Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Wednesday, May 2, 2018

SAMBUTAN HARI BUMI 2018 IPGK TEMENGGONG IBRAHIM JOHOR






     Program Kelestarian Melalui Pendidikan sempena Sambutan Hari Bumi IPGKTI 2018. Program ini telah dijalankan pada 29 April 2018. Ia mengandungi pelbagai aktiviti yang menarik termasuk SESI SELARI / Parellel Session seperti bengkel penghasilan MOL, bengkel pengkomposan tatakura, bengkel penghasilan enzim, "zero waste", tak nak Straw, guna semula baju, edible garden, fee ecocampus dan penghasilan mudball. 
     Semoga program , bengkel dan ceramah ini dapat memberi input bagi kemenjadian masyarakat kampus yang lestari.

Jogathon dan Sukan Rakyat IPGK Temenggong Ibrahim Johor





     Merupakan program peringkat komuniti IPGKTI Johor, bertujuan mengamalkan gaya hidup sihat dan mengumpul dana untuk menambahbaik kolej kediaman kampus IPGKTI. Ia melibatkan semua staff akademik, staff pelaksana dan siswa dan siswi IPGKTI. Program berjalan dari awal pagi hinggalah ke petang.. Program berjalan pada 25 April 2018.
    Semoga jogathon ini menjadi motivasi kepada kita untuk mengekalkan gaya hidup sihat di samping beramal untuk menambahbaik kolej kediaman kampus kita. Terima kasih "daun keladi" diucapkan kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat.