BAKSA di bawah kelolaan Jabatan Teknologi Pendidikan telah mengadakan jamuan raya cina pada 17 Februari 2014 di Dewan Seri Temenmggong IPGKTI. Pengerusi BAKSA, Pn. Siti Anidah Kamsir dalam ucapan beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
Majlis dirasmikan oleh Tn. Hj. Mohd Said Hasran, Pengarah IPGKTI. Beliau berharap tradisi ini dikekalkan bagi menjaga keharmornian keluarga IPGKTI.
Majlis juga meraikan pensyarah yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Phd iaitu Utz. Nahi Abdullah, Utz. Sirajuddin, En. Zali Abd. Rahman, En. Zulfahmi, En. Khusairy dan En. Mohd Zin Kosnon. Semoga kesemuanya berjaya dan kembali ke IPGKTI untuk menyumbang bakti.
Tahniah kepada BAKSA dan ahli-ahlinya. Selamat Maju Jaya.