
Telah diadakan di IPGM Kampus Kota Bharu pada 23 Mac 2009. Seramai 32 orang ahli MPKLM telah menerima anugerah. Penerima dari MPKLM Zon Selatan ialah A. Latiff Awi (Setia dan Baik), Tormadi Jono (Baik dan Lama), Hj. Yusof Osman (Baik), Kamarul Baharin Hj. Musib (Lama dan SKKPN), Mad Isa Mamat (Baik dan SKKPN) dan Noraizah Taib (Sijil Kepujian Pengakap Negara). Tahniah kepada semua, semoga bekerja lebih kuat untuk kecemerlangan pengakap. Majlis dirasmikan oleh Yg. Bhg. Datuk Sri Dr. HJ. Shafie bin Mohd. Salleh (Ketua Pengakap Negara). Katanya, "Jangan terus menghukum seseorang, sila selidik dan pastikan".