Seramai 19 orang telah mendaftar diri di IPTI untuk tempuh kursus dari 21 Julai - 15 Ogos 2008 di institut dan 25 Ogos - 19 September 2008 di sekolah untuk program khidmat sokongan. Matapelajaran yang ditawarkan ialah Kemahiran Hidup di bawah kelolaan Jabatan Kemahiran Hidup yang di ketuai oleh En Ali Jemali. Semoga kehadiran kali ini dapat membantu mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang diwakili oleh anda. Jadikanlah kursus ini sebagai satu wadah untuk memperkasakan ilmu demi kemajuan sekolah anda. Wallahu'alam.
"Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w.”