Selamat Datang

Sila berikan komen / pandangan yang membina, semoga kita dapat berkongsi maklumat bagi meningkatkan lagi professionalisme keguruan. Wassalam.

Mulakan bicara dengan ...

Mulakan bicara dengan ...
Dengan nama ALLAH yang Maha pemurah lagi Maha pengasihani

Friday, July 15, 2011

JTP IPGKTI Beraksi di Kulai

Tahniah kepada Jabatan Teknologi Pendidikan IPGKTI yang telah menjalankan Kursus Komputer Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Seramai 25 orang guru dari daerah Kulai telah mengikuti kursus ini selama 3 hari dari 12-14 Julai 2011. Kursus dijalankan di SEK. Men. Tunku Abdul Rahman Putra, Kulai, Johor.
bimbingan oleh En. Kamaluddin Ahmad

Fasilitator di datangkan dari JTP IPGKTI di ketuai oleh Ketua Jabatan JTP, Pn. Siti Anidah Kamsir dan di bantu oleh Dr. Sumilah Marto dan Tn. Hj. Yusof Osman. Pegawai Teknikal terdiri dari En. Kamaluddin Ahmad dan En. Yeo Kok Ann juga membantu kursus ini.

bimbingan oleh Pn. Siti Anidah Kamsir

Penyelaras Kursus ialah En. Nordin Yusof dari Jab. Pengajian Melayu IPGKTI bertindak sebagi urusetia kursus bersama PPD BM Kulai turut memantau perjalanan kursus ini.

bimbingan oleh Dr. Sumilah Marto
Semoga guru-guru daerah Kulai mendapat manfaat dan berupaya mengaplikasikan apa yang dipelajari untuk menjana tranformasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing-masing.
peserta kursus bersama barisan fasilitator

Monday, July 11, 2011

Kursus Pemantapan Kompetensi Mentor

Kursus telah dijalankan dari 6-8 Julai 2011 di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPGKTI di Hotel Naza Talyya Melaka. Seramai 42 orang peserta telah mengikuti kursus ini. 
peserta kursus mentoring
Kursus telah dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada Dr. Mazlan Aris, Pn. Hjh. Rokiah Buyong, Tn. Hj. Abdullah Ismail (IPGKPMM), Tn. Hj. Abu Bakar Sahari, Tn. Hj. Md. Hatta Md. Nor, En. Mohd Khalid Hassan dan Tn. Hj. Yusof Osman.
mentoring dalam talian
Sesi-sesi yang dijalankan melibatkan aspek faham dan kenali diri, kemahiran asas mentoring, mentoring dalam talian, pengendalian Stress, pengurusan HEP dan keperluan ISO versi 2011. 
pengendalian stress
Kursus telah ditutup rasmi oleh Ketua Jabatan HEP, Tn. Hj. Baharum Sulman.

Tuesday, July 5, 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - IPGKTI 2011

Telah dilaksanakan pada 4 Julai 2011 di Dewan Seri Temenggong, IPGKTI. Majlis telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Datuk Dr. Haili Bin Dolhan, Rektor IPGM, Cyberjaya. Sebanyak 12 kategori anugerah telah diberikan kepada staf akademik dan sokongan.
En. Razali Kadir menerima anugerah dari Y. Bhg. Rektor IPGM 
Majlis berjalan dengan lancar dan ceria ini juga dihadiri oleh dua orang mantan Pengarah IPGKTI iaitu Tn. Hj. Saripan Rakop dan Tn. Hj. Zakaria A. Shukor. Majlis juga diselanghselikan dengan band keroncong IPGKTI yang terdiri dari siswa guru pismp di bawah pimpinan En. Isa Amri.

sijil anugerah setia perak bagi staf yang telah berkhidmat bagi 15 tahun berterusan
Semoga anugerah yang diberikan dapat melonjakkan lagi kompetensi individu kakitangan perkhidmatan awam, khususnya di kampus IPGKTI. Tahniah dan Selamat maju Jaya.

Staf Jabatan Teknologi Pendidikan yang menerima anugerah
"Dan ketika Tuhanmu memaklumkan: 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih'." (Q.s. Ibrahim: 7)

Saturday, July 2, 2011

Larian 1 Murid - 1 Sukan - 1 Malaysia : IPGKTI

pelancaran oleh Tuan Pengarah IPGKTI

30 Jun 2011 Pengarah IPGKTI, Tn. HJ. Mohd Said bin Hasran telah melancarkan larian 1 Murid, 1 Sukan, 1 Malaysia. Larian bermula dari padang IPG mengelilingi kawasan dalam IPG dan berakhir di padang IPGKTI. Seramai 1720 orang warga kampus IPGKTI mengambil bahagian dalam larian ini.
senarai peserta larian mengikut jabatan

Majlis dimulakan dengan pelancaran larian oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditayangkan secara langsung melalui TV dari Padang Dataran Perbandaran Taiping. Beliau berkata, keseluruhan seramai 4,137,126 pelajar dan murid dari 9,980 sekolah seluruh negara menyertai acara serentak dan mencatat rekod Malaysia Book of Records.
laluan larian yang menonjolkan ECO INSTITUT


Acara sampingan yang dijalankan termasuklah senamrobik dan pemeriksaan kesihatan bersesuaian dengan prinsip ECO-INSTITUT. Semoga progran ini menjadikan warga IPGKTI sentiasa dalam sihat walafiat. Salam 1 Malaysia.
peserta larian paling kecil sekali