Tn. Hj. Abu Bakar Sahari (TP Pengurusan) menerima Anugerah Setia
Telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Tn. Hj. Mohd Said Bin Hasran (Pengarah IPGKTI) pada 20 September 2010 di DDKA. Seramai 21 orang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009. Sebanyak 14 Anugerah Kualiti 2010 telah disampaikan kepada penerima anugerah, antaranya ialah Anugerah Setia Emas, Anugerah Setia, Anugerah Mesra, Anugerah Inovasi, Anugerah Ketrampilan, Anugerah Harapan, Anugerah Penyelidikan, Anugerah Penulisan, Anugerah Penulisan Kreatif, Anugerah Versatil, Anugerah Permata Temenggong, Anugerah Ketrampilan Pengurusan, Anugerah Khas Kepimpinan dan Anugerah Khas Inovasi. Tahniah kepada penerima. Semoga dapat menjadikan IPGKTI sebagai Pusat Kecemerlangan dan Rujukan dalam pendidikan.