Diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014 dan maaf zahi dan batin kepada rakan-rakan pembaca blog ini. Moga semua anda akan ceria dan berbahagia di hari mulia ini. Sama-samalah kita manfaatkan Hari Raya ini dengan melakukan ziarah antara satu sama lain.
Landasan maya untuk pengabadian peristiwa yang dijalani sepanjang karier
Pages
Selamat Datang
Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.
Mulakan bicara dengan ...

Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani
Wednesday, July 23, 2014
Sunday, July 20, 2014
PERHIMPUNAN STAFF IPGKTI JULAI 2014
Telah berlangsung pada 17 Julai 2014 bersamaan 19 Ramadhan 1435 di Dewan Datuk Khairuddin IPGKTI. Majlis dijalankan oleh Jabtan Teknologi Pendidikan dan Jabatan Matematik.
Intipati dari majlis tersebut ialah penyampaian cenderahati kepada staff IPGKTI yang menyambut hari lahir pada bulan Julai 2014. Penyampaian surat pengesahan pensyarah DG52 ke DG54 iaitu En Kamaludin Ahmad dan DR. Sarimah Abd. Razak, pensyarah DG44 ke DG48 iaitu Pn. Azizah Aziz, Pn. Sohaila Atan dan En. Ahmad Zainal.
Ucapan Pengarah IPGKTI antara lain mengingatkan tanggungjawab staff agar menjalankan kerja dengan penuh dedikasi dan komited. Beliau juga telah memperkenalkan beberapa orang staff yang baru ditempatkan ke IPGKTI.
Tahniah kepada yang menyambut hari lahir, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan tahniah kepada yang dinaikkan pangkat DG.
![]() |
Pengarah IPGKTI |
![]() |
En. Kamaludin Ahmad menerima DG54 |
![]() |
Pn. Azizah Aziz menerima DG48 |
Subscribe to:
Posts (Atom)