Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Sunday, April 13, 2014

MAJLIS KECEMERLANGAN PELAJAR SMIH KE-18

Sekolah Menengah Islam Hidayah Johor Bahru telah mengadakan Hari Iftifal kali ke-18/2014 pada 12 April 2014 di Kompleks Mutiara Johor Land. Majlis dirasmikan oleh Prof. Madya Dr. Hj. Hafidzi bin Mohd Noor.



Sebanyak 24 anugerah telah diberikan kepada pelajar dalam majlis ini. Anugerah Tokoh Pelajar disandang oleh Muhammad Hanif Mohd Noor dan Syaima Amatullah Hasanuddin.


Tokoh Pelajar bersama keluarga

Tokoh Ketua Pelajar dan Anugerah Dai Muda dimiliki oleh Muhammad Najib Yusof.

Muhammad Najib Yusof

Semoga SMIH dapat melahirkan lebih ramai lagi generasi rabbani bagi memangkinkan kepedulian ummah.


Anugerah Kecemerlangan Akademik Tingkatan 1 dijuarai oleh Siti Aisyah Yusof dengan mencatat 17A bagi semua matapelajaran yang diambil.


Selamat maju jaya. Semoga cemerlang sepanjang masa.

No comments: