Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Monday, February 28, 2011

Maulidurrasul Taman Kemas, Johor Bahru - Tahun 2011


Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571 . Setiap tahun, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Rasullullah berpesan:

Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat. {Bismillaahirrahmaanirrahiim, Allahumma sollii 'alaa Syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii Syaidinaa Muhammad ( 3 x ) }




Utz. Jaafar Kassim - Imam Masjid SEDC, Tampoi, Johor Bahru

Barisan Hakim - Utz. Bakri, Uts. Nazar dan Utz. Hussin

Perarakan selepas asar di sekitar Taman Kemas - jalan selasih dan siantan

Johan Muqaddam - Siti Aisyah bt. Yusof

Jamuan Makan - Utz. Hussin (Imam Surau An-Nur, Tmn. Kemas)
Telah disempurnakan pada 26 Februari 2011 (Sabtu) di Surau  An-Nur, Taman Kemas, Tampoi, Johor Bahru. Majlis bermula dari pagi hingga ke malam. Di sebelah pagi diadakan pertandingan Tilawah Muqaddam, Al-Quran, Berzanji, Tulisan Khat dan Azan &Iqamah. Sebelah petang diadakan perarakan di dalam taman yang dihadiri oleh 200 orang penduduk taman. Sebelah malam diadakan ceramah oleh Utz. Anuar b. Sarimin dari Jabatan Islam Agama Johor.

Semoga kita dapat menghayati perjuangan baginda dalam menegakkan syiar Islam di mukabumi.

No comments: