Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Monday, March 7, 2011

Majlis Maulidur Rasul IPGKTI 2011

Telah disempurnakan pada 30 Rabiul Awal 1432=5 Mac 2011 di Dewan Seri Temenggong oleh Pengarah, Tn. Hj. Mohd. Said Hasran. Objektif sambutan ini adalah:
  • menghargai pengorbanan Rasul junjungan dalam menyebarkan agama Islam
  • memahami dan menghayati perjalanan sirah nabi Muhammad S.A.W
  • menyuburkan semangat dan dorongan untuk mengamalkan sunnah, akhlak Rasulullah S.A.W
  • membugar perasaan cinta dan kasih terhadap baginda Rasulullah S.A.W
Antara program yang dijalankan ialah perarakan, bacaan Al-Quran, bacaan Rawi Berzanji, Selawat dan Marhaban, Ceramah oleh Utz. Hairozi Muhammad (dari Jab. Pelajaran Johor) dan persembahan nasyid.

Intisari dari sambutan ini ialah:
  • kenali dan cintai Rasulullah seperti warna kesukaan (hijau dan merah jambu), makanan kegemaran (kurma, anggur, madu, melon, delima dan cendawan), minuman kegemaran (susu dan air kosong).
  • kembalilah kepada risalah Rasulullah iaitu sunnah
perarakan diketuai oleh Pengarah IPGKTI
pensyarah dan pelajar di DST mengikuti ceramah
pertandingan bena     
barisan penanggah pismpbm 2010

No comments: