari sabtu secara khusus itu dikecualikan jika puasa yang hendak dilakukan itu adalah puasa fardhu (wajib) sama ada puasa Qadha Ramadhan, puasa nazar atau puasa kaffarah. Para ulamak mengecualikan juga dari larangan tersebut jika hari sabtu itu menepati kedatangan hari-hari yang amat digalakkan berpuasa (yakni sunnat muakkad) seperti  hari ‘Arafah, ‘Asyura’ dan hari-hari awal Dzul-Hijjah.  Maka jika hari ‘Arafah atau sebagainya itu jatuh pada hari sabtu, tidaklah dimakruhkan kita berpuasa kerana niat kita bukan hendak mengkhususkan hari sabtu itu dengan puasa tetapi kerana ingin merebut pahala berpuasa pada hari ‘Arafah yang kebetulan jatuh pada hari Sabtu. (Dapatkan ebook tentang puasa-puasa sunat di; http://ebook-ilmudanulamak.blogspot.com/).
 
Wallahu a’lam.
 
Rujukan;
 
1.      Risalah “PUASA-PUASA SUNAT & HARI-HARI DILARANG BERPUASA”, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil (Dapat ebook di; http://ebook-ilmudanulamak.blogspot.com/)
2.      Tuhfah al-Ahwazi Tuhfah al-Ahwazi, Syarah Jami’ at-Tirmizi, juz 2 (Ma Ja-a Fi Syaum Yaum as-Sabt).
 


Lihat ulasan Imam at-Tirmizi dalam Sunannya. Lihat juga Tuhfah al-Ahwazi, Syarah Jami’ at-Tirmizi, juz 2 (Ma Ja-a Fi Syaum Yaum as-Sabt).