Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Monday, December 12, 2011

Penandaarasan JTP IPGKTI di IPGKTAR

Bilik TEKNOPEN IPGKTAR

Seramai 5 orang pensyarah JTP IPGKTI telah melakukan penandaraasan ke TEKNOPEN IPGKTAR pada 9 Disember 2011. Pendaarasan ini di ketuai oleh Ketua Jabatan, Pn. Siti Anidah Kamsir, En. Kamaludin Ahmad, Dr. Sumilah Marto, Pn. Roziah Abu Samah dan Tn. Hj. Yusof Osman. Majlis ini telah di sambut oleh Timbalan Pengarah IPGKTAR dan En. Lee (wakil KJ Teknopen). Alhamdulillah beberapa perkara seperti pengurusan makmal, pengurusan jadual waktu, sistem, pengurusan fail , peralatan kursus bagi Teknologi Pendidikan telah dikenalpasti bagi penambahbaikan di tahun 2012.

KJ Pn. Siti Anidah Kamsir menandatangi buku pelawat di bilik pengarah
Lawatan penandaraasan ini juga disertai oleh Jabatan PJK. IPGKTAR adalah kampus nich bagi sukan di peringkat IPGM. JPJK diketuai oleh En. Adip Sulaiman dan 8 orang lagi pensyarah JPJK yang lain.
Sambutan dari IPGKTAR 
Semoga lawatan penandaarasan ini dapat memberi inspirasi dan idea yang bernas bagi IPGKTI dalam memertabatkan diri di kalangan IPG yang lain di seluruh negara.

No comments: