Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Tuesday, May 24, 2011

Perhimpunan Staff IPGKTI

Perhimpunan telah dijalankan pada 23 Mei 2011 di DDKA, kendalian Jabatan Teknologi Pendidikan. Majlis dirasmikan oleh Tuan Pengarah IPGKTI, Tn. Hj. Mohd Said bin Hasran. Majlis dibuka dengan bacaan doa oleh Tn. Hj. Mazlan bin Ayop, bacaan ikrar perkhidmatan oleh En. razali Asit, penyampaian cenderahati harijadi kepada 30 orang staff IPGKTI, pengenalan 4 orang staff baru dan ucapan pengarah yang menekan sikap sensitiviti (kesegeraan). Cenderahati berupa pokok kaktus sempena ECO INSTITUT.

Diucapkan terima kasih tidak terhingga di atas perkhidmatan oleh En. Jasni Bakri yang bersara pada 2 Mei 2011 dan Pn. Radzimah Mustaffa yang akan bersara pada 28 Mei 2011. Semoga jasa bakti tuan dan puan diberkati ALLAH jua,

bacan ikrar perkhidmatan oleh En. Razali Asit

bacaan doa oleh Tn. Hj. Mazlan Ayop
bunga kaktus sebagai hadiah cenderahati harijadi

Tuan Puteri membeli bunga,
Bunga Seroja ditepi kali,
Jangan tak ikut budaya segera,
Kelak menyesal kemudian hari.

No comments: