Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Thursday, January 3, 2013

Kursus IWB pensyarah IPGM

Berlangsung di Sutra Beach Resorts, Terengganu dari 24-28 September 2012. Seramai 60 orang pensyarah dari 14 buah IPGK telah terpilih mengikuti kursus ini.

Aris dan Sofian dari IPGKTI

Kursus dianjurkan oleh Jabatan ICT IPGM. Penyelaras kursus En. Nik Ibrahim dan Projek Manager ialah En. Abu Kassim.

En. Nik Ibrahim - Penyelaras Kursus
IPGKTI telah menghantar 4 peserta kursus iaitu En. Aris Anis, En. Sopian, Pn. Zaiton Shariff dan Hj. Yusof Osman.

Sopian dan Zaiton mempersembahkan hasil kerja kumpulan

En. Sopian dan IWB

Latihan dikendalikan oleh En. Nazri dan Carol dari syarikat pembekal IWB ke 14 buah IPGK. Latihan melibatkan sesi pengendalian, installasi dan penggunaan. Peserta di akhir kursus menghasilkan persembahan pengajaran dan pembelajaran menggunakan IWB.

En. Nazri - fasilitator kursus IWB
Pihak penyelaras menekan 4 jenis daya yang perlu dihayati oleh semua peserta kursus iaitu daya usaha, daya guna, daya aplikasi dan daya amal dengan harapan projek IWB ini akan berjaya di IPGM dan menjadi benchmark kepada IPTA / IPTS.

No comments: