Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Monday, June 27, 2011

Perhimpunan Jun IPGKTI

Perhimpunan dijalankan oleh 2 jabatan iaitu Jabatan Kemahiran Hidup dan Jabatan PIPK. Perhimpunan melibatkan Ucapan Selamat Hari Jadi dengan hadiah harijadi "kotak pulut kuning". pelancaran minggu penghayatan Islam, perlantikan watikah JPP ke-46 yang diketuai oleh YDP Mohd Faris Mokhtart, majlis persaraan 2 pensyarah baru iaitu Pn. Hjh. Besah Rasim (JIP), Pn. Tan Boon Mei (J.Math) dan seorang staff sokongan iaitu En. Abdullah Aziz (pemandu). Semoga jasa tuan/puan dirahmati Allah jua.


Tahniah kepada 5 orang pensyarah yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat kedoktoran iaitu Ahmad Zainal, Zairi Husin, Heng Li Ling, Suhaimi Muhammad, Mohd. Yusof Dagang dan Azyan Zuhaila Hasan Basri.

Tahniah jua kepada 4 orang pensyarah baru yang mula bertugas di IPGKTI iaitu Norhanan, Siti Samizatul, Noraishah Goh, Norsidah dan seorang staf sokongan iaitu Halim.

No comments: