Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Tuesday, October 13, 2009

Anugerah Pingat dan Bintang PPM 2007 dan 2009





Telah dijalankan di IPGK Bahasa Antarabangsa pada 10 Oktober 2009. Majlis dirasmikan oleh Ketua Pengakap Negara Dr. Shafei Salleh. Bintang dan pingat yang disampaikan adalah Pingat 100 tahun pengakap, cemerlang, setia, khidmat lama, baik dan sijil ketua pengakap negara.

Diucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas khidmat bakti ahli-ahli majlis tadbir, pesuruhjaya-pesuruhjaya negeri dan daerah, pengerusi zon, pengarah sebagai kuasa penganjur kumpulan pengakap yang secara berterusan memberi galakan dan dorongan bagi mencapai kecemerlangan dalam kepengakapan. Diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima-penerima Bintang dan Pingat Pesekutuan Pengakap Malaysia pada tahun 2007 dan 2009.

Persekutuan Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah Akta Parlimen Malaysia No. 38 (1968) dengan pindaan No. 143 (1974) dan No. 409 (1989) telah bergerak sebagai badan sukarela yang bersifat non-partisan iaitu bebas dan tidak terpengaruh kepada mana-mana pihak yang berkepentingan seperti termaktub dalam Persetiaan Pengakap.

No comments: