Majlis dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Dr. Mazlan bin Aris.
Beliau
yang dilahirkan pada 26 September 1958 di Kampung Makam, Kota Tinggi merupakan
seorang wanita yang sentiasa gigih untuk merealisasikan impian keluarga beliau. Selaku
anak bongsu daripada lima orang adik beradik, anak kepada seorang pemandu
teksi, membesar, bersekolah malah berkahwin di Kota Tinggi, beliau mempunyai
hobi memasak dan mencuba makanan-makan baharu seperti saya. Beliau bersama
pasangan beliau En Abu Hassan Bin Hj Abd. Salman dikurniakan seorang anak perempuan
dan 3 orang anak lelaki yang mana salah satunya iaitu Azizul Ammar merupakan
seorang artis yang kini bergiat aktif dalam bidang pengacaraan dan lakonan di
TV3.
Beliau
membina kerjaya bermula di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka sekitar tahun
1978 dan 1979. Beliau berkhidmat sebagai seorang guru bermula di SK Air Tawar
5, Kota Tinggi daripada tahun 1980-1982, kemudian di SK Kompleks Uda daripada
tahun 1983-1985, seterusnya di SK Bandar Kota Tinggi daripada tahun 1986
sehingga 1991 dan akhirnya melanjutkan pada 1992 sehingga 1994 di University of
Leeds, United Kingdom dan mendapat BA Honest in TESOL, major in Primary
Education.
Tanggal
4 Ogos 1994, tarikh keramat ini menjadi saksi beliau menjejakkan kaki buat
pertama kali di bumi temenggong ini sebagai seorang pensyarah di Jabatan Bahasa
dan beliau terus melebarkan sayap mendapatkan masters in TESL di Universiti
Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004. (....ikhsan dr Haniff)
Anugerah Setia Emas 2013 |
IPGKTI telah menganugerahkan APC pada 2006 dan Anugerah Setia Emas pada tahun 2013, kepada beliau.
Semoga beliau ceria di sisi keluarga di samping menjalankan tugas-tugas sebagai suri rumah.
No comments:
Post a Comment